Thursday, June 20, 2013

Akhirnya Harga Emas Menyentuh Paras Terendah USD1288 Dalam Zon Harga Yang Ditakuti Semua Pelabur

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,



Lega rasanya apabila sasaran paras harga USD1298 yang dibuat pada harga sasaran mingguan 20 hingga 24 Mei 2013 dalam posting bertajuk "USD1298/oz harga emas menjadi buruan Pendita Emas sepanjang minggu 20 hingga 24 Mei 2013" menjadi kenyataan pada 20 Jun 2012 apabila paras terendah terkini pada paras USD1288/aun yang dicetakkan jam 5.00 pm tadi.

Harga ini bukan satu kejutan tetapi merupakan satu paras harga diharapkan oleh Pendita Emas.

Berdasarkan rekod, posting harga USD1298/aun sekurang-kurang patut dapat diterjemahkan lebih awal lagi iaitu pada minggu 20 hingga 24 Mei 2013 lagi. Tetapi beberapa faktor fundamental ketika itu lebih dominan daripada analisis teknikal yang Pendita Emas buat.

Ini bermakna spekulator berjaya memainkan peranannya dalam pergerakan harga emas semasa,

Berikut adalah simpanan carta analisis teknikal pada minggu 20-24 Mei 2013 yang meletakkan paras USD1298 sebagai paras terakhir yang Pendita Emas harapkan.

.

Mengikut rekod penurunan harga emas disebabkan oleh harga dalam tekanan dapatlah Pendita Emas lakarkan sebagai berikut dari bulan Januari 2013 hingga Jun 2013 yang dicetak pada 14 Jun 2013 yang lalu.



Hasil dari beberapa analisis teknikal, Pendita Emas telah membuat posting  "Jom Buang 60% Emas Fizikal Gantikan Dengan Logam Putih Silver Mulai 6 Jun 2013"

Dalam posting berkenaan pasti ramai mengatakan bahawa cadangan Pendita Emas secara tersurat adalah satu tindakan gila, mengarut dan merugikan walhal secara tersirat ia adalah cadangan untuk mengelakkan pemegang emas fizikal terus dihimpit dengan kerugian yang lebih besar akibat dari kejatuhan harga emas secara berterusan terutama apabila terus menyusut dalam zon harga USD1200/aun.

Kepada yang dapat membaca saranan secara tersirat Pendita Emas, tahniah kita ucapkan.

Kini harga terendah atau harga bottom line yang disasarkan Pendita Emas sebagai pilihan terakhir  USD1298/aun telah dipenuhi. Ini bermakna jika betul ramalan Pendita Emas, marilah kita pasang angan-angan bahawa harga emas akan membuat reveasal uptrend Bullish mulai esok.

2 comments:

Gold Beetle said...

sekadar utk maklumat pihak yg minat nak download tool kalkulator dan update harga emas di android . free download sahaja.

http://www.appsgeyser.com/490119
http://www.appsgeyser.com/489845
http://www.appsgeyser.com/489817

tq tuan tanah

Gold Beetle said...

harga emas turun lagi . dari april ke bulan june . rasanya ini semua provokasi maerketing tahun lepas 2012 kata emas lepas usd 2000 dlm 2013. bg saya emas tetap emas . turun naik harga emas kerja spekulator barat ....nasib tak terjerat . Beli emas bila harga murah betul tak

sekadar utk maklumat pihak yg minat nak download tool kalkulator dan update harga emas di android . free download sahaja.

http://www.appsgeyser.com/490119
http://www.appsgeyser.com/489845
http://www.appsgeyser.com/489817

tq tuan tanah