Sunday, December 18, 2011

Emas mengatasi masalah hutang sedia ada.

PELABURAN EMAS JANGKA PANJANG LEBIH MENGUNTUNGKAN
7.06pm Ahad 18 Disember 2011

Posting ini mengenai ulasan dan cadangan kepada rakan yang terlalu terdesak mendapatkan wang fiat untuk perbelanjaan harian akibat daripada banyak membuat pinjaman wang dengan bank. Banyak cara kita boleh menyelesaikan hutang kita.

Perkara ini telah saya bincangkan kepada rakan pelabur dipanggil Saudara Amir Sarawak yang turun dari Penang untuk mendapatkan info yang boleh membantu dia dan rakan-rakan dia. Lama juga kami berbincang memakan masa 3 jam juga.

Soalan pokok yang ditanya;

1. Bagaimana jika rakan mereka sudah banyak berhutang dan mengalami kesesakan perbelanjaan mahu beralih kepada pelaburan emas fizikal?

Selesaikan dahulu hutang tertunggak.

a. Buat penilaian dan penyusunan semula data kewangan yang mereka hadapi seperti hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit dan hutang koperasi. Buat keputusan mana yang perlu ditamatkan dan mana yang perlu diteruskan.

b. Menggunakan formula kadar kenaikan gaji RM100 boleh membuat pinjaman tambahan RM20,000.00 cari bank atau koperasi yang boleh memberi pinjaman dengan kadar faedah yang rendah dan buat kiraan dan perbincangan dengan pihak bank. Jika boleh overlap ada dua pilihan a)tutup lubang lama, korek lubang baru atau b) tambahkan tempoh masa bayaran balik dengan nilai pinjaman baki terakhir untuk mendapat RM kembali setiap bulan.

c. Setelah puashati dengan pilihan a) buat overlap dan selesaikan semua hutang tertunggak. Kalau boleh dapatkan semua wang pinjaman dalam tangan sepenuhnya terlebih dahulu.

d. Lulus sahaja dan mendapat wang pinjaman terus beli emas dengan harga termurah di pasaran semasa dengan emas tertinggi nilai puritynya seperti barang kemas 24K(999).

e. Buat pajakan mengikut nilai hutang sedia ada . Jangan pajak emas untuk suka-suka. oleh kerana nilai pinjaman berbeza-beza 65% atau 70%, buatlah pajakan mengikut harga semasa yang tertinggi dengan buat pilihan pinjaman bermula 30% hingga nilai pinjaman tertinggi 70% dengan 6 bulan pertama ambil 30%, Jika dalam berkenaan harga naik tinggi jual sahaja sebab anda inginkan fiat segera.

Sifir emas RM1000.00--> pajak dapatkan pinjaman 30% dan upah simpan RM24.00 sebulan -->Harga emas naik 15% dlm tempoh matang 6 bulan pajakan nilai emas menjadi RM1150.00, jual emas pada pembeli baru mengikut harga semasa. Hasilnya anda akan terima RM1150-Pinjaman RM300-Upah RM144 =RM706(70% nilai emas milik anda)

Penafian : Jika mahu margin keuntungan anda genap RM1000.00 atau lebih kena panjangkan tempoh pajakan anda untuk menanti harga boom.

f. Mengikut plan asal mahu menutup akaun tidak perlu, maka dengan itu selesaikan hutang berkenaan dengan segera. Contoh yang PE telah buat, buat pinjaman RM100,000.00, RM60,000.00 belikan sijil Simpanan Premium, RM40,000.00 buat pembelian emas, rempit, beli, rempit dan hasil pinjaman terus tutup semua akaun kad kredit sebanyak 12 yang yang mengumpul hutang sebanyak RM24,000.00 pada masa tersebut. Setelah selesai bayar hutang dan menutup kad kredit dalam pajakan, PE memiliki 1ooog emas terkumpul walaupun RM24,000.00 lesap setelah mmebayar hutang.

Sijil Simpanan Premium BSN yang ada , PE gunakan dengan membuat pinjaman peribadi bersandarkan sijil sebanyak 80% dpd nilai sijil RM60,000.00 mendapat tunai RM48,000.00. Wang berkenaan boleh digunakan untuk membebaskan emas terpajak atau menambah stok baru.

Peringatan : Buat pajakan hanya bila benar-benar memerlukan.

2. Jadi runner kepada dealer-dealer yang dikenali yang memberi komisen perkhidmatan anda. Dalam masa sama anda dapat membeli emas tanpa mengeluarkan modal sesen pun jika anda mahu. Komisen mengikut perundingan anda dan dealer. Teknik ini berjaya kepada individu yang pandai mempengaruhi individu lain.

Cara ini PE kerap gunakan ke atas rakan-rakan yang sesak, so masa tu kami jual produk emas GCP, kami gunakan harga FGJAM dan setiap gram PE bayar kepada mereka RM4.00/gram. Nie PE kira sangat bermurah hati kepada runner PE.

3. Buat jual beli surat pajak bermodalkan air liur tetapi RM masuk. Cara ini telah saya gunakan dengan baik.

4. Buat jual beli emas terpakai. Yang ini lebih menguntungkan. Kalau berjaya memang untung lebat.

No comments: