Salam buat mantee Pendita Emas,
Benarkah berarrahnu ini menguntungkan dan ada beribu-riban skill?
Untuk menjawab berarrahnu menguntungkan atau tidak jom baca analisis Pendita Emas mengenai hal ini.
a. Pelabur - Ia akan menguntungkan apabila harga emas akan naik sepanjang tahun 20% hingga 30%, ini bermakna jika kita memajak dengan membuat teknik overlap secara berterusan dengan anggaran setahun 10%, nilai emas yang boleh menjana profit setahun masih ada 10% dan 20%. Kenaikan harga emas akan menjamin apa diperkatakan oleh rakan-rakan anda, dan kata-kata mereka boleh dipercapai.
Persoalannya bagaimana bila harga emas jatuh merudum? Jatuh merudum juga makan 6 bulan atau setahun. Nah lihat masa terkini apa berlaku dengan sistem pajakan terkini.
Mulai Mei 2012 - Pajakan Arrahnu Agrobank muncul dengan polisi baru, iaitu:
-Nilai komitmen dari RM150,000.00 diturunkan kepada RM50,000.00 bagi setiap individu
-Sesiapa yang membuat pajakan dipelbagai lokasi Agrobank, perlu ditutup akaun mereka dan yang berhampiran dengan alamat masing-masing akan dikekalkan.
-Pajakan hanya melibat berat emas tidak lebih dari 30g bagi setiap surat. Walaubagaimanapun sumber dalaman Agrobank Kota Tinggi pada 5 Julai 2012 menyatakan berat pajakan ditambah pada pajakan dalam satu surat tidak lebih dari 75g.
-Kepada pemajak lama perlu segera mengeluarkan jongkong emas masing-masing tidak kira dari mana-mana company setelah tempoh matang apabila formula 6 + 3 + 2 (11 bulan ) dipenuhi. Walau bagaimanapun tempoh ini diubah melalui sumber dalaman Agrobank Kota Tinggi iaitu formula pajakan diubah dengan formula 6 + 3 + 2 dah tambah 6 bulan lagi wajib tebus semua emas.
Pendita Emas sendiri baru sahaja menutup akaun Agrobank Kota Tinggi setelah mengeluarkan 400pc 1 dinar dan jongkong emas 20g x 20pcx pada hari Khamis (5 Julai 2012) .
Polisi ini bertentangan dengan polisi Agrobank pada Ogos 2011 dimana sesiapa yang ada memajak jongkong emas kena keluarkan semuanya (kepada pelabur yang yang sudah membawa keluar jongkong emas dari premis Agrobank tidak dibenarkan memajak semula jongkong emas mereka)
Kepada yang cerdik, barulah ilmu pajakan peribadi digunakan untuk menyelamatkan diri Pendita Emas dengan memanipulasi keadaan kecelaruan hal pajakan Agrobank ini dengan hanya membuat penukaran surat tanpa membuat pengeluaran jongkong emas.
Inilah jawapan dari PE bila masing-masing pelabur bercerita jongkong emas sudah tidak boleh diterima tetapi PE masih boleh mempertahankan pajakan jongkong emas selama setahun dalam Agrobank.
-Kepada pemajak lama yang sudah mencapai komitmen pinjaman melepasi had maksima RM50,000.00 diminta dapat menurunkan nilai pajakan emas masing-masing dalam tempoh 12 bulan. Umur pemajak perlu melepasi 18 tahun. Sudah pasti pelabur-pelabur sedang bergelut dengan diri sendiri untuk mengekalkan pegagangan emas masing-masing. Kepada yang tertewas, emas masing-masing telah dilepaskan secara paksa rela apabila mereka berfikir " ingat untung, rupanya rugi".
Jom baca dan cuba agak kumpulan emas mana yang menjual emas mengikut harga Agrobank...hasilnya kepada pelaburan mereka
- salam..saya ada buat mas arrahnnu70.-30 tmpuh tamat bru melepasi bln enam bru2 ni.target saya dpt byar upah simpan dgn keuntngan tpi saya silap.mas merundum tahun ni.dan saya tbeban dgn upah simpan.klu pe ada ditmpat saya,apa tndakkan yg hrus dibuat jgn smpai rugi.tolonglah...
ThursdayPendita Emas- syarat baru yg belum diwar-warkan tempoh pajak dalam tempoh 6 + 3 + 2 dan tak boleh tebus diberi tambahan tempoh pajakan 6 bulan..habis tempoh nie baru diwajibkan tebus
bermakna wat tak tau, biar bank uruskan tempoh pajakan
ThursdayPendita Emas- dalam masa sama buat sahaja bayaran upah simpan sahaja
- Jika tidak bayau juga, upah simpan akan bertambah akhirnya
- saya beli tik
a mas agro203/g.boleh melepasi keharga beli ke tahun ni?kerana nak t up upah smpan pun dah kering.bln 8lepas 2bln tmbahan.bln11nak kene buat surat bru.tpi,klu mas trun lagi...mama nak cri duit byar upah smpan yg tnggi.
- b. Peniaga emas- Mereka telah mendapat harga paling maksima dengan berrahnu yang dipanggil membeli emas menggunakan wang orang. Berapa anda mahu kami akan sediakan modal emas fizikal, caranya mudah sahaja tuan/puan, sediakan 30% modal peribadi, lainnya saya akan uruskan melalui pajakan emas anda.
Kesannya keuntungan yang membebankan pelabur sebenarnya. Baca kisah berikut ini, dealer untung, pelabur sangap.
- Slm pe sya ada problem..dahulukan modal untuk beli emas brnilai 30k tetapi seller kata akan top up emas....dari sepatutnya dapat dlm 170gm emas menjadi 550 ..masa tue pakai duit pajakan 70% untuk byr duit topup emas...masa 2 sy kurang paham...then percaya 100% pada seller aka kawan...bila da betul2 paham baru rasa macam tertipu...hurm...kalo tahu mmg x benarkan die topup...sekarang sy ada problem nk tebus...dan decide nk jual 440 gm then redem semula 110gm untul simpanan sendiri @home...tapi sy kira...sy kena jual dgn harga 172/gm untuk redeem 110gm...kalo bawah dari harga mmg xmampu jugak nk byar upah simpan segala..minta bantuan dari yg pakar..nilai loan berharga 74k +-....
June 23Pendita Emas- rujuk dengan seller tuan terlebih dahulu..sebab kalau saya ambilpun hanya RM140/g mengikut harga emas terpakai dengan alasan:
1. Tuan tidak membeli emas dengan saya
2. Penetapan harga buyback company GCP yang menaungi kami mengikut harga berikut...bermakna harga tuan beri memang terpaksa kami melarikan diri jauh-jauh
June 23Pendita Emas- 3. Market pasaran yang telah kami tetapkan dalam group kami, kami hanya bersedia membayar RM140/g bagi mana-mana produk emas yang dijual. Nilai ini adalah nilai kedai emas sejagat, bermakna kilang kami akan membeli emas dari keluaran kilang lain dengan harga yang ditetapkan oleh kilang kami mengikut rate emas terpakai.
- Sy dah try call seller berulang kali xberjawab bukan sekali..tp byk kali ,bukan nk sy nk marah tp cume nk mintak nasihat atasi problem ni...sms sudah...try call wife da..tp wife suh call sendiri sbb die xpaham sgt...tarikh matang 17/7 nie... upah simpan 5k+- ...hehee... rasa macam kelakar...lesap 30k,emas xdapat,hutang dapat ....boleh je nk jual balik dgn nilai 140/gm tapi sy makin rugi...haaa stress da kumpul sejak 3 tahun lepas duit 2.. ;( .... tp memang ada ke seller akan topup emas...kenapa la sy xterpikir....mmg kebodohan sendiri...mmg terpaksa letgo dgn nilai 140 ,sy dah rujuk mana2 seller...mmg harga pasaran buy back sekitar 140...terima kasih ye Pe...murah rezeki kamu..sy hargai..cume nk tanye sy je ke yg lalui skim di topup emas??
- Bukan anda seorang, ramai terutama yang membuat skim ini menggunakan harga pajakan harga emas Agrobank
Inilah signal yang Pendita Emas sampaikan diperlekehkan oleh mereka yang tidak mahir dalam pelaburan emas sebenarnya. Amaran yang Pendita Emas sampaikan bukan berniat jahat, tetapi inilah peristiwa yang kita tidak ingini berlaku dan terus-terusan berlaku. Ironinya, adakah otai-otai yang membaham wang fiat pelabur-pelabur yang dinaungi mereka mendapat info seperti yang PE lakukan buat mantee-mantee PE? Klik link berikut:
Jangkaan Pasaran Jongkong Emas Bulan Mei 2011
Sejarah kepupusan syarikat emas fizikal sudah bermula
http://penditaemas999.blogspot.com/2012/03/sejarah-kepupusan-syarikat-emas-fizikal.html
Mengapa Pendita Emas menutup posting Rempit Emas
http://penditaemas999.blogspot.com/2011/12/mengapa-pendita-emas-menutup-posting.html
1001 Cerita Emas Emas Tahun 2011 Dari Admin Pendita Emas: Satu kenangan
http://penditaemas999.blogspot.com/2011/12/1001-satu-cerita-emas-tahun-2011-dari.html
No comments:
Post a Comment