Sunday, August 8, 2010

Untung ASB VS Pelaburan Emas

1. By azienmat on Mar 1, 2009 Reply

En Syukor,
sy ada kemuskilan sikit melabur dengan emas ini. sy ada simpanan 100,000 kat ASB, setiap tahun apabila dikemaskini pada hujung tahun, sy akan mendapat dividen. Dan dividen itulah keuntungan pelaburan sy. Kalau dividen itu sy tidak keluar pun dia akan berkembang lg bersama modal asal 100,000 itu, maka hujung tahun berikutnya akan berkembang dan berkembang lg. Begitulah tahun demi tahun keuntungan lumayan yg dikatakan pelaburan jangka masa panjang itu lebih teserlah lg.
Kerana pelabur dapat melihat keuntungan mereka setiap tahun kerana adanya update itu.
Tp pelaburan dengan emas bila masa update dan di mana pointnya pelabur mereka membuat keuntungan, apatah lg saudara mengatakan tempoh 7thn keuntungan purata sbnyk 20-25%.
Apakah keuntungan hanyalah apabila kita menjual emas tersebut apabila harga naik shj, dan apabila harga turun kita tak boleh jual dulu. (sy dh bc tip yg dberikan)
Rasanya tak keterlaluan sy sebutkan disini, klu sy beli emas bnilai 100,000 skg, dan 20thn akan dtg klu nilainya sama mcm skg maka sy jual pun sy dpt modal asalnya. Apakah ini bermakna emas juga terikat dengan spekulasi pasaran dan menghadapi risiko spt pasaran matawang dan barangan komoditi yg lain, tp risiko yg rendah?
Tentang emas tanpa ragu sy akui kalau kita sorang collector tetap ada nilai dimasa depan samalah mcm simpan setem, kumpul duit lama dan penggemar barangan antik. Cuma bila disebutkan pada kiraan anda ia lebih menguntungkan dari ASB, itu yang pelayar keliru dan perlu penjelasan tanpa ada muslihat..
melabur dlm ASB dan pelaburan emas perlu dijelaskan berbeza sifatnya, begitu jg pelaburan pasaran saham, unit trust2 dan takaful insurans dsbgainya.
Syabas pada blog ini..

reply:

1. Dalam kes ASB anda diatas, anda merujuk kepada situasi compound interest dengan modal sebanyak RM100,000. Tapi dalam posting saya situasinya berbeza. Bukan compound interest, tapi menggunakan leverage personal loan utk buat loan ASB dan menggunakan dividen berkenaan utk melangsaikan bayaran bulanan. Memang kaedah ini tidak mendatangkan keuntungan compound interest.

Ini kerana tak ramai orang yang ada RM100,000 cash in hand utk buat kaedah yang anda tuliskan. Dan tak ramai yang boleh bayar RM630++ sebulan selama 20 tahun secara tetap.

2. Emas pula, jika disimpan dibawah bantal sahaja akan meningkatkan harganya 25% setahun (pengiraan purata 10 tahun). Jika seseorang pelabur itu bijak menggunakan emas yang dia ada, maka RM100,000 emas boleh dipajak sehingga 70% nilainya (dapat 70K). Jadi dengan RM70,000 tersebut boleh digunakan untuk melabur di dalam PBGIA utk mendapatkan keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual ketika harga tinggi.

Jadi ada 2 keuntungan yang dibuat disini iaitu kenaikan harga emas fizikal + keuntungan yang dijana oleh RM70,000 GIA.

3. Keuntungan emas memang akan dapat bila beli rendah dan jual tinggi. Ini kerana emas adalah komoditi yang ada turun naik harga. Tapi dalam jangka masa panjang harganya akan naik.

4. Kalau anda beli emas sekarang, nilai 20 tahun lagi tak akan sama. Sekarang adalah zaman kenaikan harga emas.

5. Pasal collector. Anda merujuk kepada numismatic coin. Ia agak kompleks utk orang Malaysia. Better buat pelaburan emas yang simple. Beli emas pelaburan.

6. Berkenaan emas yang lebih untung dari ASB. Itu adalah perspektif saya dan berdasarkan pengiraan yang boleh ditunjukkan. Bagi saya ASB pun menguntungkan kalau kita boleh buat compound interest, sebab itu saya sendiri ada buat ASB loan 200K. Cuma dividen ASB setahun sekali. Most of the time dia terperuk kat bank ajer.

Cuma pada pendapat saya emas lebih menguntungkan kerana terdapat beberapa cara utk menggunakan emas bagi menjana pendapatan, bukan setakat simpan dan tunggu harga naik. Banyak atau sikit keuntungan lebih bergantung kepada ilmu yang pelabur ada. ASB dan emas hanyalah alat sahaja. Saya akan cuba buat perbandingan yang lebih baik antara pelaburan-pelaburan ini kerana emas, ASB, unit trust dll memang tak sama.

Rasanya artikel aku pada 24 Julai 2010 menjawab persoalan ini. Klik Sini

1 comment:

PENDITAEMAS said...

pendapatan emas adalah yang paling suci kerana kita berniaga menggunakan komoditi yang nyata.Iaitu kita jual dan beli ada proses akad bersama. Sama juga dengan simpanan tunai bersandarkan emas, kita sudah tahu apa yang kita niagakan. Tiada spekulasi, harga boleh kita pantau setiap saat di laman web bank negara, Maybank, Public Gold dan mana-mana agensi perniagaan emas seluruh negara