Monday, December 12, 2011

Saham emas terus menjunam ketika berada dalam lingkungan pasaran Asia (13 Disember 2011)

Tarikh : 13 Disember 2011)
Masa: 2.00pm waktu Malaysia

Salam,

Pasaran saham emas masih meneruskan junaman ke paras harga USD1552.00 pada tengahari ini.



Berbanding dengan harga emas dunia dan domestik , dolar berbanding Ringgit Malaysia semakin mengukuh sedikit demi sedikit.



Pendita Emas jangkakan harga emas akan menurun sehingga USD1644.00/oz seketika nanti disebabkan ketidakpastian pasaran eropah yang masih mempengaruhi psikologi pelabur seluruh dunia sehingga ada rumus baru yang positif dalam zon eropah dan keputusan mesyuarat FOMC US malam ini.

Rekod-rekod indeks komposit US Nasdaq, China Shanghai, Korea Selatan Kospi, dan Australia S&P/ASX200 yang negatif menggambarkan perjalanan saham emas ketika ini.

Tarikan harga emas semakin jauh mendalam disebabkan oleh kesinambungan kejatuhan saham US akibat dari tekanan ketidaktentuan pasaran ekonomi Eropah diikuti dengan tindakan moody's terhadap penurunan rating bank Sepanyol.

Laporan menyeluruh saham emas pada 12 Disember 2011 dan pada 13 Disember 2011 dapat di baca dalam topik "Gold and Silver Daily-Outlook December 12". Moga tatapan laporan harga emas seharian boleh menjadi panduan kepada pembaca menentukan hala tuju pelaburan emas anda.

Item kelendar ekonomi global yang perlu mendapat perhatian pelabur ialah:

09:30 – Great Britain CPI

13:30 – Changes in U.S. Retail Sales

19:15 – FOMC Meeting

Tentative –OPEC Monthly Report

Tentative –IEA monthly oil report

No comments: