Tentu ada teman-teman sekarang sudah merancang atau bertunang dengan pasangan pilihan masing-masing. Sudah tentu ada pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini. pendek kata musim cuti sekolah maka ramai maklum musim ini dipanggil musim kenduri kahwin.
Bagi bakal pasangan mempelai, salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan ialah menyediakan mas kahwin dan wang hantaran. Salah satu cadangan yang boleh membantu mempelai mengatasi masalah penyediaan wang hantaran ialah dengan membeli wang 1 dinar.
Mengapa 1 dinar?
- Ia merupakan produk Public Gold yang paling rendah harganya bawah RM600.00
- Di perbuat dari emas 916
- Harga berubah-ubah setiap masa contoh pada 1 Ogos 2010 RM567.00, 2 Ogos harganya RM569 dan berpotensi harga naik dalam tempoh 5 bulan (Ogos hingga Disember 2010) menjadi lebih RM600.00
- direkabentuk dengan cantik dan sangat sesuai dijadikan wang hantaran
- Dapat dijadikan penyelamat kepada segala hutang piutang selepas majlis perkahwinan dengan syarat hanya untuk pajakan dan bukan untuk dijual.
- Emas yang paling mudah cair kerana nilai marhumnya rendah
- Paling pantas untuk ditebus selain harga rendah, upah simpanpun bawah RM4.40
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.
Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.
"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).
2 comments:
jam 11:40mlm 5/8/2010 harga 1 dinar telah melepasi RM580.00 selepas artikel ini saya tulis 3 hari lepas.
Dinar We Sell We Buy
1 dinar RM 580.00 RM 545.00
5 dinar RM 2890.00 RM 2731.00
10 dinarRM 5754.00 RM 5466.00
Last updated 06/08/10 11:30 PM
Post a Comment