PENAFIAN :
POSTING INI HANYA UNTUK KEGUNAAN PENDITA EMAS SAHAJA. SESIAPA YANG MENGALAMI KERUGIAN DISEBABKAN MENJADIKAN POSTING INI SEBAGAI RUJUKAN UTAMA, SEGALANYA ATAS TANGGUNGAN SENDIRI.
Masa :9:15 malam
Hari: Sabtu
Salam buat mantee dan pelayar blog Pendita Emas yang dihormati,
Malam ini baru ada kelapangan masa untuk membuat posting setelah seharian bersama anak-anak murid PE mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas di Bandar Penawar. Penat tetapi berbaloi walaupun pergerakan aktiviti bermula jam 7.00pagi dan berakhir jam 7.00 malam, apa yang penting pemimpin-pemimpin cilik ini mendapat input berguna untuk melaksanakan tugasan yang terbaik.
Berbalik kepada matlamat posting mahu membicarakan harga emas yang akan datang, rakan-rakan selalu ternanti-nantikan akan posting Pendita. Terutama tentang harga emas masa depan dalam seminggu. So bila Pendita dan bersuara tentang harga emas dalam posting PE, masing-masing akan dapat satu semangat baru bahawa harga emas pasti positif.
Sentimen Bullish Mengatasi Bearish
Kita mulakan dengan sentimen harga emas minggu depan. Mengikut pelabur forex, sentimen harga emas berada dalam keadaan bullish yang kekal mengatasi bearish iaitu 66% berbanding 34%.
Bullish tetap berlaku, walau bagaimanapun kejatuhan harga sudah pasti. Ia berdasarkan kepada pivot point yang menyaksikan bahawa harga sokongan yang ketiga menghampiri paras harga USD1600 berdasarkan kepada trading sehari penuh.
Walau bagaimanapun ini hanya jangkaan sahaja disebabkan faktor fundamental harian mempengaruhi pergerakan harga emas samada melonjak atau menyentap. Mengikut jadual mingguan terdapat beberapa peristiwa penting yang akan mempengaruhi tingkahlaku harga emas semasa.
Jika minggu lepas, isu-isu seluruh dunia mempengaruhi penurunan harga emas secara kerap disebabkan oleh kenaikan dolar dan kelemahan EURO, namun diakhir minggu harga emas melonjak kepada USD20/aun. Peristiwa penting yang mempengaruhi Kesihatan harga emas disebabkan perkara berikut:
Fundamental yang membantu kekurangan harga emas adalah:
Punca kenaikan harga emas pada 19 hingga 23 Mac 2012:
1. Data jualan rumah yang rendah di US dalam bulan Februari sebanyak 1.6% kepada 313,000 menjatuhkan nilai dolar.
2. Jaminan kadar faedah yang rendah sehingga 2014 atas kelembaban ekonomi US memaksa FED membisukan diri terhadap kaedah-kaedah pelonggaran lain berkaitan dasar moniteri US.
3. Penjualan saham dan dolar berterusan ke pasaran menjadi kebimbangan FED bagi menyelamatkan aset bank-bank
4. Pembelian harga emas pada paras rendah oleh pelabur memastikan harga emas melantun pada hari Jumaat
5. Ada ura-ura pengepaman semula dolar dalam pasaran dunia untuk pusingan ketiga bagi menyelamatkan bank-bank bakal melonjakkan harga emas dunia.
Punca Kejatuhan harga emas pada 19 hingga 23 Mac 2012
1. Protes kedai emas di India Utara dan India Timur atas kenaikan 4% Duti Kastam ke atas import komoditi emas menyebabkan 50% kedai emas di India menutup operasi sehingga Jumaat (23 Mac 2012)
2. Kelembaban ekonomi di China dan Industri Jerman mendorong penurunan harga bahan api telah mengheret kejatuhan harga emas.
3. Kebimbingan di Eropah, hutang Itali, Sepanyol yang semakin meninggi menimbulkan tentangan masyarakat dan mogok ke atas langkah berjimat cermat. Portugal juga menghadapi tindakan mogok 24 jam oleh tenaga buruhnya atas langkah berjimat cermat yang dikenakan.
4. Pembetulan harga selepas harga MA 200 hari menghampiri USD1675/aun pada 14 Mac 2012.
5. Jangkaan harga emas jangka panjang dibawah paras sokongan USD1512/aun bakal memberi kerugian besar telah menjauhkan pelabur dari pasaran.
6. Penguncupan sektor pengilangan Jerman dan Perancis dan zon Euro sepanjang bulan Mac menjejaskan kenaikan harga emas.
7. Maklumat terkini di USA, FED menyatakan tiada pelonggaran moniteri US dikeluarkan.
8. Bank-bank pusat diseluruh dunia telah menyimpan banyak emas.
Sumber : Ringkasan dari Forexpros
Sasaran Harga Emas Pada 26 Mac hingga 30 Mac 2012
Harga emas akan mengalami kecelaruan sepanjang minggu ini disebab banyak peristiwa penting berlaku iaitu :
1. Laporan Jualan rumah US
2. Laporan akaun semasa Britain
3. KDNK US
4. KDNK Britain
5. KDNK Kanada
6. Ucapan Bernanke
7. Laporan Pembangunan Kewangan EU
8. Iklim perniagaan Jerman
9. Laporan Pembuatan PMI China danTuntutan Penggaguran US
Isnin, 26 Mac 2012 - Pengukuran Iklim Perniagaan Jerman. Kajian yang menganggarkan perkembangan (setiap bulan) iklim perniagaan Jerman. Setakat Februari 2012 indeks iklim perniagaan terus meningkat daripada 108.3 (Januari) kepada 109.6 (Fenruari). Jika terus meningkat pada Mac 2012, EURO akan meningkat dan harga emas akan naik sama
Isnin 26 Mac 2012 -Ucapan Bernanke : Ucapan akan disampaikan selepas Mesyuarat FOMC bulan Mac mengenai pasaran buruh US yang akan menggangu rentak pasaran forex dan komoditi dengan tajuk "Perkembangan Terbaru Dalam Pasaran Buruh"
Isnin 26 Mac 2012 : Menunggu Jualan Rumah US: Laporan yang menunjukkan perubahan dalam jualan rumah yang belum selesai di US untuk Februari 2012. Sebelum ini indek menunggu jualan rumah naik 2% berbanding bulan sebelumnya. Data ini penting untuk perkembangan pasaran hartanah di US. Laporan minggu lalu jualan rumah (baru dan sedia ada) dan jualan belum selesai dijangka menurun seterusnya melemahkan USD.
Isnin 26 Mac 2012 -Ucapan Draghi, Presiden ECB : Bulan Mac Kadar ECB pada 1% dikekal yang akan merujuk kes hutang Greek dan kemajuan ekonomi EU. Ucapannya akan mempengaruhi pasangan mata wang Euro/USD.
Selasa 27 Mac 2012 - Keyakinan Pengguna US: Laporan sebelum ini indeks keyakinan pengguna meningkat pada bulan Februari berbanding bulan Januari. Jangkaan semasa indeks ini akan menggubah hala tuju dan penurunan Indeks bulan Mac walaupun kemajuan ekonomi US menunjukkan kemajuan. Laporan ini akan menjejaskan pasaran komoditi.
Selasa 27 Mac 2012 - Ucapan Bernanke kali kedua dalam seminggu : Tajuk "Rizab Persekutuan dan Krisis Kewangan Bahagian 3" daripada 4 siri.
Rabu 28 Mac 2012-Pembangunan Kewangan Kawasan Euro: akan membentangkan pembangunan M3 M1 dan pinjamaman sektor swasta dalam kawasan Euro pada Februari 2012. Laporan Januari pertumbuhan tahunan M3 naik mendadak kepada 2.5% dan M1 meningkat naik 2.0%. Kadar pertumbuhan pinjaman tahunan kepada sektor swasta juga meningkat sebanyak 1.1%. Jika bulan Mac 2012 meningkat ia akan menjadi penunjuk kenaikan tekanan inflasi seterusnya mendorong terjejasnya kadar faedah ECB pada bulan April.
Rabu 28 Mac 2012-Akaun semasa Britain: Laporan mengenai perubahan terkini imbangan pembayaran Britain terbaru melibatkan £ 15,200,000,000 yang bakal menjejaskan kadar tikaran matawang Pound/USD.
Rabu 28 Mac 2012- Kemaskini KDNK S4 Britain padatahun 2012: Menjadi unjuran terakhir suku keempat sebenar Britain. Anggaran sebelumnya Keluaran Dalam Negara Kasar Britain menguncup 2% untuk Q42011. Jika anggaran jauh tersasar kadar tukaran mata wang Pound/USD akan terjejas.
Rabu 28 Mac 2012 - Permintaan Barang Asas Tahan Lama : Menunjukkan perubahan pesanan US terdapat barang tahan lama dalam sektor pembuatan pada Februari 2012. Laporan secara tidak langsung mengubah permintaan komoditi termasuk minyak. Anggaran 1 Januari 2012 permintaan barang taham lama jatuh meruncing sebanyak $ 8.6 billion kepada $206.1 billion ; Pesanan baru barang bukan pertahanan menurun sebanyak $5.6 billion kepada $79.5 billion. Jika laporan ini negatif USD akan melemah seterusnya mengubah arah harga emas, perak dan minyak
Rabu 28 Mac 2012- Laporan Timbunan Minyak Mentah EIA(Pentadbiran maklumat tenaga)- Siaran berita mingguan minyak US dan stok penimbal selama seminggu berakhir 23 Mac 2012. Laporan sebelumnya stok minyak dan simpanan minyak naik sebanyak 1.5 juta tong kepada 1.751.1 tong (kajian stok simpanan minyak baru-baru ini)
Target PENDITA terhadap harga emas minggu depan 26 Mac-30 Mac 2012
HARGA BONUS : USD1708 Khamis/Jumaat
HARGA TERTINGGI : USD1700 - Isnin
HARGA PERTENGAHAN : USD1690 -Selasa
HARGA RENDAH:USD1679 - Selasa
HARGA LANTAI : USD1580 (RABU/KHAMIS)
Jadual ekonomi semasa di Asia dan Eropah dan US yang akan an mempengaruhi harga emas menaik adalah seperti berikut:
Walau bagaimanapun sila stop trading sebelum ucapan Ben Bernaki berkumandang untuk mengelakkan diri kita mengalami nasib yang sama 2 minggu lepas.
Kesimpulannya:
Pergerakan harga emas pada hujung bulan Mac 2012 memberi impak kepada harga emas. Laporan kelemahan data ekonomi US sangat penting dan ucapan Ben Bernaki merupakan pencetus utama untuk kenaikan dan penurunan harga emas berbanding nilai USD.
No comments:
Post a Comment