pada hari ini jam 3.00pm hingga 4.00pm, aku meronda seluruh Bandar Masai dan Pasir Gudang untuk membuat gadaian syiling 1 dinar buatan Public Gold. Aku pergi ke kedai pajak gadai ar-rahnu YAPEIM cawangan Pasir Gudang, pegawai dikedai nie dengan selamba berkata "kami tidak menerima gadaian dalam bentuk dinar". Berbanding dengan Pajak Gadai Ar-Rahnu YAPEIM di Kluang, kedai jenama ini menerimanya. Kemudian aku ke Bank Rakyat Cawangan Masai. Bila diunjukkan dengan 1 dinar buatan Public Gold, kerani yang melayan aku dengan baik mengatakan " maaf encik buat masa ini nama syarikat pengeluar emas encik tiada dalam senarai. kami hanya terima emas keluaran Maybank atau OUB bank.
Walau bagaimanapun hanya satu kedai pajak gadai yang masih menerima dinar keluaran Public Bank iaitu Maruah Emas Sdn Bhd di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Kuucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedai ini kerana menerima 1 dinar aku dengan mudah.
Lain-lain tempat pajakan boleh dibuat di Pasir Gudang dan Masai
1. Mana-mana cawangan EON Bank Pasir Gudang atau Masai.
2. Mana-mana kedai pajak bertuliskan Ar-Rahnu
Kepada mana-mana pembeli emas, usah khuatir jika anda menghadapi masalah jual beli emas Public Gold ketika ini, kerana pada bulan September 2010, Pejabat Cawangan Public Gold akan beroperasi di Taman Pelangi.
No comments:
Post a Comment