Wednesday, December 14, 2011

Mengapa Malam 14 Disember 2011 Harga Emas Masih Kekal Merudum?

DIPENGARUHI OLEH FUNDAMENTAL ANALISIS


8:13pm, Rabu, 14 Disember 2011

Harga emas menurun sedikit menjelang kemasukan ke zon pasaran US. Pelabur masih berwaspada terhadap kebimbangan dan tekanan hutang Eropah. Tiada apa-apa hint yang mampu melonjakkan harga emas di Eropah selepas pengumumam mesyuarat FED.

Keputusan Itali membuat bayaran ke atas bon matang 5 tahun merencatkan kenaikan saham emas apabila nilai Euro menurun $1.30 berbanding USD.



Sentimen pasaran masih negatif apabila ramai respondan memilih semua Indek akan kekal menurun malam ini walaupun pihak-pihak berkepentingan menjelaskan sentimen pasaran hadapan US mengalami nasib sama berdasarkan indikator jualan bond Itali dan Jerman yang digunakan.


Setelah US Market dibuka, harga emas terus merudum untuk menghampiri USD1600/oz setelah harga permulaan di zon US berada pada USD1610/0z. Manakala dolar mengalami kenaikan akibat kejatuhan Euro.


Selepas jam 11:04pm pola harga emas semasa pada 14 Disember 2011 dapat disimpulkan sebagai menghampiri USD1600/oz



Dan tepat jam 11.48pm tanggal 14 Disember 2011, harga emas dunia telah menyentuh USD1600/oz seperti yang diwar-warkan pada 12 Disember 2011.



Kesimpulannya:

Harga emas terendah telah disentuh, bermakna Pendita Emas sudah boleh berehat.

Walaupun harga jangkaan jatuh dan berhenti pada USD1600.00, beberapa artikal berkaitan perlu dibaca bersama agar para pelabur emas sentiasa tersenyum merasai kenikmatan dalam pelaburan emas iaitu:

2. Formula harga emas melonjak USD10,000.00/oz(satu harga diluar jangkauan fikiran kita tetapi rumus dibuat ada kebenarannya).

Artikel ini ditemui ketika Pendita Emas sedang mengumpul bahan mengenai geopolitik negara-negara yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai dan kaitannya dengan penggunaan wang fiat pada masa depan.

Data-data penting ialah:

1. Populasi dan Kadar faedah Benar.


2. Jumlah wang tercetak dalam pasaran oleh bank-bank pusat.


3. Hubung kait cetakan wang dan harga emas




Contohnya apabila kerajaan Indonesia cuma mengurangkan nilai 3 digit sifar dalam denomasi nilai matawangnya ia akan meningkatkan percetakan matawang denomasi baru untuk dilambakkan.

Paling mudah , Malaysia satu ketika dahulu mempunyai wang fiat bernilai RM500.00 dan RM1000.00 dengan pemansuhan nilai berkenaan bilangan helaian wang fiat RM50.00 diperlukan dengan banyak untuk menggenapkan RM500.00 dan RM1000.00


Catatan sokongan dibaca bersama.




No comments: