Saturday, August 14, 2010

Emas komuditi berharga

Salam Semuanya

Emas merupakan logam yang sangat berharga. Bukan sekadar hiasan, malah boleh menjadi senjata ketika ekonomi dalam keadaan merudum. Jika diniagakan mendatangkan keuntungan.

Mengapa emas penting?

Sumber :blogger Perunding Emas dan Perak.

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.

Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:
1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)

2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi

3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.

4. Hantaran kahwin

Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah asset penyelamat harta Kita.

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah - kertas yang tidak bernilai. Senang kata kepercayaan ke atas wang kertas termansuh dengan sendirinya. Ketika itulah perniagaan sistem barter berlaku semula kecuali kepada sesiapa yang mempunyai emas atau perak akan dapat berurusniaga dengan mudah. Sejarah telah membuktikan apa yang dilakukan oleh pelarian Vietnam yang melarikan diri ke negara lain. Mereka dapat berdikari dan membuka perniagaan seterusnya hidup senang berbanding di negara sendiri. Jawapannya mudah, mereka membawa emas bersama.

Peranan emas ketika harga emas menurun

Pada kebiasaannya harga emas turun disebabkan beberapa faktor. Ia merupakan fonomena biasa dan bersifat sementara dan akan kembali melonjak ke aras sepatutnya dengan cepat kerana nilai dan permintaan semasa yang amat tinggi. Sekiranya harga menurun maka peluang pelabur mendapatkan keuntungan adalah berlipat ganda berbanding kenaikan secara berterusan. Permintaan dan nilai logam ini telah pun terbukti sejak beribu tahun dulu lagi.

Emas Diantara Alternatif Pelaburan Terbaik.


Di antara berita buruk yang berkaitan dengan ekonomi US yang sedang mempengaruhi pasaran-pasaran di seluruh dunia, emas adalah suatu harapan alternatif. Kebolehan emas sebagai penjamin terhadap ketidakpastian dan ketidakstabilan serta sebagai pelindung daripada risiko, menjadikannya suatu aset yang sesuai digunakan dalam keadaan masa yang tidak menentu. Keadaan masa yang tidak menentu dan ketidakpastian dianggap sebagai tidak baik untuk para pelabur tetapi tidak semestinya bagi komoditi. Dalam tahun yang lalu, harga kebanyakan komoditi di dunia telah meningkat tinggi dan mengakibatkan penambahan kepada kadar inflasi. Emas adalah terbukti sebagai suatu aset yang selamat semasa inflasi. Beberapa pelabur institusi yang terbesar di dunia melabur dalam emas secara besar-besaran.
Kesemua matawang adalah bergantung kepada kestabilan kerajaan. Ingat kembali kepada masa keruntuhan matawang Jepun serta German selepas perang dunia kedua dan juga matawang Iraq selepas pengambilan kuasa semula daripada Saddam Hussein. Apabila sesuatu kerajaan runtuh, matawangnya akan menjadi tidak bernilai. Hanya emas merupakan suatu bentuk wang yang sebenar.
Bank-bank pusat kerajaan menghasilkan wang tanpa sesuatu dengan cara mencetak lebih banyak duit kertas. Dalam krisis kewangan dunia 2008, kerajaan-kerajaan utama di seluruh dunia mengepam beratus-ratus bilion USD ke dalam sistem kewangan. Di Amerika Syarikat, presiden Bush menggelar kegiatan ini sebagai pakej stimulus ekonomi. Tetapi, dari manakah datangnya wang tersebut? Bukan dari mana-mana. Mereka cuma menghasilkan lebih banyak wang dan perbuatan ini menyebabkan penimbulan inflasi sebagai suatu kesan sampingan. Apabila manusia mula cemas terhadap matawang yang kurang bernilai oleh kerana inflasi, ia menjadi sebab utama bagi mereka untuk kembali semula kepada emas, terutamanya dalam keadaan masa yang tidak menentu.

  • Tahun 2001 dan tahun 2007, apabila harga saham naik sebanyak 19%, harga emas pula naik sebanyak 204%.
  • Tahun 2008, apabila harga saham turun sebanyak 13%, harga emas pula naik sebanyak 23%.
  • Tahun 2002 dan tahun 2008, apabila matawang USD mengalami kerugian sebanyak 27%, harga emas pula naik sebanyak 271%.

Nilai matawang USD telah merosot secara ternyata pada masa kini. Ini mengakibatkan dua kesan yang besar terhadap harga emas. Pertama sekali, kebanyakan emas dilombong luar daripada Amerika Syarikat dan kos perlombongan bukan dikira dalam USD. Jadi, lebih banyak matawang USD perlu dibelanjakan untuk melombong kuantiti emas yang sama dan oleh kerana itu harga emas perlu meningkat. Kedua, komoditi utama yang lain seperti minyak yang juga dihasilkan luar daripada Amerika Syarikat akan turut meningkat dalam harga. Apabila harga minyak dan makanan meningkat, ia akan mengakibatkan penimbulan inflasi. Dalam situasi ini, inflasi akan menyebabkan orang ramai membeli lebih banyak emas.
Pendek kata, harga emas telah meningkat pada masa yang baik dan juga pada masa yang menyusahkan. Emas juga meningkat pada masa inflasi tidak kira sama ada dalam ekonomi yang baik atau buruk.


Harga Emas Tetap Akan Naik

Harga emas ditetapkan oleh undang-undang bekalan dan permintaan yang tidak berubah. Apabila permintaan melebihi bekalan, harga mesti meningkat. Bagi emas, permintaan terlalu melampaui bekalan setiap tahun secara konsisten. Kemerosotan nilai wang Amerika turut meningkatkan harga emas.
Pada bulan Mac 2008, emas mencapai harga sebanyak US$1,000 / auns buat masa pertama kali dalam sejarah. Dalam hanya dua setengah bulan yang pertama pada tahun 2008, emas telah meningkat sebanyak 23%. Pada masa yang sama, bursa-bursa saham di seluruh dunia telah mengalami kerugian diantara 10% hingga 35%.
Harga emas biasanya dijanka menaik semasa ekonomi mengalami kemelesetan. Jika emas dibeli pada bulan Januari 2001, maka emas itu akan meningkat sebanyak 274% pada bulan Mac 2008.

Bekalan Emas Berkurangan

Hannya 50 – 80 gram emas boleh didapati dalam 1 tan bijih yang dilombong. Menemui serta melombong emas adalah amat sukar, kompleks dan mahal.

Lombong-lombong yang baru dibina, sering kali mengambil masa selama 10 tahun dan berbelanja sebanyak berbilion USD ke atas kos infrastruktur sebelum lombong-lombong tersebut mula menjadi sumbangan kepada bekalan. Para pelombong tidak boleh menambah bekalan walaupun harga adalah tinggi.
Penghasilan emas tahunan tidak meningkat sepanjang tempoh masa10 tahun yang lalu dan berjumlah kira-kira 2,500 tan metrik setahun. Sebenarnya ia telah menurun semenjak tahun 2003. Lombong-lombong baru yang sedang dibina akan mengganti penghasilan masa kini tetapi sebaliknya lombong-lombong baru tersebut tidak akan menambah bekalan emas. Berdasarkan kadar penggunaan masa kini, bekalan emas dipercayai mencukupi untuk hanya 27 tahun sahaja. Penggunaan akan bertambah dalam dunia yang canggih.
Bekalan menjadi semakin terhad oleh kerana sejumlah emas dibuang sahaja dan tidak dikitar semula. Berbilion telefon bimbit, komputer dan peralatan elektronik yang digunakan di seluruh dunia akan menjadi teknologi lama dalam hanya beberapa tahun sahaja. Setiap mikrocip mengandungi jumlah emas yang kecil yang sering kali tidak dapat diperolehi semula oleh kerana kos kitar semula tidak membawa faedah.
3 bilion telefon bimbit x US 50 sen dalam emas bagi seunit telefon bimbit = US$1.5 bilion – lebih daripada 40,000 kilogram hanya dalam telefon bimbit sahaja. 20% daripada semua emas yang dilombong berada dalam simpanan negara kerajaan-kerajaan di seluruh dunia. Ianya bukan untuk dijual secara umum kepada pasaran terbuka. Pada dasarnya, emas ini dikeluarkan daripada bekalan pasaran terbuka.
Bekalan emas tidak akan bertambah secukupnya untuk menghasilkan sesuatu perbezaan. Harga trend emas harus meningkat.

Info Tambahan - Emas Di Masa Hadapan


Lebih banyak emas digunakan pada masa kini berbanding dengan bila-bila masa lain dalam sejarah manusia. Budaya-budaya sedunia menghormati kecantikan emas yang sungguh mengkagumkan walaupun dalam bentuk barang kemas, pingat atau kepentingan hal agama. Ada individu yang membeli emas sebagai suatu cara simpanan yang selamat. Koperasi-koperasi menggunakan emas dalam kuantiti yang besar untuk mempertingkatkan tahap teknologi. Kerajaan-kerajaan menyimpan emas sebagai aset utama sebab ia sukar dimusnahkan dan boleh mewakili kekayaan sesuatu negara. Pelabur berpandang kepada emas pada masa peningkatan dan juga ketidakpastian ekonomi. Pada zaman moden ini, ia agak mustahil jika kita tidak menyaksikan kegunaan emas dalam kehidupan seharian kita oleh kerana emas memainkan suatu peranan yang penting di dalam dunia kita.
Tahukah anda bahawa emas digunakan dalam hampir setiap peralatan elektronik yang canggih? Termasuk kalkulator, peralatan PDA & GPS, sistem audio rumah, TV, satelit, automobil dan setiap komputer di planet kita! Meskipun, sebuah telefon bimbit juga mengandungi emas bernilai kira-kira 50 sen (US). Semakin pesat perkembangan teknologi di dunia, maka semakin naik permintaan bekalan emas dalam bidang teknologi. Emas merupakan logam masa depan yang sungguh menakjubkan.

Selamatkan Nilai Harta Anda !!!!!


Fakta kenaikan harga emas tanpa INFLASI ...Purata 15%

Tahun 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
% naik 2.80% 9.50% 17.7% 10.2% 20.0% 3.40% 26.7% 12.9%

10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENUKAR WANG KERTAS KEPADA EMAS.

1) Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM480 lebih kurang 1 dinar=4.25g

Setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35 dulu mahal lagi.

2) BERnilai kerana ia logam.

Dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja. Jika anda bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.

3) Laku satu dunia setiap masa. Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di kelantan menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.

Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq,Selepas kejatuhan Saddam,wang ringgit terus tidak bernilai.

4) Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.

Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.

5) Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.

Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.

6) Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.

Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab,beli alat pertahanan tapi sekarang,semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas..tak lama lagi akan down..

7) Layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar.

Khilaf ulamak. Ada kata kena ada kata tak.(rujuk kitab risalah imam shafie). petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit ringgit(wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab Shafie tak wajib..anda nak bayar juga, suka hati koranglah tapi taqlid mazhab selain shafie lah, kang tak pasai2 duit habis, amalan tak sah.

8) Keunikan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.

Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak,senjata,teknologi dan sebagainya.

9) Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai.Rujukhttp://www.kitco.com/

Susut nilai setahun 37% . bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%.tapi kita tak nampak..kita nampak kertas aku makin banyak.

10) Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.

Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika 100 000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi 100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan..

Untung Ke ? Buat loan Bank Untuk Beli Emas.


Untung ke? Buat loan bank untuk beli Emas.
Written on 23 July 2008 – 1:28 am by syukor.

Antara soalan-soalan cepu emas yang saya selalu terima melalui emel ialah :

“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi. Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?

So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini. Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…

Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya,

Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

Mudah kan?

Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.

“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?

”Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas.


Di sini adalah analisis data yang sebenar..

Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.

Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00

Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.

Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002). Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00 (semak kat sini)

Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz.

Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).

Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00! Anda untung 51.88%

Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008). Berapa untungnyer?

Jom kira…Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit, Jadi RM3208.00 x 8 keping =RM25,664.00!!

Keuntungan bersih anda ialah

RM12,044!!dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)

120% / 6 = 20% > Bijak - Bijak !!!! bermula Rm00.00 Dapat Rm25K.**

Kesimpulannya…

Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik.

So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…

Ok, apa tunggu lagi…

buat loan bank dan beli emas Jangan pinjam along dah ler…

Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar, tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan. Ini adalah panduan semata-mata. Kalau anda nak buat loan, terpulanglah pada anda. Saya cuma berkongsi ilmu.

No comments: