Lakaran rajah-rajah trading gold hanya dikongsi bersama Mantee-Mantee Pendita Emas sahaja.
Pada hari ini, Isnin 19 Mac 2012, Pendita Emas dapat berpeluang berehat di rumah sambil berkongsi idea. Pendita Emas mahu bersama anda semua setelah deman sejak hari Jumaat tidak kebah-kebah.
Semalam, Sabtu 18 Mac 2012 Pendita Emas pun tidak dapat menghabiskan kelas tutorial untuk pelajar-pelajar Sains Sukan OUM di PPW Johor, selepas jam 5.00pm terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan segera.
Untuk pelajar berkenaan kita akan bertemu di Universiti Teknologi Malaysia pada Sabtu depan sebagai ganti pelunasan hutang kuliah Pendita Emas kepada anda semua.
Berbalik kepada posting hari ini, Pendita Emas ingin berkongsi info berkenaan bagaimana mahu menjejak harga emas dalam seminggu seperti yang Pendita lakukan supaya kita akan dapat memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.
Matlamat PE adalah jelas supaya hasil dari info ini, anda semua sentiasa dalam keadaan keberuntungan terutama yang mempunyai akaun saham emas (seperti vgmc.com) atau akaun emas fizikal (mks dan GCP). Kita perlu memaksimakan keuntungan walau dimana harga emas berada. Hubung kait spot harga emas semasa dengan program pelaburan emas diseluruh dunia dapat dizahirkan seperti berikut:
Rajah : Harga spot emas semasa Gold Price
Rajah: Harga spot emas semasa vgmc.com
10 lot x 1400 share x RM3.40 =RM47600.00
minat : Call 019- 379 1864
Rajah: Harga spot emas semasa MKS di Malaysia
Deposit Security RM1,000,000.00
Tempahan produk bayar 24 jam
Minat: Call 019- 379 1864
Jika sesiapa menjual Pamp Suisse pink kaler melepasi harga 170/g memang penjual emas penyapu(semua sapu) terutama yang menggunakan harga maksima arrahnu (RM200.40). Nasib baik Arrahnu tidak terima lagi gold bar. Ha ha ha.
Rajah: Harga spot emas semasa GCP
Pendaftaran : RM1000
Kelebihan : Harga emas termurah dalam web Malaysia
Call : 019 379 1864
Keberuntungan untuk puak mantee Pendita Emas yang telah menghadirkan diri dalam Jelajah Seminar Analisis Teknikal dan Fundamental Pelaburan Emas yang lalu di Kelantan (10 Mac 2012), Terengganu (11 Mac 2012), Pahang (13 Mac 2012), Kuala Lumpur (14 Mac 2012) dan Negeri Sembilan (15 Mac 2012) akan terus menangkap apa yang PE nyatakan di sini. Sudah tentu anda masih ingat tentang graf harga spot tiga hari yang Pendita Emas gunakan dalam melakar dan membuat spot harga emas semasa.
Persoalannya, mengapa carta tiga hari ini sangat penting dalam menjejak harga emas dunia semasa:
1. Meminimakan kerugian dan memaksima keuntungan.
Lihat simulasi video yang PE berikan terutama kepada mantee yang menyediakan ruang kosong yang luas untuk PE transfer bahan seminar dari PE terutama dalam tajuk target harga USD1756( rakaman menjejak harga boleh dilihat pada posting facebook Pendita Emas yang lalu)
Dalam carta berkenaan dinyatakan setelah kita bid, biarkan 5 kali dengan perkataan biar sehingga harga emas naik ke kemuncak kita jual(maksimakan keuntungan) kemudian kita biarkan lagi semasa emas menurun dalam tempoh masa yang kita tetapkan sendiri baru beli (meminimakan kerugian)
Rajah : Menggunakan hujung jari dalam proses
memaksimakan keuntungan trading dalam satu jam sahaja.
Pendita Emas boleh, Mantee PE pun boleh.
Rajah: Cara-cara PE meminimakan kerugian dalam proses trading dalam tempoh satu jam
2. Mencerap dan menentukan harga emas bakal berlaku samada uptrend (bullish) atau downtrend (bearish)
Bermakna dalam tujuan ini, kita perlu melihat patern harga emas semasa pada hari Isnin (hari ini) mengikut patern garis harga yang mana satu pilihan garis baru berbanding garis harga tiga hari yang telah tersedia.
Jika garis harga baru mengikut patern garis harga 2 hari yang lepas, hasil pencerapan harga berkenaan membolehkan anda menentukan pergerakan harga spot emas semasa yang sebenar.
Namun jangan lupa, anda kena pastikan pula, carta berkenaan bergerak pada kedudukan upper atau lower line harga dari semalam. Jika Upper anda akan mendapat harga semasa yang meninggi manakala jika line baru berada pada lower line harga semalam anda akan mendapat line harga yang rendah
Rajah:
Dalam masa dua minggu, apa sahaja situasi harga emas, naik atau turun Pendita Emas tetap memiliki emas dan keberuntungan hasil jualan emas.
Tidak payah pancung-pancung harga atau menawarkan harga murah melainkan anda pengeluar emas tempatan.
3. Mencerap kenaikan harga mengikut masa dan zon pasaran emas dunia
Info masa dan zon pasaran merupakan aset sangat berharga dalam menentukan harga emas masa kini. Kepada mantee Pendita Emas sila rujuk slide yang memapar masa dan zon perdagangan yang PE gunakan dalam membuat harga emas spot semasa. Di dalam graf berkenaan PE ada nyatakan harga jam berapa menjadi panduan dan kaitan zon perdagangan dengan line harga semasa.
Mengapa suka menggunakan spot harga mengikut mingguan
1. Suka mendapatkan profit setiap masa denyut jantung. Lagi banyak kita buat dalam sehari kita akan mendapat keuntungan secara maksima dengan pelbagai hala di dalam satu akaun sendiri sahaja.
2. Mendapatkan profit mingguan dari akaun pemilik lain seramai lebih 60 orang pelabur emas vgmc.com dengan masing-masing melabur sekurang-kurangnya 10 Lot untuk mendapatkan maksima USD100 setiap minggu dengan pembahagian keuntungan 60% Pendita Emas (pemajak akaun) dan 40% (pemilik akaun)
3. Mendapatkan harga terendah membeli emas fizikal, kemudian simpan seketika dan bila harga emas didapati menaik kita bertindak melepaskan emas fizikal berkenaan dengan menjual pada pelanggan tidak tinggi pun tetap mendapat keuntungan dan meminimakan kerugian.
Langkah-langkah Pendita Emas Menjejak harga emas.
Langkah 1: Melihat carta harga emas pada minggu lepas
langkah ini memerlukan tuan/puan membuat kerja rumah. Buat semakan dan rumusan pergerakan harga pada minggu lepas. Lihat kedudukan harga emas terakhir pada minggu lepas dari segi lajakan harga yang berlaku.
Langkah 2: Jadikan harga hari Isnin sebagai panduan untuk harga yang berlaku pada hari-hari berikut dalam minggu berkenaan. Lihat prospek pergerakan harga emas sepanjang hari bermula di Zon Asia, Zon Eropah dan Zon US. Kesan keaktifan harga dari segi lokus kawasan dan masa trading. Senang kata Isnin hari kita menjejak harga sahaja dan tidak membuat trading.
Langkah 3: Gunakan dapatan hari Isnin untuk membuat trading gold pada hari Selasa dan Rabu. Di sini kita akan bergerak aktif membuat trading berpandukan maklumat yang terkandung dalam line harga Isnin.
Langkah 4: Pertengahan hari Rabu (buat jejakan harga emas yang baru untuk digunakan pada hari Khamis dan Jumaat seperti yang dilakukan pada hari Isnin . Rentak trading gold kena perlahankan.
Langkah 5: Gunakan maklumat diperolehi pada hari Rabu untuk memaksimakan trading gold pada hari Khamis dan Jumaat.
Akhir kata, jom menjana profit trading gold semaksima mungkin dan meminimakan kerugian sebanyak mungkin. selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment