10:42pm
Rabu 21 Disember 2011
Posting malam ini menyaksikan harga emas telah merudum ketika memasuki perdagangan Zon US, jika diambil kira tempoh masa market emas NY Mymax menyaksikan harga emas mengikuti perkembangan yang berlaku dipertengahan pasaran eropah.
Ini bermakna kenaikan harga emas yang dipelopori oleh pelabur Asia, dikuti Zon Eropah tidak dapat dipertahankan pada malam ini dalam zon US kerana adanya kaitan nilai matawang dia sempadan Lautan Atlantik. Iaitu seolah-olah perbalahan mata wang Euro VS Dolar telah berlaku semasa ini disebabkan Euro/ Emas naik US turun, Us Naik Euro/Emas turun.
Walau bagaimanapun, pergerakan harga emas yang cemerlang pada pagi ini menyaksikan pergerakan harga emas seolah-olah mengikut pergerakan harga emas yang memulakan lantunan pada akhir bulan Jun diikuti bulan Julai, Ogos dan awal September 2011. Tentu pembaca masih ingat kenaikan harga emas pada bulan-bulan berkenaan dicetuskan oleh tindakan pelabur-pelabur di Asia.
Jika betul telahan Pendita Emas, kita ikuti pergerakan harga emas pada jam 7.00am hingga jam 1.00pm 22 Disember 2011. Ini disebabkan pasaran Asia telah menemui memontum yang baru sempena cuti Hari Krismis di kawasan barat. Moga ia menjadi dan terus menjadi kepada harga emas pada esok hari.
Posting lepas
No comments:
Post a Comment