Monday, December 19, 2011

Kehebatan emas masa kini menjadi senjata negara Eropah

PELABURAN EMAS JANGKA PANJANG LEBIH MENGUNTUNGKAN

1:22 pm
Selasa, 20 Disember 2011

Pada hari ini, dunia emas mengalami kesuraman. Sukar harga emas mahu bertahan di atas paras US1600/oz. Mahu menaik ada sahaja halangan terbaru seperti dirancang oleh pihak-pihak tertentu yang memegang kuasa ekonomi.

Sebagai contoh Keputusan FED yang mengekalkan faedah dan tidak memberi rumus tentang ekonomi masa depan, semua saham dunia menjunam tetapi nilai dolar mendadak naik dari USD1=RM3.12 kepada USD1=RM3.19

Mulai semalam, tiada isu-isu ekonomi positif yang berkumandang dan dunia hanya mampu menyaksikan kerenah negara-negara Eropah yang berpanjangan dalam krisis hutang negara berdaulat yang mahu bertahan dengan corak ekonomi yang lampau disamping berita kematian Presiden Korea Utara Kim Jung-Il yang mengundang kebimbangan rantau Asia.

Terkini terdengar ura-ura negara-negara eropah mahu keluar dari blok ekonomi EU mendapat amaran dari Presiden ECB bahawa tindakan mereka akan merugikan kawasan serantau. Mahu membangunkan ekonomi yang mampan perlukan masa yang panjang.

Begitu juga dengan kerenah Agensi rating antarabangsa, lepas satu, satu negara menerima tindakaan Agensi rating seperti Moodys dan Finch.

Akibatnya usaha menyelamatkan sesebuah negara yang mengalami masalah hutang bertindak menjual bon bond sambil membuat pinjaman untuk melangsaikan hutang mereka.

Apabila bond diharapkan menjadi penyelamat tidak menjadi, maka satu alat baru digunakan bagi melangsaikan hutang negara berkenaan iaitu emas.

Apa akan jadi jika emas dijual oleh bank rizab sesebuah negara seperti artikel bertajuk, "will the Europeans have to sell their gold?

No comments: