Wednesday, August 25, 2010

Bagaimana Mekanisma Pasaran Emas Di Malaysia?

salam,

Saya sangat tertarik dengan tahap pengetahuan pelaburan emas masyarakat dalam negara kita masih ditahap pengetahuan asas. Iaitu beli emas masa harga rendah, biar untuk jangka masa lama dan mendapat kenaikan harga yang tinggi, emas dijual. Kesannya kita hanya mendapat sekali untung seumur hidup sedangkan jika dipertahankan emas dalam tangan kita pelbagai income kita perolehi.

Sebagai satu pandangan dan ulasan melalui pemerhatian dan soal jawab baik dalam kalangan keluarga, jiran, rakan karib, rakan sekerja diperingkat bawahan, subordinat dan pihak pengurusan, saya mendapati telahan saya menyatakan bahawa masyarakat kita masih belum mengenal emas secara menyeluruh ada asasnya.

Malah yang sudah memiliki jongkong emas sebelum ini, bila ditanya apa untung yang dia dapat dengan menyimpan emas mereka menjawab spontan tak tau. Hasil tinjauan yang dibuat hasilnya dapat dikelas sebagai berikut;

  • Mengenal emas sebagai barang kemas - 80%
  • Emas boleh menjadi modal perniagaan - 5%
  • Mengenal sistem pajakan Emas - 15%
Antara faktor pengkelasan yang tidak seimbang disebabkan oleh :

1. Tiada pendedahan dengan ilmu emas sebelum ini - ilmu emas termasuklah bagaimana nak mencairkan emas, memperdagangkan sebagai sumber pendapatan dan memanipulasi harga begitu juga tentang kualiti dan jenis emas dalam pasaran masih belum dikuasai. Secara menyeluruh tahap pengetahuan mengenai emas pada tahap basic knowledge setakat saya hanya tahu beli masa harga rendah, jual pada harga tinggi.


2. Tiada pengetahuan tentang kegunaan komuditi emas tersebut sebagai satu pelaburan - 100% tinjauan yang dibuat menyatakan emas hanya laku bila dijual dalam bentuk barang kemas. Sebab itu barang kemas menjadi pilihan utama untuk majlis perkahwinan, hadiah hari jadi dan sebagainya. Sedangkan ada lagi emas jongkong yang lebih bernilai tidak direbut. sebabnya kita masih belum kenal kualiti sesuatu emas.

Dinyatakan di sini jongkong emas kualitinya 99.9% (24K)dan menjadi asas kepada sebut harga untuk emas-emas yang lebih rendah kualitinya seperti emas 91.6% mendapat nilai harganya dengan harga emas 99.9% x 91.6%= harga emas 91.6. Jika emas 99.9 berharga RM145/gram maka emas 916 bernilai RM145 x 91.6/100=RM133.00


3. Kagum dengan wang fiat sepanjang hidup- PenggunaanWang fiat telah dipepolurkan oleh pelbagai pihak dari pihak yang terlibat dengan sistem kewangan sehinggalah perompak. Liputan besar-besar mengenai rompakan wang dalam media massa memberi kesan psikologi kepada orang kebanyakan bahawa wang fiat sangat penting dalam kehidupan.

Tetapi bila berlaku inflasi mengapa mereka hanya membicarakan tentang kenaikan harga barang tetapi tidak menyentuh kejatuhan nilai sen dalam ringgit yang sama nilai harga 100 sen dahulu dengan sekarang. Contoh paling mudah jika minyak 10 tahun lepas RM1.00/liter, mengapa nak mencapai 1 liter yang sama 10 tahun lalu kita kena keluarkan RM1.85.00 sekarang. Ini bermakna kita kena tambah 0.85 bagi setiap ringgit untuk mendapatkan minyak.

Alasan menarik yang diberi ialah selama ini kita menerima subsidi ke atas minyak negara. So jika ini dimainkan sudah pasti menjelang 2011, nilai ringgit akan menurun lagi.

No comments: