Saturday, August 27, 2011

Bolehkah Harga Emas Mencapai USD2050 Pada 29 Ogos 2011 hingga 2 September 2011?


Sasaran Harga Emas Pada 29 Ogos 2011 hingga 2 September 2011

by Pendita Emas on Sunday, August 28, 2011 at 12:44am

Salam emas buat semua,


Ucapan Selamat Hari Raya


Terlebih dahulu Pendita Emas ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali Pendita Emas samada yang pernah bersua atau hanya melalui Facebook Pendita Emas.


Kepada rakan lama :Dari hujung rambut sehingga hujung ibu jari kaki, Pendita Emas memohon ampun jika ada terkasar bahasa, tersalah kata dan terkutuk dalam Facebook ini.


Kepada yang baru : Selamat datang ke dalam Facebook Pendita Emas, moga anda sentiasa bahagia dan teruja.


Sasaran Harga Emas Minggu (29 Ogos 2011 hingga 2 September 2011)



Minggu nie target harga emas Pendita Emas pada paras :

USD2050/oz(harga bonus),

USD2000/oz(harga maksima)

USD1960/0z(harga pertengahan)

USD1920/oz(harga terendah)



Date Posting:28 Ogos 2011

Time Posting :12:00am(Malaysia Time)


Rekod semasa harga emas sehingga 26 Ogos 2011.


Sasaran harga ini hanya untuk kegunaan Pendita Emas sahaja dan tiada kena mengena dengan orang lain.


Jika ada mahu follow silakan dan jika yang mahu mentertawakan sasaran harga ini biarkan mereka. Sasaran harga Pendita Emas telahpun dibuat awal. Klik sini


Hidup kena happy, berniat baik dan fokus dalam pekerjaan


Yang penting dalam hidup ini, kita perlu happy dengan syarat kita kena fokus dan suka dengan pekerjaan kita.


Justeru itu, apabila harga emas yang PE target ini tercapai, PE akan merasa happy disebabkan PE sentiasa mempertahankan dan mempertingkatkan stok emas fizikal dan saham emas setiap masa.


Kedua-dua produk ini sentiasa memberi impak profit bulanan dan tahunan. Terima kasih kepada aura emas masa lalu dan masa kini.


Dengan perkembangan ini, sekurang-kurangnya PE taklah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang bila makan gaji kerana gaji PE masih tetap sama pada tahun 2010(naik gaji bulan Oktober) dibawa sehingga ke bulan September 2011).


Walhal jika tidak silap PE bagi masa menuju bulan Oktober 2011 dengan gaji yang sama, harga barangan pengguna dan inflasi naik 2 hingga 3 kali setahun dalam tempoh 6 bulan selepas gaji Oktober 2010 PE terima.


Walau apa keadaan sekalipun, PE tetap suka dengan pekerjaan PE sekarang.


Bila nak merasa bonus dua bulan gaji


Ramai orang politik dan orang awam memperkatakan bahawa pemberian bonus untuk kakitangan awam menjelang perayaan Hari Raya sebagai usaha kerajaan menarik simpati menjelang musim pilihan raya tidak lama lagi.


Terpulang kepada pendapat masing-masing. Dapat kita gembira, tak dapat kita diam. Itu semua tugas kepala persatuan yang telah dilantik. Kita serah kepada mereka buat tuntutan semula menjelang pembentangan Budget 2012 tidak lama lagi.


Cuma Pendita masih berharap dan rasa terkilan, bila persatuan minta 2 bulan bonus yang dipanjangkan kepada tiga memanda menteri yang sudah bertukar tampuk pemerintahan , sampai la nie tidak nampak bayang lagi.


Rasanya Pendita Emas mahu juga merasa bonus tahunan lima hingga enam bulan seperti yang diterima oleh jiran sebelah rumah.Rasanya fenomena ini diterima jiran sebelah sejak tahun 2000 hingga sekarang.


Pendita Emas sekadar berharap tahun 2012 membuka hati memanda menteri untuk memberinya. Benar kata orang rezeki semua tuhan yang memberi, manusia hanya berusaha, berdoa dan bertawakal.


Akhir sekali Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua.


· · Share · Delete
  • Ruly Sibat Masiga likes this.
    • Najid Said Sama lh pe, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir...
      9 hours ago ·
    • Pendita Emas Jika drive balik kampung berhati2 selamat pulang dan selamat kembali
      9 hours ago ·
    • Najid Said Semoga target pe itu mjadi knyataan dan kami juga dpt merasai kekayaan yg dikurniakan oleh Illahi. Krg2 dh mcuba mgambil peluang utk mgubah ekonomi hidup kita. Yang lain kita berserah pd Illahi. Kita hanya mampu merancang, ketentuan tetap dari Nya
      9 hours ago ·
    • Pendita Emas Betul tu Najib Najid Said, kita mencuba, tuhan yang menentukan bukan kominiti kita
      8 hours ago ·

No comments: