Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barokah ini. Semoga anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.
Saya tertarik dengan topik ini kerana banyak berita tentang penipuan dalam pelaburan emas. Terakhir ialah berita tentang skim cepat kaya menggunakan emas.
Pada 8/2/2010 – 9/2/2010 Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian telah melaporkan kejadian 60 pelabur kerugian sehingga RM25 juta akibat melabur di dalam skim pelaburan emas.
Laporan Bernama berkenaan penipuan skim pelaburan emas.
Ini bukanlah kali pertama penipuan seperti ini berlaku. Pada tahun 2009 telah terdapat syarikat-syarikat yang menawarkan skim-skim pelaburan emas telah menipu atau diserbu oleh BNM.
Pelaburan emas sememangnya merupakan pelaburan yang sangat selamat dan menguntungkan. Tetapi ramai yang kerugian. Mereka tidak tahu cara pelaburan emas yang betul. Tersalah langkah, anda boleh terjebak di dalam skim pelaburan emas.
Membuat pelaburan dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas adalah cara yang paling tidak selamat, paling tidak teguh dan sangat tidak meyakinkan. Anda boleh membaca artikel-artikel tersebut disini:
1. Pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya
2. Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas
3. Kajian kes Etika Emas – kenapa pelabur mengalami kerugian?
Mengapa Skim pelaburan emas?
Walaupun skim pelaburan emas telah menipu pelabur sejak Januari 2009, namun masih ramai yang masih terjebak dengan skim pelaburan emas. Hasil kajian dan temubual dengan mangsa-mangsa skim pelaburan, jawapan mereka adalah:
1. Tamak – nak untung cepat
2. Tiada pengetahuan mengenai pelaburan emas
3. Mudah percaya kata-kata dan janji-janji manis penganjur skim.
Tanda-tanda syarikat melakukan skim pelaburan emas ialah:
1. Syarikat menjanjikan pulangan tetap setiap bulan.
2. Harga emas yang dijual adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan harga semasa emas dunia. Anda diminta memantau harga emas dunia Public Gold www.publicgold.com.my sebagai benchmark)
3. Pelabur akan diminta menyerahkan balik emas dibeli kepada syarikat untuk didagangkan.
4. Emas itu perlu digadai dan wang hasil gadaian perlu diserahkan kepada syarikat
5. Terdapat unsur-unsur bonus tajaan, bonus rekrut orang ataupun ala-ala MLM di dalam syarikat berkenaan.
6. Syarikat menerapkan unsur-unsur sentimen seperti keagamaan, bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.
7. Syarikat meminta anda menyerahkan emas sekarang dan menunggu beberapa hari untuk mendapat semula wang anda (bagi kes jualan semula)
Cara membuat pelaburan emas yang sebenar?
Pelaburan emas yang sebenar ialah dengan cara membeli emas-emas pelaburan samada jongkong, syiling atau akaun simpanan emas bank. Wang yang anda beri akan dipulangkan dengan emas yang diniagakan. Contohnya syiling Kijang Emas, syiling emas UOB Bank, jongkong emas Public Gold, dinar emas Public Gold dan dinar emas Kelantan.
Anda tak perlukan janji-janji pulangan setiap bulan.
Bila harga naik, anda boleh jual emas tersebut untuk mendapat keuntungan.
Jika anda mahir, anda boleh menggunakan teknik-teknik manipulasi emas yang betul.
Ini membolehkan anda menjana lebih banyak keuntungan daripada emas anda. Semua ini anda boleh pelajari dengan membaca semua artikel terdahulu di dalam blog penditaemas999.blogspot.com (klik sini).
Macammana kalau saya nak pulangan cepat?
Andaikata anda nak pulangan cepat daripada pelaburan emas, anda kena buat pelaburan emas + berniaga emas + buat teknik-teknik manipulasi emas.
Ilmu-ilmu ini saya boleh ajarkan kepada anda :)
Confirm memberikan pulangan dengan cepat dan selamat.
Jadi, kalau anda berminat untuk mengetahui peluang perniagaan emas, saya sarankan anda membaca artikel saya mengenai peluang perniagaan emas bersama public gold.
Jika anda menjadi agen di bawah network penditaemas999.blogspot.com maka anda akan mendapat banyak kelebihan. Antaranya saya akan berikan material untuk memulakan business emas ini dan saya akan membimbing anda menjadi pelabur + usahawan emas yang berjaya.
Nama agen-agen Public Gold juga akan diletakkan di dalam blog ini. Jadi anda dapat publisiti free lagi
Bagaimana mengelakkan dari terjerumus ke dalam skim cepat kaya?
Selain daripada skim pelaburan emas, terdapat beribu-ribu lagi jenis skim pelaburan atau skim cepat kaya diluar sana.
Anda perlu pandai mengenalpasti ciri-ciri skim ini bagi mengelakkan wang dan harta anda terlebur.
Di dalam realiti, anda mesti pernah berjumpa dengan orang-orang yang terlibat dengan skim cepat kaya. Betul tak?
Saya sendiri pernah mengalaminya, kehilangan RM60k dalam Swisscash, RM30k pelaburan Winlifund, semuanya cerita skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan 100% hingga 300% dari nilai pelaburan yang kita laburkan. Itu belum saya bercerita tentang pelaburan saham Amanah yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Semua lebur.
Memang malang. Tanpa ilmu yang betul, ramai lagi yang akan menjadi mangsa.
Untuk mendapat maklumat mengenai skim cepat kaya, saya cadangkan anda menbaca buku karangan Azizi Ali MBA ChFC yang bertajuk “SCAM Buster – How to protect yourself from scams, get rich quick schemes and other unwordly investments.
Harga buku ini ialah RM29.90 dan boleh dibeli di kedai-kedai buku.
Di dalam buku ini banyak diterangkan tentang sejarah skim penipuan, skim Ponzi, piramid dan banyak pelaburan yang menipu.
Pembaca juga diajar bagaimana mengenalpasti skim-skim ini serta bagaimana melindungi diri anda daripada terjebak dengan penipuan-penipuan.
Azizi Ali memberikan contoh skim pelaburan internet Swisscash, Pak Man Telo, skim hadiah percuma, Nigerian 419, e-mail scam dan banyak lagi.
Saya recommend anda untuk baca buku ini.
Ini kerana penipuan yang berlaku diluar sana adalah terlalu banyak. Bukan setakat skim pelaburan emas, tetapi banyak lagi skim-skim pelaburan yang mencari mangsa.
Dengan ilmu yang betul maka akan sukar bagi kita untuk ditipu.
Kesimpulan:
1. Mulai hari ini, kita elakkan skim pelaburan emas dan skim-skim cepat kaya.
2. Pelaburan emas yang betul adalah selamat, teguh dan lumayan.
3. Kalau nak untung cepat anda kena jadi pelabur + berniaga emas di bawah
network penditaemas999. Saya akan membimbing anda.
No comments:
Post a Comment