Saturday, July 9, 2011

Income Menarik Dari Pelaburan Saham Emas

Salam,

Alhamdulillah, dalam pelaburan emas masa kini pelbagai aktiviti pelaburan tentang emas telah Pendita Emas terokai.

Di antara pengalaman yang telah diterokai ialah:

a. Jual beli emas lelong
b. Jual beli emas lombong
c. Jual beli emas jongkong
d. Urusniaga saham emas
e. Agen komisen

Menyentuh tentang pelaburan saham emas pelbagai aktiviti boleh kita sertai iaitu pasaran saham emas antarabangsa dikendalikan oleh Kitco, KCast, Forex, Insta Forex dan Gold Price.

Tentang hukum halal dan haram mengenai pelaburan ini bergantung kepada pandangan masing-masing dan diserah kepada pihak yang bertauliah kerana hukumnya bersangkutan dengan pelaburan saham-saham atau kertas bon yang ada di dalam dunia ini samada saham amanah atau saham perdagangan lain yang dikendalikan oleh kerajaan negeri, bank negara atau badan yang diluluskan oleh SC.

Ini disebabkan saham-saham dan bon yang diterbitkan merupakan tarikan kecairan masuk untuk mendapatkan modal tambahan dari orang ramai supaya modal yang lebih besar boleh diperolehi untuk melaksanakan projek yang diperolehi. Walau bagaimanapun semua itu hanya cadangan syarikat. Samada terlaksana atau tidak bergantung kepada ekonomi semasa.

Cuma kelebihan saham nie, ia memiliki kecairan nisbah cepat bermakna naik sahaja harga selepas pelancaran kita sudah boleh menjualnya ini bermakna wang belum dilaburkan kita sudah leburkan terlebih dahulu. Yang menarik sediakan sahaja 20% wang sendiri dan 80% akan diuruskan remiser yang kita lantik. Yang kita tau remiser offer, masuk wang 20%, jika masa pelancaran nama naik kita sebagai pelabur bertuah. Kita tetapkan harga margin, tau-tau ada untung dengan penyisihan kos pinjaman dan 3% kos komisen remiser, untung lebihan milik kita. Berbanding dengan bon, ada tarikh matang 6 bulan, setahun atau lebih.

Dalam kes ini PE masih ingat pelancaran Saham AXX yang diyakini disokong kerajaan negeri dengan menjanjikan AXX akan mencapai tahap RM5.00 sesaham, tetapi apa yang berlaku sebaliknya jika sesaham nak dijual balik nilai terkini hanya RM0.20. Segalanya berlaku kerana program ekonomi dirancang banyak tergendala. Cabang-cabang syarikat usahawan banyak dah bungkus dan pihak berkenaan telah dipersalahkan kerana hutang kerajaan negeri banyak puncanya badan berkenaan yang berhutang. Macam mana sorong papan tarik papan boleh berlaku? Walhal ramai orang kampung menang sorak kampung pula sudah tergadai.

Lupakan kisah lalu kita buka buku baru. Permainan saham emas sangat menarik. Ia boleh dikendalikan secara manual dan berdikari. Tak perlu membuat provokasi antara satu sama lain semata-mata mahu menjadi enau dalam belukar berlumba-lumba melepaskan pucuk masing-masing seperti yang PE alami sebelum ini. Jika lemah kena pijak, jika kuat kena cantas. Hai dunia dunia.

Kini hati PE tenang apabila meninggalkan Public Gold. Ramai yang mengatakan PE merajuk menyepikan diri dari penulisan blog selepas tragedi berkenaan. Sebenarnya dalam diam, biar kita mengumpulkan kekuatan dan merancang strategi perniagaan yang baru. Barulah kita dinamakan pelabur yang dinamik dan inovatif.

Kini PE mengorak langkah membuat perniagaan emas sendiri secara kecil-kecilan kerana sudah ada pembekal setia. Mudah kata sendiri buat sendiri dapat. Tak perlu nak tarik-tarik orang, nak buat-buat seminar dan jumpa orang malam-malam. Yang penting bangun pagi setiap hari, kuntuman semyuman terukir di wajah kita selepas jam 6.00 pagi.

Yang penting :

1. Pekakkan telinga tetang cerita pelaburan lampau. Hak kita untuk cuba dan terus mencuba.
2. Perlu ada keyakinan diri, jangan suka mengikut-ikut tetapi kita tak tahu prosedur sebenar. Kita kena tahu apa kita buat, bukan kena tahu apa rakan kita buat.
3. Miliki ilmu pelaburan emas sepenuhnya, tak ada ilmu belajar.
4. Sentiasa peka dengan keadaan semasa terutama info semasa yang berlaku di US kerana perkembangan di sana mempengaruhi naik turun harga emas.
5. Sentiasa mahu mendahului pelabur lain( Sendiri fikir)

berikut beberapa income yang boleh kita perolehi melalui pelaburan saham emas berdasarkan kepada cabutan dari salah satu akaun Pendita Emas.

a. Insentif atas kemasukan orang lain yang berminat, kita terus mendapat profit secara realtime(kepada yang suka buat promosi)


b. Bonus kumpulan yang dibayar pada setiap 5 haribulan(kepada yang rajin buat networking)





c. Menjana pendapatan harian melalui trading gold(siapa yang suka main saham).



Pendapatan pada 6/7/2011 USD1,211.41 x RM3.00 = RM3634.23



Pendapatan pada 8/7/2011 USD686.35 X RM3.00 = RM2059.05








Penafian: Tiada yang dapat mengubah diri kita selain diri kita. Display mengenai informasi ini hanya sebagai renungan. Berminat boleh hubungi kami.

No comments: