Monday, July 11, 2011

Harga Emas Menaik Seperti Diramalkan Pendita Emas

Salam,

Dalam posting semalam Pendita Emas telah meletakkan harga emas sebagai berikut:

Sasaran Harga Minima :USD1562/0z
Sasaran Harga Maksima : USD1574/0z
Sasaran Harga Bonus :USD1578/0z
Sasaran Terendah ;USD1540/oz

Harga emas telah menaik dengan drastik pada malam ini mulai jam 1.00 petang diikuti pada jam 6.30 petang dan disambut pada jam 7.08 malam berterusan sehingga jam 8:29 malam waktu Malaysia. Carta kenaikan harga dapat dinyatakan seperti keluk harga di bawah ini. Terkini harga emas telah mencecah USD1555.93.



Persoalannya adakah harga akan berhenti setakat ini US1555.98?

Pendita Emas meramalkan tidak. Harga akan memecut dan memecut lagi pada malam ini jam 11.00 mlm dan jam 2.00 pagi. Sasaran pergerakan harga terkini ialah titik pada USD1564.00. Apa-apapun kenaikan harga emas pada hari ini telah menjelmakan keuntungan berlipat ganda atas pelaburan saham emas yang Pendita Emas sertai.

No comments: