Hari ini merupakan hari yang sangat sibuk dengan tugasan hakiki. Baru boleh mengikuti perkembangan harga emas semasa sepintas lalu sahaja. Laporan menarik yang boleh diikuti oleh kita ialah saham Asia kembali positif yang berkembang atas sentimen yang kurang jelas walaupun antaranya ia dipengaruhi oleh sentimen rebound US dan Eropah.
“The U.S. and European market rebound is supporting Asia today, but I don’t see any specific reason for a larger rebound, unless European futures open higher,” said Conita Hung, head of equity markets at Delta Asia Financial Markets in Hong Kong.
Seterusnya melonjakkan harga emas dunia selepas mengalami kejutan pada hari Rabu lepas apabila pelabur mengalihkan pelaburan emas kepada pelaburan matawang dolar yang sedang naik akibat situasi ekonomi Eropah yang kurang menarik.
"Gold took a pounding this week after investors nervous over developments in Europe turned to the U.S. dollar for safety."Sarah Turner, MarketWatch
Seperti yang sedia maklum pada awal 16 Disember 2011, Pendita Emas menamatkan pemantauan harga emas sehingga jam 12:30am sahaja disebabkan sentimen ekonomi US sangat berserabut sekali pada masa tersebut terus PE menutup sahaja perjalanan saham emas setakat itu sahaja.
Sebagai rekod semasa Pendita meninggalkan pasaran emas, harga emas yang tercatat ketika itu hanya berada di kaki bukit emas pada USD1564/oz. Dan sasaran harga emas melepasi USD1600/oz akan PE gunapakai sebagai harga psikologi hari ini.
Lakaran carta terakhir menunjukkan harga pada USD1564.
Lakaran carta pada hari ini sebagai berikut:
Bacaan lalu:
No comments:
Post a Comment