Tuesday, December 13, 2011

Petang Rabu 14 Disember 2011 Harga Emas Kekal Rendah Selepas Tindakan FED

Rabu, 14 Disember 2011 3:13pm

Menjelang kemasukan pasaran zon Eropah beberapa minit sahaja lagi, saham emas masih mengekalkan kemerosotan di zon Asia sekitar USd1639 hingga USD1641 seaun disebabkan oleh penetapan Rizab Persekutuan US yang tidak menyediakan rangsangan moniteri tambahan dan kebimbangan Eropah yang masih bersarang diminda pelabur. Baca "Gold Futures Continue Slide After FED Decision", "Text of FOMC Statement" dan "Gold drops $30 after FED".

Ini bermakna harga emas yang dibid pada USD1666.61 terpaksa dibiarkan seketika sehingga harga emas terkini melepasinya kembali. Harga terperangkap apabila pada malam tadi Pendita Emas mengikut teknikal analisis tetapi mengabaikan fundemantal analisis dengan menganggap bahawa Rizab Persekutuan US akan membuat keputusan menambah rangsangan ekonomi yang baru.


Sehingga jam 1:51pm (Malaysia) harga masih stastik pada paras USD1639.



Begitu juga harga emas pada jam 3:10pm (Malaysia) masih pada USD1639


Pengekalan paras harga emas yang tidak berubah mendorong nilai dolar mengalami kemerosotan berbanding Ringgit Malaysia dengan USD1=RM3.18xx. Dolar terpaksa bernafas semula.



Menjelang kemasukan ke pasaran Eropah kita rekodkan dahulu permulaan indeks yang berakhir semalam.


Laporan terkini menyaksikan semua indeks mengalami penurunan sebagai berikut

German DAX 30 index down 0.6% to 5,735.20,
Stoxx Europe 600 index down 0.4% to 236.36,
FTSE 100 index down 0.8% to 5,446.23,
French CAC 40 index down 0.7% to 3,055.98,

Dengan rumusan pasaran awal Eropah digambar sebagai "Europe stoks open lower in wake of FED meeting"


Sentimen pasaran berikut sebagai persediaan pasaran US pada malam ini.


No comments: