Tuesday, August 10, 2010

Persepsi Masyarakat Terhadap Emas Public Gold?

Salam semua,
Apabila kita mengajukan kepada keluarga, rakan dan jiran tentang status sebagai peniaga dan pelabur emas masing-masing akan berkata, amboi banyaknya duit kau, kayalah kau lepas nie, e ehh senanglah lepas nie hidup kau.

Semua kata-kata spontan yang keluar dari mulut rakan-rakan adalah satu persepsi masyarakat kita bahawa perniagaan emas adalah satu pelaburan yang menguntungkan. Ketulenan emas tidak dipengaruhi oleh naik turun harga komoditi ini, sebaliknya ketulenan atau kualitinya yang menentukaan status harga emas.

Mengapa saya berkata begitu? Jawapannya ialah formula untuk menentukan harga emas berkualiti rendah berasaskan atau bersandarkan kepada harga emas 99.9. Diandaikan harga emas semasa 99.9 RM141/gram, harga emas yang lain dikira seperti berikut:

Harga emas lain dikira sebagai

harga emas 99.9 X % kandungan emas = RM141 x emas 96.0 =RM141 x 96-:- 100=RM135.00, dan harga emas lain dinyatakan seperti di bawah ini.


Jenis Emas-----Kandungan Emas(%)-----Harga/Gram
18.0K---------------75.0--------------------RM106.00
20.0K---------------83.5--------------------RM118.00
21.0K---------------87.5--------------------RM124.00
22.0K---------------91.6--------------------RM129.00
22.8K---------------96.0--------------------RM135.00
24.0K---------------99.9--------------------RM141.00

Pelaburan emas Public Gold sangat istimewa. Setiap pembelian akan disertakan dengan seketul emas yang dibeli dalam bentuk 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar serta jongkong emas 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1000gram mengikut harga semasa. Di mana-mana kedai emas dan pajak menerima emas sebagai bahan jualan atau pajakan. Walau bagaimanapun semuanya bergantung kepada tempat masing-masing.

Aktiviti yang menarik untuk dilakukan dengan komoditi emas Public Gold ialah:

Beli dan jual pada harga rendah dan tinggi. Kelemahannya ialah anda hanya menjana keuntungan sekali sahaja jika emas fizikal telah terjual. Anda juga kena sentiasa memantau harga setiap masa untuk mendapatkan keuntungan.

Menjual pada harga tinggi kepada pelanggan baru. Proses ini boleh dilakukan jika anda menjadi agen pada Public Gold dan mempunyai stok yang banyak. Caranya ada pelanggan nak beli, lockkan harga semasa dan serahkan emas lama anda, anda akan dapat emas yang baru tanpa menjejaskan kewangan anda. Senang kata tukar ganti emas, wang bertambah. Jika anda perlukan tunai, jual ajer pada pelanggan baru, anda akan dapat harga jual semasa.

Keuntungan Atas Angin Sebagai pemegang stok. Kelebihannya anda sebagai ejen ialah anda akan dapat wang tambahan atas pinjaman emas oleh agen lain yang mahu mendahulukan jongkong emas kepada pelanggannya. Anda boleh dapat 0.5% dari harga yang ejen berkenaan lock. Itupun bersandarkan kepada perjanjian anda dengan ejen lain. Contoh ejen anda pinjam emas 20 gram berharga RM2800.00. Anda mendapat 0.5% atas harga emas berkenaan, maka anda dapat RM2800.00x0.5% =RM15.00.

Pajakan mendapatkan wang untuk membeli emas baru. Selain dapat wang pajakan, anda juga secara tidak langsung mendapat untung ke atas perubahan harga emas yang terdapat dalam kedai pajak.

Rezeki tidak akan putus dan menghindarkan diri dari kekufuran dan kemuflisan.

Emas boleh dibuat nilai tambah seperti dilebur menjadi barang kemas.

Menjual semua stok emas anda kepada ejen anda jika tidak pandai menjana keuntungan. Sudah pasti cara ini akan menguntung ejen anda sebab ejen akan membeli dengan harga belian mengikut harga belian Public Gold. Kami akan segera bayar wang anda dengan cara memajakkan emas anda dengan perolehan 70% dan kami akan tambah wang sedikit sahaja. Contoh barang anda bernilai RM40,000.00. Kami akan perolehi wang pajakan RM28,000.00 dan hanya perlu tambah RM12,000.00. Cara ini sangat menguntungkan ejen anda.

No comments: