Friday, July 27, 2012

Mengapa harga emas sasaran Pendita Emas mencapai USD1629 pada 27 Julai 2012


PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat semua mantee Pendita Emas,

Sabtu, Jam 10.59 pagi ( Malaysia Time) 28 Julai 2012 rasa boring pula apabila tiada trading gold dapat dilakukan.

So hanya dividen sebanyak 2.4000 aun gold yang diperolehi Pendita Emas pada hari ini dan dikreditkan menjadi USD3895.66. x RM3.00(harga paling minima)= RM11686.98 untuk salah satu akaun sahaja. Jika mahu nilai tambah lebih, kita bolehlah menjualnya pada RM3.xx.


Kita lupakan hal dividen berkenaan. Yang penting Pendita mahu postingkan berkenaan bagaimana harga emas disasarkan pada USd1629.00



Langkah pertama tetapkan harga sasaran pada awal pagi dan emelkan kepada semua mantee-mantee Pendita Emas agar sama-sama memperolehi profit diharapkan.

Lepas tu berilah cadangan harga support dan harga halangan menggunakan keluk harga emas semasa yang sebenar.
Oleh kerana kita niekan dianggap pakar dalam menentukan harga emas masa depan, maka Pendita Emas bagilah hint-hint dari segi analisa teknikal dan fundamental buat mantee-mantee siap siaga dalam membuat  trading seharian.

Matlamat hint-hint diberikan untuk:


  • Mengelakkan kerugian dan memaksimakan keuntungan
  • Beli dan jual mengikut target masa dan dirasakan perlu terhadap emas fizikal dan saham emas
  • Melatih mantee Pendita Emas untuk bersedia menentang kepakaran Pendita Emas sebagai mentor mereka.
  • Keseronokkan bermain trading samada emas fizikal dan saham emas


Faktor-faktor membantu kenaikan harga emas pada 27 Julai 2012


Langkah kedua- Setelah mantee-mantee menerima emel, ikut suka Pendita Emas, posting yang sama akan disalurkan ke facebook pendita emas.

Jom follow posting-posting berkenaan harga emas USD1629 yang diragui sasarannya.

a.Mulakan promosi harga pada 27 Julai 2012 buat teman-teman lain untuk melihat reaksi mereka ini disebabkan posting-posting harga emas masa depan dinanti-nantikan oleh mereka. Rasanya kalau posting PE tidak menerjah dalam facebook mereka tentu meraba-meraba.

Alhamdulillah walaupun dalam setia posting diikuti dengan tag line penafian 'baca boleh, follow jangan meraka tetap follow.























Rumusan harga dari Pendita Emas pada 27 Julai 2012 dan cadangan harga emas pada 30 Julai 2012




Walaupun harga emas pada 27 Julai 2012 sekadar mencapai paras USD1629, yang penting ia sudah berada pada landasan betul.

Harga sepanjang hari menuju harga rintangan 1, rintangan 2 dan jika data GDP kurang menarik sudah pasti akan melonjak menghampiri harga rintangan 3.

Sesuatu yang menarik harga cadangan Pendita Emas pada malam ini dipenuhi oleh pergerakan harga emas semasa dunia.

Harga terendah diparas USD1612 menepati sasaran harga terendah PE, kemudian menaik ke harga pertengahan USD1624 selama sejam kemudiannya ke paras USD1629 (disasarkan semasa pergerakan harga emas berlangsung sejam sebelum berlaku harga berkenaan)

Satu lagi  cadangan harga USD1642 PE perapkan atas sebab telah terbaca data ekonomi (dimana mahu dapatkannya)  yang kurang menyelerakan terutama data GDP USA Q2 yang sedia digembar-gemburkan berada pada landasan baik seawal jam 8.00 malam walaupun sepatutnya data GDP dikeluarkan pada jam 8.30 malam (inilah yang mengubah patern uptrend kepada downtrend mengejut)

Kesimpulannya :

  • Harga yang diunjurkan pada minggu ini akan terus dikekalkan pada minggu hadapan.
  • USD1700 (harga psikologi Pendita Emas) berada dalam minda Pendita Emas untuk hari-hari minggu hadapan.
  • Bergembiralah kerana harga emas pada hari ini langsung tidak menyentuh harga support 1 (USD1585)
  • Dari segi teknikal, candlestick memaparkan tanda-tanda kebangkitan harga emas pada minggu hadapan sehingga pertengahan Ogos 2012.
  • Nilai Euro membuat kejutan pada 27 Julai 2012 mengatasi USD pada kadar $1.24 selepas berada pada paras $1.20 sebelum ini dengan harapan terus melonjak ke $1.30
  • Sepenuhnya akan diemelkan kepada semua mantee Pendita Emas

No comments: