|
|
Asas pengiraan harga emas di Malaysia bersandarkan kepada harga semasa Kijang Emas (Mengikut harga antarabangsa). Sebagai contoh pada 29 Julai 2010, harga 1 oz kijang emas ialah RM3,957.00. Menggunakan formula 1 oz = 28.35gram, harga satu gram emas ialah
harga 1 oz RM3,957
---------- = --------- = RM140.00/gram
28.35 g 28.35g
Harga emas 24k ialah RM140.00/gram
Bagaimana pula untuk mencari harga emas semasa bagi jenis-jenis yang lain?
Mengambil contoh emas 91.6 ia dikira seperti berikut :
Harga emas 24k x jenis emas (91.6)
----------------------------------
100
RM140.00 X 91.6
------------------
100
RM12824
----------=RM128.24
100
maka pada 29 Julai 2010 harga emas 91.6 ialah RM128.24
# walau bagaimanapun cara pengiraan bagi mana-mana bank atau pajak gadai adalah berbeza-beza sebagai contoh Bank Rakyat akan meletakkan harga RM140.50
Sebagai contoh harga emas pada 29 Julai 2010 digenapkan seperti berikut:
Jenis Emas-----Kandungan Emas(%)-----Harga/Gram
18.0K---------------75.0--------------------RM105.00
20.0K---------------83.5--------------------RM117.00
21.0K---------------87.5--------------------RM123.00
22.0K---------------91.6--------------------RM128.00
22.8K---------------96.0--------------------RM134.00
24.0K---------------99.9--------------------RM140.00
No comments:
Post a Comment