Monday, August 22, 2011

Now the price of gold broke USD1900 at 6.00am, August 23, 2011 (Malaysia Time)

Salam,


Hari ini di awal pasaran saham emas jam 6.00am memecut dari paras USD1898/oz melepasi USD1910/oz dalam sekali henjutan.




Ini telah menyaksikan harga emas terkini berada dalam lingkungan harga USD1900.00/oz untuk meniti ke harga sasaran Pendita Emas 1935/oz yang kini telah berada dalam pasar USD1912/oz.


Rekod harga terkini USD1912/1935/oz dilampirkan. Profit yang dapat dijana oleh Pendita Emas untuk akaun PE semasa sahur ketika menjejak harga emas meningkat naik ke 1912/oz turut disertakan bersama.




Pendita emas merasa lega, harga emas sedang meniti USD1935/oz. Kemenangan peribadi buat Pendita Emas kerana USD1935/oz hanya blog ini sahaja yang bercerita tentangnya. Ayuh harga emas terus maju menuju USD1935/oz. Lepas USD1935/oz baru boleh cerita kemana hala tuju harga emas selanjutnya.


Adakah 1 September 2011 menjadi penentu harga emas yang baru USD2000/oz? Kita nantikan.

Semuanya yang dipaparkan bahawa saham eropah yang rancak pada petang semalam bagi memberi rangsangan kepada pasaran dow, nesdaq dan wall street tidak berupaya memberi keyakinan kepada pelabur untuk mengalihkan portfolio saham emas kepada saham ekuiti.

Ini ditambah dengan laporan semasa yang berlaku ke atas tekanan penjualan saham dikebanyakan pasaran saham Asia secara global memberi impak yang besar terhadap ekonomi global.

Cuma kita tertanya-tanya bilakah akan reda ekonomi global yang begini? Hanya masa menentukan.

Sejarah harga emas :


link perlu dibaca bersama:

No comments: