Semasa menanti giliran membuat gadaian, aku duduk bersebelahan dengan seorang perempuan tua yang boleh ku panggil nenek tapi masih gagah ke sana sini untuk meneruskan perjuangan hidupnya.
Aku bersembang dengannya mengenai kehidupannya mengenai emas. Dia telah lama berkecimpung dengan emas. Antara laluan hidupnya adalah seperti berikut:
1. Sentiasa membeli dan menyimpan emas semasa hayatnya.
2. Dengan emas yang ada, setiap minggu dia menggadaikan emas miliknya
di pajak gadai Cina dan menebusnya sebelum sampai tempoh.
3. Dia dah lakukan proses gadaian 50 tahun.
4. Tidak kisahpun harga ayam, minyak petrol atau gula naik.
Gaya hidupnya sentiasa mewah kerana emas sentiasa berada pada dirinya.
Tak berduit dia gadai, ada duit dia tebus begitulah perjalanan hidupnya.
Pengalaman buat pajakan di kedai pajak cina
- Emasnya akan dinilai dan tokey Cina akan katakan emas yang digadainya mengalami susut nilai 45%. (Adakah emas mengalami susut nilai? fikirkan) bermakna hanya 65% sahaja nilai gadaian dan akan dikenakan 2% bunga atas wang yang diambil. Berbanding dengan ar-rahnu telah menetapkan hanya 0.7% upah simpan yang dikenakan ke atas seluruh nilai marhun
- Jika nenek berkenaan ingin menebus lebih awal, penalti sebulan bunga dikenakan sebagai ganti rugi atas ingkar -perjanjian di ar-rahnu akan diberi diskaun.
No comments:
Post a Comment