Minggu ini merupakan minggu kejatuhan harga emas dunia. Ini menyebabkan ramai pedagang emas mencari wang tunai untuk membelinya termasuk saya sekali antaranya mengeluarkan wang pelaburan dalam akaun simpanan emas maybank, pinjam dari saudara mara, pinjam dari rakan, dan pelbagai cara janji dapat membeli emas yang rendah harganya ketika ini. Dipihak lain pula rasa terkilan dan merasa geram kerana tidak berpeluang untuk merebut peluang yang terhidang kerana harga emas akan naik secara pantas mulai bulan Ogos.
Nasibku agak baik kerana mempunyai peluang untuk menyambar peluang terhidang. Selepas waktu tamat persekolahan, aku bergegas ke Pejabat Utama dan Cawangan Koperasi Permodalan Melayu Johor Berhad di Jalan Segget dan di bangunan Abu Kassim di Jalan Skudai untuk membuat gadaian jongkong emas seberat 20 gram dan Syiling Dinar keluaran syarikat Public Gold.
Alhamdulillah semasa ke sana saya dengan membawa 3 ketul emas jongkong Public Bank 20 gram setiap satu dan 8 ketul syiling emas 1 dinar, 2 jongkong emas seberat 20 gram dan 2 dinar telah dapat digadai. Aku mendapat wang gadaian sebanyak RM 4300.00. Ditambah dengan sebahagian kecil dua bulan gaji yang tidak terusik, aku telah dapat membeli jongkong emas 20 gram sebanyak 2 ketul lagi bernilai (RM5412,00) pada jam 4.00pm hari ini. Secara mudahnya emas yang kugadai menjana dua ketul jongkong emas 20 gram yang baru sebagai stok di tangan dan dalam masa yang sama emas yang berada dalam pajak gadai sentiasa mengalami kesan naik turun harga.
Berikut adalah harga gadaian emas mengikut harga pergerakan emas semasa pada 29 Julai 2010 di Koperasi Permodalan Melayu Johor Berhad
Jenis Emas-----Kandungan Emas(%)-----Harga/Gram
18.0K---------------75.0--------------------RM104.00
20.0K---------------83.5--------------------RM116.00
21.0K---------------87.5--------------------RM122.00
22.0K---------------91.6--------------------RM127.00
22.8K---------------96.0--------------------RM132.00
24.0K---------------99.9--------------------RM139.00
#harga gadaian jongkong emas 20 gram Public Gold RM139/gram
harga syiling emas 1 dinar public gold RM127.00/gram
No comments:
Post a Comment