Tuesday, December 13, 2011

Mengapa Harga Emas Menjunam Pagi Rabu 14 Disember 2011.

Dipengaruhi oleh teknikal analisi dan fundamental analisis

14 Disember 2011
8:53am waktu Malaysia

Harga emas sangat menarik. Seolah-olah jangkaan harga emas menurun pada paras harga penutupan USD1600/oz pada minggu ini akan menjelma.

Permulaan yang menarik dengan sentimen pasaran Jerman dan jualan bond Sepanyol(494 billion) yang menolak dan merangsang kenaikan harga emas ke paras USD1678/oz ketika pasaran emas memasuki zon Eropah.

Walau bagaimanapun kenaikannya tidak dapat dipertahankan oleh pasaran US apabila mesyuarat FOMC mengekalkan kadar faedah, mengumumkan tiada rangsangan baru dan yakin terhadap prospek ekonomi sedia ada selepas pelancaran plan US400 billion twist pada November 2011.

Impak daripada keputusan FED, harga emas dunia merudum sehingga ke paras USD1623 serta melonjakkan nilai dolar berbanding Ringgit Malaysia USD1 = RM3.2003.


Walaupun ada penolakan naik harga emas pada sesi dagangan Asia ke paras USD1635.00/oz, pelabur pasaran Asia masih dipengaruhi oleh sentimen keputusan FED pada malam tadi. Jika terlibat dengan saham emas abaikan trading pada hari ini jika bid harga anda tersekat pada USD1670 atau USD1660 kerana saham anda sedang menurun nilainya.

Ini disebabkan oleh Tekanan pasaran Asia didahului dengan kejatuhan Japan’s Nikkei Stock Average JP:NIK -0.20% declined 0.6% , Australian S&P/ASX 200 index AU:XJO -0.38% lost 0.4% and South Korea Kospi KR:0100 -0.49% slipped 0.4%. Baca selanjutnya "Asia Share Come Off Lows After String Of Losses"




Jika ada tunai, sangat sesuai untuk membuat pembelian emas fizikal ketika harga emas berada pada paras terendah bermakna jika mengikut harga emas domestik pergram 999.9 sila sediakan tambahan RM20.00 bagi setiap gram pada harga emas yang terpapar. Contohnya harga emas semasa (RM167.90) + RM20.00= RM187.90(harga emas domestik).

Pilihan harga terletak kepada budibicara masing-masing. Paparan ini hanya untuk pilihan pembaca. Pendita Emas mengingatkan kepada para pelabur emas usah mempersoalkan harga emas yang ditetapkan oleh pengeluar disebabkan ada kos-kos lain yang perlu ditampung oleh mereka.


Contoh-Contoh harga emas terkini untuk dipilih mengikut ranking harga terkini dimulakan dengan hagra emas domestik paling mahal.

Rank 1

FGJAM : RM208.00 (Digunakan oleh semua kedai emas di bawah persatuan belum termasuk upah dengan anggaran tambahan RM150-RM230 bagi setiap item.



Rank 2

Public Gold : RM183.20 (Samada anda seorang dealer atau pelanggan terakhir belum termasuk kos penghantaran)


Rank 3

Emas GCP 999: antara RM193.76 hingga RM196.30 (Harga pengguna akhir)


Emas GCP: Harga dealer antara RM175.74 hingga RM178.07(999) tanpa kos upah dan kos penghantaran.



Rank 4

Lite Gold : setiap pembelian akan diberi diskaun 4% dari harga update harian




Rank 5

Kuwait Finance House: Emas 99.50 RM171.47 dengan pembelian minima 10 gram, atau topup 5 gram.


Rank 6

Sri Ayu : RM180.50

No comments: