Monday, December 26, 2011

1001 Satu Cerita Emas Tahun 2011 Dari Admin Pendita Emas: Satu kenangan


Berniagalah emas dengan sebaik-baiknya
Jangan mengutuk kebolehan, ilmu otai atau sifu emas lama sebab perkataan kutukan dikeluarkan akan menjadi senjata kemusnahan anda
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Lu holmat olang, olang holmat lu
Lu sangka baik kat olang, olang sangka baik kat lu


Salam,

Posting pada hari ini, cuba membangkitkan kembali 1001 nostalgia sepanjang tahun 2011 yang terhangat dalam blog dan facebook penditaemas999.blogspot.com dan Pendita Emas samada yang baik atau buruk dengannya. (kalau nak baca data sepenuhnya carilah data berkenaan dalam kedua-dua tempat berkenaan)

1. Input melalui emel yang mahu dilupuskan.

Saya mulakan dengan pembersihan emel yang telah penuh dalam inbox sehingga melebihi 70,000 emel memaksan PE membersihkannya sehingga 5 hari.

Yang menarik ialah kutipan mengenai posting-posting berikut yang ada kaitan dengan blok PE:

Tersebutlah kisah penceramah emas yang begitu dikenali keluar dari persembunyian setelah bertapa selama 15 tahun mengenai ilmu emas.

(PE tak lama pun, cuma bermula tahun 2007 bergerak secara aktif sebab menumpukan tugasan hakiki sebagai guru dan pensyarah part time OUM PPW Johor selepas kecundang dengan world money swisscash dan winlifund)

Dipendekkan cerita maka keluarlah 1001 skil pelaburan emas yang tiada kepada semua otai, penceramah dan pelabur emas edisi lama. Maka otai emas dan penceramah emas lain yang membuka blog masing-masing telah dilabelkan hanya mencari keuntungan.

Tetapi maaf cakaplah ya, bila kami lihat sepintas lalu skil berkenaan semuanya adalah cedukan skil yang ada telah lama kami praktikkan dalam kalangan pelabur-pelabur Public Gold yang kami manipulasikan bersama anak murid Sarjana Muda di Open Universiti Malaysia PPW Johor sebagai satu tugasan mendapatkan pinjaman tanpa menggunakan sandaran tanah atau bangunan kedai, rumah dan sebagainya yang lazim menjadi cagaran pinjaman perniagaan.

(sila buktikan secara dokumentasi skil anda yang lari dari skil rempit PE, PE akan hantar orang yang telah PE ajar untuk menilainya Rempit 1, Rempit 2 dan Rempit 3 bagi merungkai akan membuka permasalahan ini jika masih mempertikaikannya)

Perbincangan kami telah kami dokumentasikan melalui bolg Pendita Emas mulai Ogos 2010 dengan matlamat mendidik orang ramai menggunakan emas dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Yang kesian dahlah ilmu diberi free, dapat plak sanggahan dari orang lain ilmu yang PE beri percuma : ilmu rempit, pajakan, overlap, beli guna kad kredit dan sisten 30-70 sebagai ilmu menyesat dan menyusahkan. Tetapi teknik berkenaan telah memberi sinar. Kini penentang teknik yang PE canangkan menelan kata-kata mereka sendiri.

Sekarang ambik kata kau, segalanya dibenar mengikut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam parameter pelaburan emas sebagai berikut Klik Sini. So macam mana sekarang bila ilmu disampaikan free bila sampai di tangan orang lain, lain pula ilmu ini digunakan, timbul pula 1001 skil dicanangkan secara berbayar. (kalau ikut rekod orang ini sentiasa mengikut blog PE, siap boleh copy n paste dalam facebook dia)

Posting PE berkenaan penyampaian ilmu secara berbayar yang menjadi sengketa seketika lalu:


Wajarkah Ilmu Emas Sekarat Disebarkan Dengan Berbayar.

by Pendita Emas on Thursday, June 2, 2011 at 12:43pm
Salam semuanya,
Percaya atau tidak ketika ini ramai otai-otai emas cuba memanipulasi ilmu emas melalui seminar-seminar yang berbayar, walhal ilmu yang disampaikan tidak seberapa. Mereka berlumba-lumba keliling Malaya menyebarkan ilmu mereka yang dikatakan sebagai sangat ampuh. Tidak kiralah bagaimana bunyinya, caranya tetap sama antara satu pihak dengan pihak lain samada secara percuma atau berbayar. Yang penting ilmu dipelajari dapat dilaksanakan dengan aman dan selamat.
Sedang berseronok bersama family di The Regency Tanjung Tuan sempena cuti sekolah, isteri PE telah mendapat sms berikut :
Salam saya xxx xxxxx dari kedai emas Dinar, berbesar hati menjemput tuan/puan ke seminar skil manipulasi emas 12/6/2011 jam 2.00pm - 2.30pm, bayaran RM150, 1+! =RM240 di Taman Setia Tropika Kempas JB. Deposit bayaran RM50. Speakerxxxxx Jutawan Emas.
Bila ditanya kenapa dikenakan bayaran. Jawapannya jika Free pendapatan tidak seberapa. Apa maksudnya tu ya? Maka jelaslah apa yang PE perkatakan sebelum ini, sangat tepat kalau penceramah nak lekat kena lah bagi bayaran yang lebat. Adakah statement PE ini mengarut (sendiri fikirlah)
Pendita Ingat lagi pada masa lalu, pernah juga mengikuti talk otai yang dikatakan jutawan dalam perniagaan emas. Tapi hasilnya hampas. Bila berlaku masalah pada downline jawapannya mudah sahaja, tunggu harga emas naik juallah. Itu senario masa lalu.
Kini, otai-otai sudah berani demand. Entah ilmu dari profesor dan doktor mana diterima. Tetiba mahu menyampaikan ilmu sekarat untuk hadir dengar ilmu kena bayaran RM150 jika datang seorang dan jika datang berpasangan dapat diskaun RM240.
Seronok mendengar perkataan buat seminar tak mendatangkan untung pun bila kita balas balik sms mereka. Kalau tak untung buat apa buat seminar. PE pun buat seminar ke seluruh negara, bezanya suka buat free.
Kenapa PE mampu buat secara free. Bukan mahal manapun, setakat sewa dewan seminar (RM200++ siap LCD) makan minum bawa family (RM100++) transport minyak dan tool (RM200++). Mahal ke 2. Kalau dah kata jutawan emas takkan nak jual air liur dan ilmu ciput minta demand RM150++)
Fikir-fikirkanlah, ilmu mereka tidak seberapa pun disampaikan. Yang peliknya aduan dari downline dalam masa sama merendahkan ilmu orang lain, konon-konon ilmu yang dia sampaikan paling terbaik sangat mendukacitakan PE. semua diperolehi ketika PE berada di Melaka dan Kuala Lumpur. Patutlah dengarnya seminar yang dibuat mendapat provokasi audian.
Tolonglah, kesian kepada upline-upline yang mengadu pada saya hingga mereka bergaduh dan bermasam muka pula dengan downline mereka selepas berguru kepada guru yang mentarbiahkan ilmu secara tidak iklas dan ada agenda sendiri.
PE memegang prinsip dan kod etika perguruan iaitu jangan menganiaya rakan sekutu di khalayak ramai. Jika ilmu guru itu sedikit jangan hina guru mereka depan downline. Jangan sampai keluar perkataan, jumpa guru kamu, guru kamu praktikkan tu salah. Bila dengar menda nie, sebagai otai emas lam,a PE panas hati juga lebih-lebih lagi PE baru dapat berjumpa dengan downline PE selepas enam bulan kami kenali melalui online sahaja. Dan terus berada menjadi downline atas kepercayaan yang tinggi dalam diri mereka pada PE.
Bagi PE, PE akan tetap menyampaikan ilmu pelaburan emas secara percuma pada bila-bila masa dengan matlamat dapat membantu mereka dengan masalah kewangan mereka dari defisit kepada positif itu sudah memadai. Jika kita mendengar ilmu berbayar nie, pendengar perlu diberikan ijazah sebagai tanda pengiktifaran mereka kerana telah menimba ilmu dari kita. Baru betul jika mahu memperdagangkan ilmu emas kepada orang ramia secara berbayar.
Bila pemegang ijazah ilmu pelaburan emas ramai, barulah kita tubuhkan persatuan yang mengawal pelastarian ilmu emas berkenaan. Barulah kita semua dapat berniaga ilmu emas dengan lebih terkawal dan ampuh.
Barulah kita tetapkan bayaran penceramah:
Pemegang diploma ilmu manipulasi emas kita bayar RM2000 sekali talk
Pemegang Ijazah RM5000 sekali talk
Pemegang Master RM10,000.00
Pemegang PHD RM20,000.00
Jika semua prasarana tersebut dapat disediakan sudah tentu perkara ini boleh berlaku, sedangkan mahu menjemput pakar motivasipun kita kena sediakan lebih dari jumlah itu, siap tiket kapal terbang pergi balik, penginapan kelas pertama.
Maka fikir-fikirkanlah. Bertindak bijak dari sekarang.
Persoalannya mengapa free, PE sebenarnya mendapat motivasi dan income dari komisen pembelian emas mereka walaupun komisen belum masuk akaun PE sehingga sekarang (2/6/2011). PE lampirkan statement pendapatan yang PE terima sepanjang bulan April 2011. Matlamatnya jelas, otai-otai sudahpun kita bayar dan tugas mereka sekarang memberi servis percuma kepada downline kembali tidak 100%, dapat 10%pun memadai. Tunaikan janji seperti yang disampaikan sebelum mereka sertai kami. Bak kata Perdana Menteri pemimpin kena turun padang menjenguk ahli-ahlinya makan, minum, keperluan asas mereka cukup atau tidak.
Maka fikir-fikirkanlah, bertindak bijak dari sekarang.
Dengarnya yang dok canang menda nie tak betul, sekarangpun dah buat talk free. Nak hentam orang gunakan nama orang lain.


Alhamdulillah, yang berbayar dah pupus, yang free kekal bertahan sehingga sekarang. Yang penting sampaikan ilmu ikhlas, walaupun kami otai lama dianggap meninggalkan downline dan menipu. Tuhan maha adil tunjuk 1 jari pada sifu, 4 jari tunjuk diri sendiri. Itulah barokahnya menjadi sifu. Tuhan bayar cash ajer.



Yang haru boleh buat cerita mengarut plak, siapa yang menggunakan arrahnu kepala haru biru. Kata dalam pelaburan emas sudah sampai tahap gaban lebih 15 tahun takkanlah isu harga emas statik mulai awal tahun 2011 tidak boleh diselesaikan masalah ini.

Kalau betul ilmu overlap tak boleh guna bermakna pelabur emas sedang berlari ke arah  mulut rimau masuk sungai ditelan mulut buaya, takut lari dari mulut buaya, turum gaung gunung masuk mulut naga pulak. Siankan. Jangan risau arrahnu telah dibuka oleh kebanyakkan bank selepas ini. Anda akan suksess tentang pelaburan emas. Lupakan posting di bawah ini, semua nie mengarut sahaja dengan kepelbagaian skill manipulasi.


Masih ingat peringatan PE tentang pelaburan jongkong emas tahun 2011. Ia dibuat atas pengalaman dan terjadi secara realiti. Segalanya bermula atas tindakan Bank Rakyat diwaktu itu dan tidak mahu terjadi pada tahun 2011 tetapi seperti diwar-warkan oleh PE, kini Agrobank tidak menerima jongkong emas mulai Ogos 2011.

Kini usah risau sejarah berrahnu menggunakan emas jongkong mencetuskan pembukaan arrahnu kebanyakan bank masa kini. Kita tukar pelaburan kepada barang kemas pula. Apa nak heran yang penting belilah secara berhemah, usah mengikut posting dalam facebook di atas.

Kembali kepada sejarah pelupusan pajakan jongkong emas segalanya bermula dengan Bank Rakyat menutup pajakan jongkong emas tahun 2010. Walau bagaimana syiling Kijang Emas dan syiling diperakui dan tersenarai dalam listing pengurusan bank masih diterima.

Ia berlaku disebabkan pelaburan emas Syarikat Etika Emas difreez oleh Bank Negara Malaysia. Memang PE setuju dengan perkataan berkenaan kerana mereka memajak emas membuta tuli. Tiada pendidikan diberi untuk berrahnu. Mereka tertarik dengan pembayaran Hibah setiap bulan (kejar RM) bukan ilmu.

Oleh kerana tekanan yang diberi kepada syarikat atas laporan ke Bank Negara Malaysia dalam kalangan pelabur yang gelojoh maka kena freezlah akaun Etika Emas. Baguslah dengan tindakan mereka kerana pijat seekor satu kelambu dibakar. Siapa untung, Etika Emaslah untung(apa dia sendiri fikir).

Akhirnya semua pelabur melopong dan sangap, hilang hibah hilang emas fizikal. Tetapi sesiapa yang ada ilmu emas dan kekuatan RM ketika itu, inilah masanya menangguk emas pajakan dengan harga yang murah samada diperolehi melalui jualan surat pajak atau buyback.

Maka itulah Rempit Emas diwujudkan secara dokumentasi oleh Pendita Emas. PE tahu ia mengalami penambahbaikan dalam kalangan orang yang berilmu. Anda praktikkan anda dapat. Bukan dikutuk tanpa menggunakan akal.


Ada juga kata bis nie tidak menguntungkan. Sampai mengundang rakan-rakan marah. Tapi kita biarkan kata-kata mereka dan keluarga mereka. Rasanya keluarga mereka sedang menghadapi masalah nak meniaga sekarang sebab stok sangkut-sangkut.



Kata dah lama menimba ilmu emas tetapi mengapa baru March 2011 baru keluar statement kejayaan skill dicanangkan. Tak haru ke? Cakap tanpa dokumentasi namanya kelentong jer tuan. Kalau ada macam tu mailah tunjuk untuk kita pakat kelentong sama perkara yang tuan dokumentasikan.

Walaupun sifu lama macam PE mencerita sambil mencatatkan harga emas dalam blog PE yang dikatakan macam ahli nujum, ada juga sumbang bakti diberi percuma kepada pelabur emas yang setia pada Pendita Emas.


Yang penting ilmu, ilmu datang wang mari brooo. PE hanya menunjukkan jalan, anda yang mencarinya. Umpama guru menjadi "Pelita Hidup" ada anda jumpa guru menjadi kaya raya walaupun jasanya mengangkat sultan sesebuah negeri, Perdana Menteri sesebuah negara dan CEO sebuah konglomerat. Pilihan di tangan anda.

Kisah-kisah bantuan PE berikan melalui harga emas Nujum Pendita Emas (terima kasih atas gelaran) memberi impak maksima kepada pelabur, tak aderlah kepala pusing dan membuat kerja rumah yang tiada mendatangkan hasil. Apa yang penting bantuan ilmu PE, dapat mengelak, memeninimakan kerugian dan memaksimakan keuntungan.

Tak payahlah mau meraung-raung tuan, ini hasil homework PE. Cuba tanya yang hadir seminar tuan atau anak buah tuan, apa hasil mereka dapat. Boleh dia tunjukkan macam PE buat. Sekali PE tengok macam-macam cara PE boleh buat sebabnya asas yang tuan buat dari Rempit PE.

Cuba buktikan cara tuan pula untuk PE lihat. Nak berapa nilai tuan, RM10,000, RM20,000, RM100000 atau RM1000000 small metter boss, PE boleh tolong buatkan jadual. Apa barang setakat modul RM1000 atau RM500.00 pacak kat papan putih lepas tu sampaikan cara verbal sahaja.


Kalau bukan basic dari PE, PE akan teraba-raba macam mereka. Inilah yang dikatakan keluar mulut rimau, masuk mulut buaya, keluar mulut buaya masuk mulut naga. Orang kata,  jauhari sahaja yang mengenal manikam.


Untuk PE, waa masih kekal jadi nujum harga emas semasa dan trend pengisian blog dan facebook seperti PE sudah diikuti. Tapi lu jadi apa sekarang? Buat malu ajer belek-belek blog Pendita Emas mahu mendapatkan input baru. Kemudian buat kecoh sana sini.

Nielah hasil kejayaan Pendita Emas.

3. Beberapa penceramah mula menggunakan stail graf pendita untuk menyampaikan input pelaburan emas terkini (dengan gunakan graf, kalau harga naik bid pada A, kita tunggulah harga emas naik pada B setelah melepasi paras A)
3. Blogger-blogger dan penulis facebook sudah mula membuat posting pengisian ala-ala blog Pendita Emas. Dari tak ada ramalan sasaran harga minggu dah ada gambar berkenaan dalam blog mereka. Itulah yang dikatakan pembaharuan dalam facebook dan blog namanya.

Mereka kata orang PE lari ke group mereka. Posting dalam facebook bagi gegak gempita masuk bakul angkat sendiri. Cerita betapa hebat diri sendiri. Orang sanggah kena carut. Gembira dan seronok cerita pada PE orang PE berduyun-duyun menyertai mereka. Biarlah itu cara dan keazaman mereka nak kaya cepat. Sama downline PE dalam Public Gold, semua profit PE Public Gold sapu. Silap-silap tempat PE orang pejabat Public Gold take over profit PE.

PE lagi suka sebab dapat mengeluarkan pelabur bawah PE yang bersifat begini secara terhormat. Lepas tanggungjawab untuk PE guide. Lagipun mereka bukan pelabur emas tulenpun. Yang bertuah ialah pelabur yang masih kekal bersama PE. Banyak-banyak yang tersenarai hanya 10 orang yang betul-betul berfikiran bisnes.

Yang kelakar dah lama tidak menghubungi PE, time nielah mengaku saya pelabur emas bawah Pendita Emas apabila PE keluarkan statement teknik 5T Pendita Emas dan teknik 5R Pendita Emas yang dihiddenkan.

Kepada otai atau sifu yang berbangga mengambil downline PE ambillah mereka lagi kesemuanya, PE boleh bagi nama dan no telefon sekali jika mahu. Lagipun tak susah, listing name dalam blog ini boleh digunakan seperti mana hebahan dibuat kepada mereka semasa mahu membuat seminar anda.

PE pun tidak berminat untuk menolong orang macam nie, dah bantu selesaikan masalah kewangan dengan pelaburan emas, PE pula kena pancung walaupun ada downline kawan satu tempat kerja. Apa aku kisah dengan peristiwa ini.

Baguslah, so siapa yang terima pelabur macam inilah yang akan merosakkan biz emas kumpulan mereka. Mereka akan menjadi anak burung baru untuk disuapkan dengan entah apa-apa ilmu pelaburan.

Ironinya benarkah pihak tuan memberi mereka ilmu yang mantop? Ini disebabkan  PE merasa heran apabila anak burung dia tetap dalam kekelaman, akhirnya jumpa ahli nujum PE minta pencerahan apa yang disampaikan oleh anak juak mereka. Pelik bukan dengan ilmu mereka satu mendapun mereka tidak memahaminya. 

Apa-apapun PE tetap macam nie sampai bila-bila yang kekal sebagai penulis aktif menyampaikan idea-idea pelaburan emas. Lagipun gaji hakiki dah lama tidak tengok sebab ditutupi dengan pendapatan jualan emas setiap hari. Kalau jual harga emas murah sedikit daripada harga belian sebenarpun tidak mengapa, bukan PE jual seketul emas tetapi lepas 1000 gram sehari pun dah ok.


Lihat aje income masa aktif dengan salah satu akaun syarikat emas. Kalau bulan-bulan macam ini, memang betullah PE kata tak payah lihat gaji yang tinggal RM2500 setelah potong itu dan ini.

Dah bagi signal nak rehat niaga emas. Tapi dengarnya sertai company lain dan terkini buat bis emas sendiri. Ok ler tu....moga berjaya dan terus berjaya. Dunia ini tidak kejam tetapi diri kita yang kejam dengan diri sendiri. Kira ada konflik antara roh dah jasad lah nie. Oleh itu PE sarankan banyak-banyakkan beristifar dan  berdoa mohon keampunan pada Ilahi. 

PE ada juga beritau orang macam nie "aku akan lihat perkembangan kau dalam tempoh 6 bulan" atas sikap suka memprovokasi ilmu yang ada pada orang lain. Tapi minta maaf sebab tiada posting berkenaan sebab dah delete.

Senang kata tuhan itu maha adil, Pendita Emas tetap bertahan dengan blog Pendita Emas, GCP dan jawatan peraih buyback emas Public Gold walaupun PE sudah tiada dalam listing Master Dealernya (ikut treadmark PE :Emas tetap emas, company pergi jalan).

Manakala orang yang kutuk-kutuk kami dengan ilmu ampuhnya tidak sampai 6 bulan dah kena keluar dari company disertainya mulai Julai 2011hingga November 2011 (sebab keluar tak ambil tahu).

Dah bukak company kenapa stok sangkut-sangkut. Kenapa, ilmu berkenaan tak menjadi ke tuan ...hi hi hi saja pinjam kata-kata murni yang dah dihamburkan (1 kilo emas 999 dicanai jadi 3 kilo untung 150%, BMW/Mercedes baru tu. Kalah keta tauke GCP atau Hj Din.

2. Penurunan status Master Dealer Public Gold kepada status Dealer Biasa.

Alhamdulillah, satu yang menarik dalam diri PE. Tidak memberi kesan pada diri PE sehingga kini dengan tindakan syarikat berkenaan. Lagipun kesalahan PE hanya menjadi dealer company lain iaitu GCP.

Ini bermakna master-master dealer public gold yang dungu ketika itu (menabur fitnah ke atas Pendita Emas sehingga membawa situasi disingkirkan dengan tuduhan menganjurkan skim pelaburan emas pelbagai bentuk seperti skim menahan wang pelabur untuk menggandakan emas milikan sendiri tanpa modaldalam melipat ganda emas menggunakan wang orang dari seketul menjadi 2 atau 2ketul menjadi 4 atau 10 ketul menjadi 20 ketul atau skim emas 30% dan 70%)

Walau bagaimanapun formasi skim dinamakan 4 whell drive Pendita Emas tetap PE gunakan sehingga kini. Yang penting tak menjadi masalah antara pelabur dengan PE sebab dia bayar dan terima barang dalam satu masa yang sama(cukup syarat-syarat jual beli). So secara offline, barang terjual semua.



No comments: