Sunday, June 9, 2013

BERSEPAI SEKETIKA AKAUN PARA PELABUR VGMC.

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Tanggal 9 Jun 2013, merupakan tarikh untuk Pendita Emas menjejaki semula akaun VGMC. Telahan beberapa minggu yang lepas bahawa akaun VGMC.com ditutup menjadi kenyataan. Tiada urusniaga mencari wang baru dari pelabur dari seluruh dunia. Dengan bahasa mudah tiada lagi transaksi keluar masuk wang dilakukan.


Pengesahan penutupan operasi VGMC.com dikukuhkan lagi dengan peletakan jawatan semua lembaga pengarah yang menerajui vgmc berkuat kuasa mulai 1 Jun 2013. Ini bermakna perancangan untuk kencing pelanggan telah berjaya dengan harapan pelabur IPO Plaitnium atau Silver dilakukan pada tahun 2015.

Tahniah kepada pihak lembaga pengarah yang berjaya menyakin pemegang-pemegang saham untuk menukar saham optiom emas kepada saham AGMAC, menambah lot CPS-Platinium dan CPS-Silver. Kini semua akaun pemegang saham dilepaskan bebas tanpa kawalan keselamatan.


Tersentak dengan pemergian semua lembaga pengarah, laman web yang selama ini mengandungi pelbagai maklumat berkenaan pelaburan telah dikeluarkan dari web berkenaan. Malah info berkenaan no telefon dan alamat telah dilupuskan.

Begitu juga dengan disiplin yang ditetapkan oleh pihak VGMC tidaka dapat dipatuhi dengan jujur terutama dari segi penyusunan timeline, milestone dan perancangan masa depannya.

Rajah : Carta milestone yang diambil pada 5 Jun 2013

Rajah : Susunan perancangan masa depan disetup pada 9 jun 2013

Terkini kepada mana-mana pemegang saham vgmc yang mahu menunaikan saham yang tercatat perlu menemui entiti baru dipanggil LISTCO untuk ditemuduga untuk mendapatkan sekeping kertas perakuan yang mengandungi nilai saham untuk dijual kepada mana-mana broker dengan membawa pasport, bukti 2 alamat terkini.

Satu amalan yang pelik dan menjadi persoalannya ialah mengapa kita sebagai pemegang saham perlu menemui LISTCO? Adakah kita menjadi entiti yang cuba diperangkap oleh pihak vgmc kepada pihak berkuasa LISTCO. Sedangkan untuk mendaftarkan IPO perlu dilakukan oleh entiti vgmc seperti apa yang berlaku ketika saham berada di AGMAC.

Kesimpulannya:

1. Lupakan VAD jika entiti LISTCO mengambil alih urusniaga saham vgmc. ni diseabkan lembaga pengarah yang lama telah meletak jawatan mulai 1 Juh 2013
2. Lupakan segala keuntungan yang perlu diraih jika terpaksa melalui perjalanan yang jauh road to London dengan kos sendiri.

Gambar-Gambar Kenangan VGMC


Bacaan tambahan : http://penditaemas999.blogspot.com/2013/06/tahniah-saham-vgmc-untuk-cps-gold-cps.html

No comments: