Saturday, July 24, 2010
Bagaimana Menjana Wang Menggunakan Wang PTPTN?
Di atas adalah harga pasaran Wang Dinar dari 20/7/2010 hingga 24/7/10
Andaikan anda menerima wang PTPTN RM2500.00, sekat kehendak anda
buat seketika laburkan wang itu untuk emas public gold kerana nilai masa
depan wang emas meningkat tinggi berbanding wang kertas. Lapipun anda
sedia mendapat sumbangan elaun FAMA setiap bulan sekurang-kurangnya
RM500.00. Jadi apa salahnya anda membahagiakan diri dan keluarga anda
melalui pelaburan kecil-kecilan.
Begini pengiraannya.
Dapat RM2500.00 (PTPTN) + RM500.00 (elaun FAMA)
Jumlah RM3000.00
Contoh pada 20 Julai 2010
RM3000 tukar dengan dinar emas 1 dinar dengan harga RM567.00
anda dapat 5 keping wang 1 dinar seberat 4.25g/pc dengan kos RM2835
baki tunai RM 165
Macam mana nak menjadi wang pusingan secara mingguan (1 pc setiap minggu)
Anda gadaikan setiap dinar bagi setiap minggu.
Contoh 1 dinar emas (4.25g) bernilai RM133.00/g sepanjang bulan Julai
nilai Marhum 1 dinar anda = 4.25g x RM133.00
= RM565.25
nilai tunai boleh terima 65% = Nilai marhum x 65%
=RM565.25 x 65%
=RM367.41
katakan setiap minggu anda dapat RM367.00 bagi setiap 1 dinar
digadai....berikut formula pusingan wang anda
Secara mudah setelah anda gadai 4 dinar anda telah melakukan perkara
berikut:
a. Membelanjakan wang tunai hasil gadaian dalam sebulan RM800.00
b. Simpanan wang tunai gadaian RM668.00 dan tunai elaun
FAMA RM500.00 = RM1168.00
Apa perlu lakukan selepas itu jika ada tunai RM1168.00?
Tebus kembali emas minggu 1, 2, dan 3 melibatkan kos RM1101.00 dan
baki tunai anda sebanyak RM167.00 dan lakukan kembali gadaian
pada minggu bulan baru dan simpan RM167.00 untuk tujuan penebusan
berikut. Hasil tebusan 3 ketul emas, emas anda hanya tinggal 1 dinar
dalam kedai pajak gadai. Lakukan seterusnya diakhir pusingan selama
10 bulan jika nilai gadaian sama anda telah menyimpan RM 167x10=
RM1670.00
Keberkesanannya program ini telah berjaya saya lakukan.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment