Saturday, August 27, 2011

Penutupan Harga Emas 26 Ogos 2011 Melepasi USD1832/1832



Salam buat rakan-rakan pelabur Pendita Emas,

Pada minggu ini kita mengalami satu perubahan drastik terhadap harga emas semasa dunia dunia.

Bermula dengan momentum meyakinkan dijangka harga akan mendaki ke paras harga penetapan Pendita Emas USD1935 (baca link berkaitan)

Harga tidak sampai seperti diharapkan oleh Pendita Emas. Satu malapetaka telah terjadi apabila harga merudum dan terus merudum sehingga ke paras terendah telah menjadi satu malapetaka seketika apabila merudum dan terus merudum ke paras terendah sehingga USD1702/0z(-200).


Akibat kejatuhan ini semua akaun saham Pendita Emas merudum teruk sehingga mencecah ribuan dolar pada minggu ini.


Pada 26 Ogos 2011 selepas keputusan menangguhankan keputusan pengumuman polisi moniteri pada jam 10.00am (US Time) kepada 21 dan 22 September 2011 oleh Pengerusi Perbendaharaan Persekutuan US, telah memberi kelegaan kepada semua pelabur seluruh dunia.

Dengan perubahan harga emas dunia yang baru akhirnya kerugian Pendita Emas mulai mengecut dan berharap harga emas naik dan memberi profit pada minggu ini.

Sebab itu harga ramalan Pendita Emas sangat penting kerana untuk kegunaan PE mendapat pulangan segera dalam pelaburan emas yang disertai.


Rentetan harga baru dapat dibaca di bawah ini.















Kesan Penantian ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan, Ben Bernanke di Jackson Hole, Wyo, 10 pagi Jumaat(US Time)



by Pendita Emas on Friday, August 26, 2011 at 5:56am

Salam,

Pada hari kita menyaksikan harga saham ekuiti US secara relatifnya ditutup rendah berbanding harga emas yang naik secara berhati-hati. Ketika ini harga emas naik sekitar 17% berbanding pada jam 3.00pm (US)/3.00am (Malaysia) telah melepasi paras 20% merujuk kepada graf pasaran emas Comex dan S&P/TSD Global Gold.

Carta di bawah menyaksikan pada hari ini jam 5.46pm ( khamis 25 Ogos 2011US time)= 5.46 (Jumaat 26 Ogos 2011 Malaysia time) rentetan kejatuhan saham ekuiti telah diikuti dengan kejatuhan saham Kanada, yang akan disambung oleh pasaran saham Jepun, Hong Kong dan China, Australia

dan London sebelum bertemu semula pasaran New York.

Dalam memenuhi pusingan pasaran saham ini, harga emas sudah pasti secara relatifnya akan naik mendadak pada hari ini selepas jam 10.00am Waktu Malaysia apabila selesai ucapan Ben Bernanke mengenai harapan ekonomi US dan ekonomi global. Apa-apapun sentimen ekonomi semasa menjadi faktor utama perubahan harga emas ini.


    • Saudagar Emas caye arrr =))
      Friday at 6:19am ·
    • Rohani Selamat masih jauh nak memahamkan ni... hu...hu..
      Friday at 7:57am ·
    • Zulhazmi Othman entah le.tp klu tengok pada anak panah tu,bermakna yag merah kebawah,yg biru akan keatas.errr jd apamakna tu...he.e
      Friday at 9:40am ·
    • Pendita Emas Harga gold naik dan saham ekuiti turun , anak panah biru mewakili gold dan merah mewakili saham ekuiti US, Kanada dan Asia(akan dilihat perubahannya pada pagi ini)
      Friday at 9:42am ·
    • Zulhazmi Othman bermakna emas akan naik apabila ekuiti us turun dok gitu?
      Friday at 9:55am ·
    • Pendita Emas Biasanya, terkini wall street menunggu ucapan berkenaan jam 10.00am (10,00 malam waktu Malaysia)
      Friday at 7:48pm ·





















‎24 ogos 2011, harga emas telah jatuh sebanyak USD104.00 (6%)

Salam buat teman-teman,

Elakkan membaca banyak berita tentang kejatuhan emas, supaya kita tidak terjerat dengan harga yang tidak pasti akibat panik harga semakin menyusut.

Mulai esok PE akan membicarakan isu-isu yang membolehkan harga emas naik semula. Posting ini merupakan posting terakhir berkenaan kejatuhan emas

Emas masih tetap menjadi medium simpanan pelaburan paling selamat dalam abad ini dan akan datang disebabkan:

1. Emas masih menjadi piilihan ramai dan pada bulan September 2011 terutama pembelian secara besar-besaran dalam kalangan penduduk India dalam bentuk barang kemas kerana bermulanya musim perkahwinan di sana (Austin Kiddle, Penganalisis Sharps Pixley di pasaran London Broker)

2. Emas melindung nilai dari bahang inflasi yang masih membahang sekarang. Ini disebabkan faktor iklim tidak menentu telah menyukarkan makanan utama di sesebuah negara dapat dikeluarkan seperti diharapkan. Ditambah dengan faktor bencana alam di sana sini dan peperangan saudara di Asia Barat yang masih belum selesai masih merumitkan perkembangan ekonomi global yang sihat.

3. Ramai penganalisis seluruh dunia yang terlibat dengan emas telah mengubah harga ramalan emas pada tahun ini, dari berakhir tahun 2011 emas diakhiri dengan USD1750/oz, meningkat kepada USD1900/oz dan terkini ada yang meramalkan harga emas dicapai sehingga USD2000 hingga USD3000/oz seperti yang pindaan harga ramalan emas oleh bank besar Citygroup dan UBS( Claudia Assis and Chris Oliver, MarketWatch)

4. Austin Kiddle, seorang penganalisis yang berpangkalan di London broker hari ini (Rabu) yang menjalankan perniagaan Sharps Pixley, mengatakan bahawa penurunan harga mendadak emas semasa adalah "lebih kepada pengambilan untung daripada mengambil langkah keluar dari wilayah yang selamat." Ini bermakna pelabur-pelabur mengeluarkan profit dan kembali semula bila ada isu-isu baru yang menyokong kenaikan harga emas.

Manakala Jon Nadler, Penganalisa Kitco Metals pada hari Selasa berhujah bahawa ramai spekulator mengalihkan pelaburan emas ke dalam pertaruhan berisiko, walaupun beberapa penganalisis meramalkan emas pada $ 2,000 ataupun $ 3,000/oz. (Myra Saefong)

Faktor-faktor memungkinkan kenaikan harga emas minggu depan ialah:

1. Faktor harga emas yang rendah mengembalikan kerancakan pasaran emas.
2. Pengumuman data US Jobles dan Persidangan Jackson Hole beberapa hari lagi.

No comments: