Dalam tinjauan saya selama dua minggu ini keseluruhan bank dalam negara kita telah memperkenalkan satu bentuk pelaburan emas. Walau bagaimanapun kebanyakan bank yang saya pergi mereka menyediakan pelaburan emas bersandarkan wang tunai mengikut harga emas semasa. Sebagai contoh Maybank menyediakan pelaburan emas melalui passbook Gold dengan permulaan simpanan ditetapkan 5 gram. sebagai contoh harga emas pada 23 Julai 2010 ialah RM125.77 sebagai harga jualan. maka kita kena menyediakan wang RM125.77 x 5 gram. Walau bagaimanapun setelah joint program ini mulai 5 Julai 2010 dengan pelaburan sebanyak RM128.07 X 10 gram (RM1280.70) dengan sandaran wang tunai pada 23 Julai aku telah mengalami kerugian sebanyak RM2.30/gram atau RM23.00. ini belum dikira harga belian semula pihak bank ke atas harga emas yang ingin kita jual, perbezaannya jauh lebih rendah iaitu lebih kurang RM5.00/g. Maka aku terpaksa menanti dan menanti harga emas naik tinggi pada paras lebih tinggi daripada harga yang aku beli iaitu pada paras RM134.00. bayangkan selama 3 minggu akuan aku telah kerugian RM23.00.
walau bagaimanapun dengan Public Gold aku boleh senyum gembira setiap hari. Aku ada emas fizikal dalam bentuk dinar dan jongkong. Dengan adanya jongkong emas dan wang dinar dalam genggaman aku, benda nie memberi kuasa kebebasan apa yang nak kulakukan ke atas emas yang ku miliki. Aku boleh lihat perubahan harga emas setiap 20 minit dalam laman web Public gold . kalau aku nak jual atau beli aku akan lock harga pada bila-bila masa dan di mana aku berada kerana aku ada nombor ejen sendiri. Maka aku beroperasi sendiri tanpa tanpa guna ejen lain. senang kata tidak ada cerita kayakan upline.
Aku juga boleh menjana pendapatan dengan menggadaikan emas aku ikut harga semasa kerana emas 999.9 harganya setiap minggu antara RM140 hingga 147.00/g manakala harga gadaian dinar emas setiap minggu antara RM133 hingga RM137/g. Apa yang telah aku lakukan ialah wang tunai hasil gadaian berkenaan aku buat beli emas yang baru. Manakala pada minggu berikutnya aku akan tebus emas terpajak melalui sistem gadaian yang aku urus sendiri. Untuk membuat cara begini anda perlu menyediakan wang tunai sekurang-kurangnya RM10,000.00 sebagai wang pusing ganti buat tebusan.
Alhamdulillah setakat ini aku belum pernah tewas. Emas gadaian aku sentiasa dapat ku tebus sebelum tempoh matang(tempoh matang 6 bulan) dalam seminggu atau dua minggu. Dengan wang gadaian emas, aku telah dapat membeli dan menyelesaikan masalah kewangan yang aku hadapi seperti urusan pengajian anakku di Politeknik Ungku Omar dan selesaikan kad kredit yang hampir memufliskan aku. Bayangkan pada awal tahun 2010 kerajaan mengubah dasar sesiapa yang menggunakan kad kredit dikenakan cukai sebanyak RM50.00 walaupun kad kredit tidak digunakan. Bayangkan bagaimana bank menbuat keuntungan dengan menebarkan kad yang diluluskan untuk RM5000.00 disusuli dengan 3 kad iaitu Master, Visa, Petronas. Kini aku telah melaungkan potong, potong dan potong pada kad kredit.
Untuk makluman teman-teman, berikut adalah pengalaman aku dalam urusan gadaian jongkong emas 20g di Koperasi Permodalan Perniagaan Melayu dengan harga gadaian sekitar RM144 hingga RM147/g pada tarikh-tarikh 19 hingga 22 Julai 2010. Jika harga RM144.00 setiap emas 20g aku, nilai marhumnya RM2880.00/ketul maka setelah didarabkan 65% nilai wang tunai boleh keluar, setiap ketul aku mendapat RM1800. bayangkan berapa wang tunai ku bawa balik jika 54 ketul emas dapat kugadaikan serentak:
Jongkong Emas 20g =54 ketul x RM1800.00 = RM92,000.00
Bayangkan apa boleh kita buat dengan RM92,000.00
1. Boleh gandakan bilangan emas sedia ada dengan membuat pusingan belian kali kedua.
2. Boleh beli barang yang dihajati dengan tunai.
3. Menggantikan sumber kewangan dari kad kredit sebelum ini.
12 kad kredit telah aku potong dengan nilai RM3000x12kad = RM36,000.00
4. lain-lain terserah pada anda untuk fikirkan faedah lain yang bakal perolehi.
Pengalaman menggadaikan emas jongkong 20g sebanyak 54 ketul secara unit dan kelompok pada harga RM146.00?
1. Kalau kita gadai menggunakan ketulan secara berasingan anda akan mendapat bayaran paling
maksima iaitu RM1800.00 bagi setiap ketul 20g dan anda akan menerima surat pajak bagi
setiap ketul. Jika 10 ketul darabkan ajer Rm1800 dapatlah wang RM18000.00
2. Teknik kedua yang telah dicuba ialah saya gadaikan emas 20g secara kolektif iaitu 10 ketul
dalam satu surat pajakan....agaknya berapa telah saya perolehi.
Pada 20 Julai 2010 harga gadaian emas 999.9/24k ialah RM146.00
Emas digadai = 20g x 10 ketul =200g
kiraan adalah seperti berikut = 200g x 146.00 =RM29200.00(nilai marhum)
= Nilai Marhum x 65%
= RM29200 x 65%
=RM18980.00
3. Ini bermakna dalam proses gadaian pun ada keuntungan yang berbeza. Jika gadai satu unit ke
satu unit dapatlah RM18,000.00 dengan 10 helai surat pajak tetapi membuat gadaian secara
kolektif saya memperolehi tunai RM18,980.00. Perbezaan gadaian ialah RM980.00 dalam minggu ini.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment