Alhamdulillah pada 29/8/2010 saya mendapat panggilan dari teman-teman yang berminat dengan pelaburan emas. Anda diberi kesihatan dan peluang berbicara tentang pelaburan emas. Terlebih dahulu saya mahu mengucapkan terima kasih kepada teman-teman public gold yang mengucapkan tahniah ke atas saya memenangi hadiah utama ke Bali. Catatan dari teman-teman saya hari ini.
Pertama:
Teman-teman yang mahukan penerangan mengenai pelaburan emas terutama mengenai rempit emas. Moga penerangan yang saya jelaskan membantu semua teman di luar sana dapat menyusun semula kewangan masing-masing.
Saya mempunyai perasaan sama dua tahun lepas sebelum menyertai pelaburan emas, bahawa anda berada di dalam kesulitan dan kesempitan wang terutamanya tidak beberapa hari lagi raya akan menjelang. Banyak perbelanjaan yang terpaksa ditanggung. Kata orang besar pendapatan maka besarlah kerak nasinya. Tentu terasa seksa kerana nak berjumpa ayah dan ibu dikampung kita terpaksa mengikat perut untuk menampung perbelanjaan :
- Perjalanan pergi dan balik termasuk kos makanan, minyak dan tol.
- Penyelengaraan kenderaan supaya tidak tersangkut ditengah-tengah perjalanan
- Duit raya untuk anak-anak dan anak buah di kampung.
- Perbelanjaan kuih muih dan pakaian baru untuk anak-anak, jika tidak dibelikan kita akan merasa ralat sampai akhir hayat kita bagi ibubapa yang sayangkan anak-anak.
- Bayaran sewa rumah, sewa kereta kepada pihak perbendaharaan atau bank.
- Bayaran pinjaman peribadi dari bank
- Bayaran tuisyen anak-anak supaya anak-anak boleh bersaing secara merit dalam pendidikan.
- Bayaran kad kredit yang tertangguh beberapa bulan dan bayarpun tidak teratur.
Keduanya :
Terima kasih kepada pelanggan saya yang masih belum menjadi agen, membeli dinar secara berdikit-dikit dan paling minima yang saya lock kan harga pada 29/8/2010 RM586.00 ialah 3 dinar. Ini bermakna setiap pelanggan membeli 3 Dinar =RM1758.00.
So pada hari ini aja ada 10 orang yang saya lockkan harga. Bermakna jumlah jualan 30 dinar =RM52740.00. Dengan sendirinya saya mendapat bonus RM791.00 (RM52740.00 X 1.5%). Pada malam ini saya akan agihkan pendapatan sebanyak 0.5% kepada rakan yang menperkenalkan pelanggan baru kepada saya. Ini adalah situasi win win.
Ketiganya:
Terima kasih kepada rakan-rakan agen penditaemas999.blogspot dan uncangemas.net dan costumer baru yang telah membeli dan belum membeli produk public gold yang teruja untuk turut serta dalam permainan kutu 5 dinar. Respon sangat baik dan pool pemain telah lengkap di bawah seliaan saya.
Walau bagaimanapun bagi teman-teman baru yang berminat saya sarankan buatlah pool yang saya nyatakan supaya semua ahli dapat merasa dalam tempoh singkat. Ingat tiada kutipan tunai dibenarkan kerana anda telah menyalahi peraturan bank negara iaitu membuat pemungutan wang secara haram.
Keempat:
Terima kasih kepada costumer yang bertanyakan tentang situasi harga emas pada minggu depan iaitu bermula pada 30 Ogos 2010 hingga 4 September 2010. Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah harga emas akan naik setiap masa kerana sokongan yang kuat dari ekonomi teguh Kesatuan Eropah, pasaran komoditi emas di Asia dan semakan audit emas perbendaharaan persekutuan USA.
Kelima:
Ada costumer baru yang bertanyakan bagaimana pinjaman RM150,000.00 menjana lebih RM300,000.00 kita bayar berdasarkan setahun sekaligus. Saya tertarik dengan cara ini dan saya syorkan ia satu keputusan yang paling baik. Jika pada pajak kali ketiga memiliki RM52,000.00. Pinjaman sebulan RM1300.00 ini bermakna anda buat bayaran RM15,600.00 bermakna sisihan wang tadi anda boleh tebus emas anda, anda boleh buat beli aset lain yang menguntungkan seperti tanah, lelongan barang kemas, kedai makan, restoran, hotel, dan apa sahaja yang mendatangkan keuntungan.
Kesimpulan :
Ini sahaja idea yang dapat saya sampaikan pada malam ini kerana kena bergegas segera ada costumer baru ingin berjumpa saya.
No comments:
Post a Comment