Gambaran harga emas malam ini seolah-olah positif apabila kemasukan dalam sentimen pasaran Eropah didedahkan dengan pelbagai laporan yang positif. Bermula dengan stok indeks eropah utama yang menunjukkan kenaikan dipermulaan trading dipertahankan sehingga sekarang (7:36pm Malaysia).
Carta harga emas masih berlegar pada paras USD1585 hingga USD1590.
Sasaran harga baru pada malam ini menjelang kemasukan ke pasaran Zon US ditetapkan pada USD1600 dengan syarat USD1590 dilepasi terus. Indikator yang Pendita Emas gunakan ialah "US stock futures rise ahead of economic data" menjadi rujukan utama.
Walau bagaimanapun data di US pada hari ini masih kurang dipercayai dari segi impaknya akibat tindakan FED baru-baru ini menghampakan psikologi pelabur sehingga semua indeks saham utama dunia merudum.
Graf menunjukkan harga emas menuju USD1600
Kesimpulannya menjelang kemasukan pasaran US, stok Eropah rebound dan stok masa depan US yang ada kelebihan diikuti dengan kejatuhan dolar.
Lihat pra pasaran US pada hari ini.
Bacaan artikel lalu
No comments:
Post a Comment