Friday, July 30, 2010

Public Gold Kehabisan Stok

Minggu ini (26 hingga 31 Julai 2010) merupakan minggu yang menggila bagi semua pemegang dinar emas dan jongkong emas Public Gold akibat kejatuhan harga emas yang telah dijangkakan dan melantun semula pada paras harga tinggi mulai awal Ogos 2010.

Semalam apabila master dealer kami ke pejabat Public Gold Kuala Lumpur, stok jongkong emas 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1kg termasuk dinar 5 dan 10 telah kehabisan stok. Pihak syarikat terpaksa membahagikan emas yang ada secara adil. Hanya dinar 1 sahaja yang mampu dibawa pulang ke Johor.

Ini bukan sahaja berlaku kepada group kami, tetapi kepada ejen besar seperti Koperasi Permodalan Melayu Johor Berhad yang telah mengalami masalah kekurangan stok sejak dua minggu lepas.

Walau bagaimanapun kepada agen baru dan pembeli emas secara kecil-kecilan, anda akan mendapat emas anda pada minggu hadapan mengikut harga yang telah kita lock atau tambat. Apa yang penting senario ini amat baik kepada kita kerana perniagaan emas di kalangan kaum Bumiputera telah membuahkan hasil.

No comments: