Friday, March 2, 2012

Sejarah Kepupusan Syarikat Emas Fizikal Sudah Bermula

12:05am
3 Mac 2012, Sabtu

Salam,

Pada hari ini PE cuba memberikan sedikit info berkenaan syarikat pelaburan emas fizikal di Malaysia. Berdasarkan kepada kajian menggunakan sumber kedua terutama facebook dan internet beberapa syarikat pelaburan emas telah mengalami kepupusan disebabkan:

1. Berniaga mengikut-ikut rentak orang lain.

Terus terang semasa mula mempromosikan produk pelaburan emas fizikal pada Mei 2010 kepada masyarakat umum, Pendita Emas mengalami saat yang sukar dalam menyakinkan pelabur di negara kita.

Pelbagai cara PE gunakan antara yang popular PE menggunakan seminar pelaburan emas secara percuma dan menggunakan blog Pendita Emas 999. Alhamdulillah melalui blog ini, PE telah membantu rakan-rakan pelabur untuk berjinak-jinak dengan pelaburan emas fizikal. Maka mulalah mereka menubuhkan rangkaian syarikat emas fizikal pelbagai nama. PE senyum sahaja sebab tahu ia tidak akan kemana.

Setelah pergerakan pajakan menghampiri enam bulan, maka PE menerima pertanyaan dan komen dari pelabur yang membuat rujukan rempit gold dalam blog Pendita Emas menyatakan rasa sedih dan meminta bantuan atas kesilapan yang dilakukan dalam program merempit mereka.

Oleh kerana rempit yang PE bangunkan sebagai satu cadangan kepada peniaga kecil, permasalahan ini memang sesuai buat mereka. Mereka dapat melakukan dengan baik, biasa rempit dibuat seminggu sekali tetapi dengan amount yang besar. Genap seminggu dengan wang tunai hasil perniagaan emas mereka dapat ditebus dan membuat overlap semula atau keluarkan terus emas mereka.

Persoalan yang timbul kebanyakan pelabur yang membuat rujukan tanpa merujuk kepada Pendita Emas. Mereka baca mengikut selera mereka dan terus mengaplikasikan program rempit yang Pendita bangunkan. Oleh kerana rempit gold PE menjanjikan wang secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan mereka sendiri yang menempah bencana tanpa merujuk pemilik program. Itulah punca sebenar permasalahan ini. Kepada group PE, perkara masalah tersangkut emas atau mencekik leher tiada dalam kamus minda kami.

Lihat sahaja sehingga sekarang Pendita Emas masih berdiri teguh disebalik perniagaan emas yang sangat menguntungkan. Semakin lama semakin naik nilai emas dalam pegangan kami. Lihat sahaja kes pelabur emas bawah Pendita, sehingga posting ini ditaip apabila Pendita mahu membeli emas dari pelabur yang menyimpan emas buat jangka panjang sejak tahun 2010 mereka tidak mahu melepaskan emas mereka.

Mereka akan kata "Syoklah Pendita main emas nie, betul kata Pendita makin lama makin sayang emas nie untuk dijual. Lain macam Pendita memang tugas menjual. So pada kami biarlah emas tu kekal pada kami dan akan maklumkan bila kami mahu beli lagi dengan Pendita". Itulah ayat yang membanggakan Pendita sebab sebelum ini persoalan yang mereka tanya telah terjawab seperti :
  • menguntungkan ke melabur dalam emas?
  • Betul ke kenaikan emas 20% hingga 30% berbanding ASB?
  • Kalau nak jual En Yat/Pendita Emas ambil ke?
  • Ada nilai tambah ke jika kita melabur dalam emas?
So masalah sebenar yang timbul kepada mereka yang tamak, rakus dan tidak sabar untuk mendapat keuntungan segera maka persoalan itu tidak boleh PE beri jawapan secara percuma(hanya ahli Group PE sahaja yang PE layan).

Kepada mereka yang tidak tahan mengalami bebanan hutang akibat ilmu pajakan yang cetek, Group Pendita Emas dan GCP sedia menawarkan diri membeli emas pajakan mereka. Jangan terkejut kami mendapat keuntungan dari mereka dengan spread harga setinggi 20%. Alhamdulillah selain kami menyelamatkan diri mereka dari bebanan hutang, kami juga diberi keuntungan atas emas milik mereka.

Kesan pada perniagaan mereka - Tutup kedai.

2. Tidak mahir dengan amalan pajakan

Pajakan 30%-70% merupakan satu kaedah pembelian emas yang sangat popular bermula pada tahun 2011 . Pada permulaan pengenalan kaedah pembelian 30-70 Pendita Emas mendapat tentangan dan kutukan berkenaan kaedah ini dikatakan haram oleh pakar-pakar agama yang terlibat dengan pelaburan emas fizikal Public Gold.

Walaubagaimanapun setelah keluar fatwa kebangsaan dalam sidang ke 96 berkenaan "parameter pelaburan emas pada tanggal 13 hingga 15 Oktober 2011" telah mengubah persepsi masyarakat terhadap pembelian emas. PE sangat gembira apabila pembelian emas menggunakan konsep 30-70 dan kad kredit mula membuahkan pendapatan tetap atas penjualan emas fizikal. Guna kad kredit ini juga ada cara terbaik dalam menambah stok emas fizikal.

Tetapi malangnya semua artikel berkenaan hukuman haram belian emas dengan kaedah 30-70 dan kad kredit yang menghentam Pendita hilang dari laman web masing-masing. Sudah jelas bahawa kes ini menunjukkan bahawa orang Islam di Malaysia sebenarnya suka menyusahkan ekonomi masyarakat sendiri dalam membuat hukuman secara membuta-tuli seterusnya melahirkan perasaan was-was disebabkan tindakan mereka mendahului Majlis Ulama Kebangsaan. Kaedah mereka gunakan mudah saja, bila tanya B dia kata A yang sampaikan dan bila tanya C, A atau B yang menyampaikannya.

Dalam kes ini tindakan Pendita Emas mudah sahaja, jika diri ini kata hukumnya haram jauhkan sahaja perkara tersebut. Jangan berlagak pandai mengeluarkan hukum itu dan ini. Sebab itu PE ada peluang ke Mesir PE menolak disebabkan untuk mengelakkan diri jika pandai dalam agama, PE menjadi terlalu taksub mengenai hal muamalat di Malaysia.

Penggunaan kaedah ini, menjadi satu alternatif terbaik buat orang lain dan menjadi masalah dipihak lain. Pelabur perlu memahami sepenuhnya transaksi cara ini. Jangan sertai kaedah ini dengan membuta tuli. Buat kajian dan penyelidikan sendiri sebab itu PE menjadi otai yang terbaik dari yang terbaik kerana ilmu yang PE cari, terhasil atas taraf pendidikan yang tinggi.

Idea sentiasa diperbaharui dan diberi nilai tambah oleh Pendita Emas. Tidaklah kerja kita menciplak dan mengubahsuai idea orang lain kemudian menjadikan hak milik sendiri(kan bagus kalau kita nyatakan sumber).

Berbalik kepada sistem atau kaedah 30-70 banyak kelemahan yang perlu diperbaiki iaitu:

- Dipihak penjual (kelebihan)
  • Matlamat menghabiskan stok jualan menggunakan harga maksima dipasaran tercapai
  • Komisen tinggi dicapai
  • Menjadi dealer paling mantop
  • Memaksimakan keuntungan
- Dipihak penjual (kelemahan)
  • Lebih banyak memanipulasi harga sebagai usaha memancing pelabur baru
  • Memberi harapan yang tinggi kepada pelabur baru
  • Tidak mempunyai pengetahuan pajakan yang mantap
  • Selesai close deal pelabur baru akan ditinggalkan
-Dipihak Pelabur (Kelebihan)
  • Dapat stok emas yang baru dalam kuantiti gram yang banyak
  • Dapat komisen atas pembelian emas
-Dipihak Pelabur (Kelemahan)
  • Dapat masalah besar dalam menebuskan emas pajakan dalam kuantiti yang besar
  • Mangsa manipulasi emas
  • Tidak mendapat harga pasaran sebenar (rendah dari harga pajakan)
PE menghuraikan kes ini disebabkan PE menerima aduan mohon bantuan dan penjelasan bagaimana mahu mengatasi masalah apabila emas yang mereka beli melibatkan kuantiti 1 kilo hingga 5 kilo telah tersangkut dalam arrahnu apabila tempoh matang sudah semakin hampir.

Kebanyakan kepada pelabur yang membeli jongkong emas pump suisse pink colour. Jika melibatkan jongkong emas pink colour itu bermakna bukan produk yang PE jual maka minta maaf PE tidak dapat membantu. PE cadangkan rujuk kepada penjual emas berkenaan disebabkan biasanya emas tersebut dari rakan rapat mereka.

3.Tidak mampu menyerahkan bekalan emas yang ditempah atau emas syarat menjadi ahli mengikut tempoh ditetapkan

Kes ini pula merupakan senario baru melanda dalam pasaran emas domestik. Betullah kata mereka pasaran hangat disiang hari. Bila-bila akan pergi. Terbaiknya mereka suka membeza-bezakan harga jualan masing-masing. Senang cerita emas merekalah yang terbaik berbanding produk lain. Sedangkan pelabur lain kena tipu sahaja apabila harga syarikat yang membuat harga online dijadikan benchmark untuk menurunkan harga mereka serendah RM1.00 hingga RM2.00/gram sahaja. Past tu komisen yang diberi untuk dealer mereka juga kecil sebesar R5.00/gram.

Apabila berlaku perkara seperti ini, pergi jalanlah dengan syarikat berkenaan. Semuanya temberang sahaja. Pelbagai aduan yang PE terima dari pelabur teraniaya untuk mendapatkan pendapat dari Pendita Emas dalam penyelesaiaan kes ini. Antara aduan diterima:

1. Bantuan membuat skil pajakan berpakej sebanyak RM2500.00 untuk 5 kali perjumpaan, last-last hanya sampai 2 kali dah khatam.

2. Tempahan emas dan dinar tidak diterima hingga berbulan lamanya setelah bayaran penuh dibuat dan penyerahan bertangguh-tangguh sehingga laporan polis dibuat oleh pengadu jelas melanggar fatwa parameter pelaburan emas. Maka makanlah harta haram milik orang lain. Yang best pemilik company nie dulu cerita bab halal haram yang paling lantang dalam pelaburan emas. Last-last diri sendiri yang makan hasil haram(menangguhkan penyerahan emas kepada owner)

3. Komisen yang dijanjikan tidak dibayar sehingga sekarang. Cerita dengan bangga pada PE pada awal penyertaan bank arrahnu terkenal di Johor dengan mengatakan company aku dah pegang pegawai pajakan bank berkenaan. Jangan risau untuk buat pajakan emas keluaran kami call ajer dia sedia berkhidmat. Maka pelabur yang yakin menurut sahaja arahan dealer.

Terbaru salah seorang pegawai bank yang dikata sangat popular namanya berperanan sebagai pegawai arrahnu dan dealer emas satu company terkenal membuat aduan dan mendapatkan info perniagaan emas Group PE. Segalanya berlaku pada hari Khamis (1 Mac 2012) selepas kami hadir untuk membuat penukaran surat pajakan baru yang genap 9 bulan telah mengeluh kerana sudah berbulan komisen dijanjikan tidak berbayar. Peh malangnya siapa menjadi dealer syarikat emas berkenaan. Buat Group PE kami mudah sahaja. Kalau runner dapat customer sehingga close deal kami akan kata "ambillah RM7.00 bagi setiap gram". Tak perlu membuat pembayaran komisen tertangguh.

Cadangan yang Pendita Beri kepada mereka:

1. Minta berjumpa dengan pihak syarikat secara 4 mata untuk menyelesaikan kes mereka.
2. Tidak mahu selesai buat sahaja laporan polis dan jadikan laporan berkenaan untuk tindakan undang-undang.
3. Saman sahaja mereka yang terlibat disebabkan perniagaan emas bukan sahaja melibat puluhan RM tetapi melibatkan ribuan RM.

Moralnya : Peniaga-peniaga seperti inilah yang mencemarkan perniagaan emas tempatan.

4. Gagal membuat promosi dan mengurus syarikat yang diwarisi dari keluarga yang sedia untuk bersara berbanding pesaing lain

Untuk kekal bertahan dalam pelaburan emas, promosi merupakan satu tarikan utama untuk kita mampu bersaing dengan syarikat-syarikat emas lain. Disebabkan mahu mendapatkan keuntungan maksima banyak syarikat emas bertindak menjalankan perniagaan secara persendirian. Ini menyebabkan sukar buat mereka untuk menambah nilai dalam perniagaan mereka.

Apa yang PE perhatikan jika menjalankan perniagaan secara solo, pengurusan syarikat tidak dapat dijalankan dengan baik, Stok terhad. Matlamat syarikat tidak tercapai.

Persoalannya apa akan terjadi, kalau ada kedai emas, masa operasinya dibuat sesuka hati. Pasti kedai emas tersebut terkubur dan lebur.

5. Ketamakan rakan kongsi dan sikap menikam dari belakang

Bab ketamakan rakan kongsi juga sangat menarik untuk dibicarakan. Awal perniagaan masing-masing bersetuju memainkan peranan mengikut jawatan diberi. Maka apabila pemilik syarikat dilihat mendapat keuntungan berlipat ganda maka keluarlah perasaan tidak puashati dengan bos. Inilah senario perniagaan negara kita. Tidak boleh melihat kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Maka timbullah perasaan iri hati dan sakit hati. "Penat-penat aku bantu syarikat, bos ajer yang dapat lebih".

Maka secara senyap-senyap rakan-rakan kongsi mengeluarkan kuku masing-masing untuk menyaingi bos mereka. Urusniaga melalui pintu belakang terus dibuat. Maka lahirlah serpihan syarikat induk untuk menyaingi induknya. Lahir usahawan-usahawan emas baru yang menggunakan nama proksi dalam penubuhan syarikat lain sebagai satu usaha untuk mengaburi bos mereka. Lama-kelamaan prestasi kerja menurun, rekod jualan tidak mencapai sasaran dan selalu mengelak apabila mesyuarat mingguan diadakan.

Apabila prestasi dan laporan pengintip mengatakan ada kebenaran, maka pemecatan rakan kongsi akan berlaku dan sedikit demi sedikit akan menyebabkan syarikat sedia ada akan goyang. Itulah harapan mereka.

Walau bagaimanapun jika bos tadi pandai menyerap kelemahan yang berlaku sudah pasti keteguhan syarikat akan dapat dipertahankan. Jika sendirian berhad cepat-cepatlah buka saham kepada dealer, semasa harga emas masih rendah dengan matlamat memborong emas pada harga yang rendah.

6. Kelembaban permintaan jongkong emas

Masih ingatkah anda posting Pendita Emas berkenaan pelaburan jongkong emas di negara kita? Sila klik Jangkaan Pendita Terhadap Pasaran Jongkong Emas Mei 2011 yang dipostingkan pada 2 Februari 2011. Posting Pendita mendapat bantahan dari ramai pelabur dengan mengecam PE sebagai penipu sebabnya tindakan Agrobank menyekat pajakan emas dibuat lewat 3 bulan iaitu dibuat pada bulan Ogos 2011.

Alhamdulillah, kini jongkong emas sudah pasti terpendam dalam simpanan dealer yang memperlekehkan pembelian emas melalui pajakan yang Pendita Emas canangkan. Sudah pasti income merekapun sedang mengecut. Kepada upline yang bijak Pendita Emas tabik spring kerana nilai tambah pada otai berkenaan.

Dan kepada yang banyak income melalui pelaburan emas, masa inilah yang sangat sesuai untuk mereka membuat program belian balik. Sudah pasti pelabur yang terikut-terikut tanpa ilmu pelaburan emas yang genuine diperbodohkan oleh pihak syarikat atau upline mereka. Kenapa PE katakan ia diperbodohkan:

1. Mereka tidak mendapat penerangan yang jelas semasa mereka melabur dalam emas diperingkat awal. Jika mereka sudah beli, dan kemudiannya mereka marah-marah bila harga emas jatuh memang sah mereka tidak mendapat didikan pelaburan emas yang tepat dan betul.

Mengambil contoh dealer bawah Pendita Emas, kebanyakan yang berada berhampiran dengan Pendita Emas masing-masing tidak mahu melepaskan jongkong emas mereka pada masa kini. Bermakna tugas Pendita selesai kerana mereka boleh bertahan memegang emas mereka selama lebih setahun yang dibeli pada Julai 2010 sehingga kini.

Malah Pendita Emas juga tidak mahu menjual kepada dealer yang mahu emas dari PE sebabnya merekapun ahli kepada company tersebut. Jawapan mereka mudah sahaja apabila ditanya mengapa suka membeli emas dengan Pendita Emas. " Dengan PE, bila buat bayaran terus dapat barang, jika beri komisen terus kami diterima dan kalau pinjaman jongkong emas kami, PE akan beri RM100 jika emas dipinjam bernilai 20g dan mendapat pulangan emas dipinjam dengan kadar segera.

2. Pelabur menjadi taruhan dalam mendapatkan profit yang tinggi. Maka banyaklah janji-janji manis ditabur buat mereka ketika proses pendaftaran. Tetapi biasalah manusia, dah dapat maka habis madu sepah dibuang. Maka berlakulah konflik antara pelabur dengan upline.

Sebabnya spread yang disediakan oleh pihak syarikat terlalu kecil (ini yang didambakan oleh pelabur bukan genuine) bila menampakkan kerugian kepada upline. Lepas tu harga yang ditawarkan kepada dealer pula mendapat diskaun ciput tetapi tetap berbangga bila profit dihimpunkan melebihi 20 hari dalam bulan kehadapan selepas habis bulan semasa. Namun mereka tidak sedar atas kelemahan pengurusan syarikat berkenaan. Namun itu adalah pilihan mereka walaupun ianya hanya menguntungkan syarikat.

3. Promosi Belian balik secara besar-besaran merupakan strategi syarikat yang tidak mahu lagi mengeluarkan jongkong emas terbaru. Ini bermakna pembelian emas lama dari pelabur-pelabur sedia ada akan menjimatkan kos pengeluaran yang tinggi masa kini.

Melalui pembelian emas dari pelabur lama diharap syarikat dan upline akan :

1. Mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dengan jangkaan harga emas 999 akan naik pada tahun 2012 sebanyak RM320.00/gram dengan pembelian balik harga emas dari pelabur masa kini pada kadar RM170.00 hingga RM175.00 segram

2. Tidak perlu memcetak jongkong emas baru kerana harga emas sudah melambung dan melebihi margin yang diperuntukan disebabkan pembelian stok pada bulan Ogos dan September 2011 banyak merugikan syarikat.

3. Kos operasi dapat dikecilkan seperti pembuangan tenaga pekerja, pengecutan komisen, pembuangan dealer yang degil dan melawan seperti Pendita,

7. Nama syarikat gagal menjadi jenama

Memang tidak dinafikan nama yang telah menjadi jenama merupakan aset yang paling berharga. Dalam perniagaan emas jika nama syarikat mampu bertahan selama dua tahun sudah pasti akan menjadi jenama emas baru yang teguh pada masa akan datang. Pelbagaikan nilai tambah pada jenama anda.

Namun apa yang berlaku pada masa kini, ramai yang selama ini berlagak pandai kononnya memiliki banyak ilmu emas untuk dicurahkan kepada pelabur emas, suka memprovokasi produk emas syarikat pesaing lebih mahal dari produk milik sendiri kini tercari-cari arah untuk mempertahankan syarikat yang dibina. Dalam tempoh 6 bulan tidak dapat bertahan. Mereka umpama peribahasa bila bunyi guruh, air tempayan dicurahkan. Akhirnya diri sendiri yang rosak.

Umpama syarikat MLM yang sudah disita oleh Bank Negara, modus operandinya tetap sama maka nama syarikat baru akan ditubuhkan sebagai usaha menipu masyarakat umum dalam hal pelaburan emas.

Sehubungan itu Pendita Emas cadangkan dalam pemilihan dan memastikan ketulinen syarikat emas :

  • Rujuk segera dengan Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
  • Pastikan bahawa peniaga emas akan menggunakan nama emas bagi syarikat mereka.
  • Jenama produk mereka yang sentiasa dipaparkan dan menjadi establish
  • Mempunyai blog atau facebook yang sedia memaparkan diri sendiri untuk menentukan keberanian mereka mendedahkan diri. Jika tiada buang sahaja akaun mereka dari simpanan kita.

8. Pemilihan Otai Yang Silap

Bab memilih otai pelaburan emas merupakan info sangat penting untuk anda kekal sebagai pelabur yang cemerlang. Ciri-ciri otai emas yang wajar menjadi pilihan ialah:

1. Degil bergerak sendiri tetapi dapat melawan kehebatan otai yang berkoloberasi. Walau kena lanyak dari pelbagai sudut otai berkenaan masih kekal bertahan. Ini merupakan otai yang sentiasa mampu menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah orang lain dengan baik.

2. Sedia memberi bimbingan percuma bila diperlukan. Tetapi ingat anda tidak akan berjaya jika minta ilmu atau pendapat pada otai A tetapi bila turut serta dalam syarikat emas ikut otai B. Terus terang PE terima ramai pelabur macam ini. Memang malanglah pelabur begini sebab ilmu percuma diberi menjadi tidak berkat sebab tidak mendapat restu dari PE.

3. Suka memberi ilmu percuma walaupun otai berkenaan tahu ilmu percuma diberi diadaptasi, diubahsuai dan dipergunakan oleh pihak lain untuk mendapatkan laba bagi diri sendiri. Bila diikuti ada pula ilmu bersiri yang memerlukan bayaran setiap peringkat. Siap ada sesi khatam atau pengijazahan macam silat pula.

Tetapi anda akan terjerat akhirnya apabila ilmu percuma diberi dilupuskan oleh pemiliknya. Mulalah diri anda mendapatkan maklumat dari PE dan situasi baru akan wujud dipihak anda apabila mahu mendidik pelabur baru, persembahan anda jadi lintang-pukang sehingga pelabur baru dapat menangkap masalah anda semasa membuat close deal.

Keyakinan anda akan dipertikaikan dan akhirnya anda dalam kerugian.

4. Memberi faedah yang pelbagai menyentuh tentang ilmu disampaikan. Jika anda telah membayar untuk menghadiri seminar pelbagai faedah diberi, itu menunjukkan otai berkenaan memberi ilmu bukan untuk keuntungan tetapi memberi sinar pembugaran ilmu emas dalam diri anda.

PE sarankan rakan PE joint seminar teknikal pendita emas kerana anda akan mendapat keuntungan berlipat ganda iaitu:

a. Daftar RM120 atau RM170 anda akan mendapat potongan 10% jika membawa keratan akhbar berkenaan
b. Bawa teman dapat pulangan lagi bagi setiap kepala
c. Kos makan tengahari RM25 hingga RM30 ikut lokasi
d. Diskaun belian emas fizikal 1 gram sebanyak 10% bagi setiap gram
e. Iklan percuma bernilai RM250.00 dalam akhbar Metro dan Harian Sinar
f. Mendapat modul analisa teknikal, tambah emas dan pajakan kaedah 5T dan 5R

Kesimpulannya

Alhamdulillah, Pendita emas masih terus bertahan sehingga sekarang kerana keikhlasan PE menyemai ilmu secara percuma selama ini. Terima kasih atas berkat doa saudara saudari Pendita Emas terus kekal bersaing sebagai satu jenama dengan pelbagai ilmu yang diberi nilai tambah.

No comments: