Salam buat semua,
Hari ini dapat buat posting dengan aman kerana hidup Pendita Emas sudah bersih terutama yang berada dalam benak hati selama ini terangsang dek serangan orang lain telah terhakis sejak Pendita Emas menyepikan diri.
So apa yang ingin dibicarakan pada posting malam ini ialah sasaran Pendita Emas mengenai harga emas semasa dalam minggu ini. berdasarkan kepada senario ekonomi minggu lepas segala yang menjadi punca kekalutan pasaran ekonomi antarabangsa telah usai semuanya.
Bermula dengan plan cetakan dolar US yang tamat pada 30 Jun 2011,penerimaan Greek diikuti Portugal menerima plan bantuan bayaran bilout negara yang hampir muflis dengan kenaikan kadar faedah yang dibebankan kepada rakyatnya, kesediaan Muamar Ghadaffi mengundurkan diri, kenyataan negara China yang mampu mengatasi kemelut kenaikan inflasi negaranya kurang memberi keyakinan hingga menyebabkan harga emas bermain disekitar USD1485 (4/7/2011) kemudian USD1495(5/7/2011), USD1509(6/7/2011) dan USD1535 (7/7/2011)
Selepas itu, harga emas mulai merudum sekitar USD1521 hingga USD1532 dan menjunam semula pada USD1526 disepanjang 8/7/2011 gara-gara menanti pengumuman dasar pekerjaan di USA.
Termasuk PE, merasa seram sejuk juga kerana ketika itu harga saham emas yang dibida pada USD1531, 1532 dan 1533 tidak nampak berganjak. Sehingga seorang teman Pendita membuat ulasan berkenaan dalam Facebook.
Dan akhirnya harga emas telah menyebelahi pilihan PE. Lihat graf di bawah selepas jam 8.00 malam harga naik mendadak.
Kesan kenaikan ini memberi impak kepada trading gold yang Pendita lakukan sebagai berikut;
Sehubungan dengan itu, memandangkan keadaan eknomi sedang menyejuk masa kini Pendita Emas mensasarkan harga emas sebagai berikut:
Sasaran Harga Minima :USD1562/0z
Sasaran Harga Maksima : USD1574/0z
Sasaran Harga Bonus :USD1578/0z
Sasaran Terendah ;USD1540/oz
Walau bagaimanapun harga emas pada Isnin (11/7/2011) sehingga jam 1.00 pm keluk harga sama patern dengan keluk harga emas berwarna biru. So kalau ader margin nak buat belian harga emas, bersedia selepas jam 6.00 pagi dijangka harga emas merudum sedikit jika mahu membuat profit jangkamasa singkat bolehlah bid harga semasa tetapi ingat buat jualan sebelum jam 1.00pm. Senang kata dapat USD2.00 pun ok untuk 1.000 oz.
Ini berdasarkan harga emas Gold Price berada dalam posisi USD1542.
No comments:
Post a Comment