PENDITA BUKAN SAHAJA MENJUAL BELI EMAS TETAPI MENYAMPAIKAN ILMU EMAS
Hari ini PE just mahu menyampaikan info kepada pembaca blog PE amnya dan Mantee PE yang telah menghadiri seminar anjuran PE dan GCP khasnya.
Data pasaran emas dilokasi seminar
Berikut adalah kutipan data dari sumber utama dalam kalangan pelabur emas. Jelajah Seminar Analisis Teknikal paling berjaya. Peserta bertambah-tambah dari satu lokasi ke lokasi yang baru. Terima kasih kepada MANTEE-MANTEE PENDITA EMAS anda telah menjadi pakar pelaburan emas masa kini dan akan datang. Buatlah wang dengan ilmu yang Pendita sampaikan.
Kelantan dan Terengganu
Sebelum pergi: Pendita Telah dimomokkan oleh orang yang risau akan pemergian ke Kelantan dan Terengganu. Boleh ke Pendita Emas menembusi Kelantan sedangkan di Kelantan dan Terengganu telah tersedia dengan kepelbagaian syarikat emas sedia ada.
Hasil dapatan dan tinjauan dari seminar:
1. Pasaran emas fizikal masih belum mantap dan masih sejuk di Kelantan. Ramai pembeli dalam kalangan kakitangan kerajaan yang berada di dalam dan luar Kelantan. Ini bermakna market di Kelantan dan Terengganu masih terbuka luas.
2. Situasi pasaran dipengaruhi dengan berita-berita yang disampaikan dalam FB seperti potongan harga murah semasa.
3. Pilihan otai yang silap. Ramai pelabur kecil bertindak cuba menjaga hati otai tetapi otai mereka bertindak sebaliknya tidak fokus pada satu produk emas fizikal yang dicanangkan.
4. Dipengaruhi oleh harga emas yang murah di kedai-kedai emas tetapi pembeli emas Kelantan masih belum sedar bahawa harga emas mereka juga mengikut harga emas semasa. Contohnya tempahan emas 999 seberat 50g pada harga RM190/gram memerlukan masa 2minggu, masa penyerahan akan diminta menambah wang upah bergantung kepada kenaikan harga emas semasa.
Bermakna urusan harga emas tidak diputuskan semasa akad berlangsung samada pembelian melalui kedai emas yang dikendalikan oleh orang Melayu atau Cina(hukum pembelian ini bolehlah Majlis Fatwa memperincikan agar masyarakat umum tidak tertipu).
Bermakna jika emas berharga RM9500.00 masa akad dibuat selepas siap emas dalam masa 2 minggu akhirnya harga emas ditempah menjadi hampir RM10,000.00. Bayangkan berapa tinggi harga emas akan naik selepas 2 minggu.
Sedangkan harga emas yang Pendita Emas jual mengikut harga emas spot semasa termasuk upah pada harga kompetatif iaitu emas 999 pada RM185/g (RM185 x 50g =RM9250) erus dapat barang.
5. Pembelian emas melalui sistem MLM oleh beberapa koperasi telah tumbuh bak cendawan. Mereka tidak kisah dengan nasib pelabur. Yang penting jika menubuhkan koperasi wang bantuan dari kerajaan tetap masuk. Maka sistem hibah atau komisen dijana. Pada PE tidak kisah, jadilah pelabur bernombor 0001 supaya kemasukan pelabur baru berada di bawah anda.
Cadangan Pendita Emas: Kepada mantee PE Buatlah sale seperti yang Pendita sarankan. Jika lakukannya walau dalam keadaan apa sekalipun yang berlaku pada harga emas, hidup kita akan suksess.
Market emas di Pahang
Keadaan pasaran dari segi penawaran, permintaan dan pola pelabur emas ramai dari kalangan pekerja perkhidmatan awam dan sebahagiannya dalam kalangan peniaga.
Prospek jualan emas domestik dipengaruhi oleh ledakan pasaran di Kuala Lumpur. Ini bermakna semakin hampir sesuatu kawasan pasaran emas dengan ibu negara maka semakin sukar produk walau bagaimana killer sekalipun sukar untuk mengangkat pelabur-pelabur sedia ada.
Cadangan dari Pendita Emas: Banyakkan aktiviti pelaburan emas di lokasi tuan/puan. Jika masyarakat biasa susah menerimanya tukar prospek pelaburan tuan. Utamakan pelabur yang sedia ada masalah kewangan dan ceritakan berkenaan pelaburan emas adalah penyimpan kekayaan. Gunakan maklumat yang PE sampaikan melalui 5T, 5R dan 5K.
Setiap usaha akan mengalami kegagalan tetapi jika kita seorang yang degil insyallah kita akan berjaya.
Data Market Di Kuala Lumpur Dan Seremban
Hasil tinjauan yang dibuat mendapati:
1. Pasaran emas dalam keadaan meluwap-luwap. Pasaran emas masih berkembang tanpa kesudahannya
2. Kepelbagaian citarasa pelanggan tertumpu di sini maka Mantee PE perlukan kaedah terbaik untuk close deal dengan mereka.
3. Banyak syarikat pelaburan emas yang tumbuh di sini. Pilihlah yang terbaik. Syarikat yang kukuh biasanya menjadi tumpuan manakala yang baru tumbuh bakal akan pupus dalam tempoh 6 bulan.
Rasionalnya mengapa PE berkata begitu disebabkan syarikat sedia bertapak hanya menjalankan program perkembangan syarikat, membuka cawangan yang baru, promosi yang kuat dengan kos yang murah, bahan mentah yang termurah dan pemilihan pengilang termurah serta telah menyediakan plan contigensi jika berlaku masalah.
Kepada pemilik syarikat yang baru terpaksa menyerap pelbagai kos semasa yang sedang meningkat seperti penyediaan pejabat, sistem jual beli, plan pemasaran terbaru, pemilihan produk killer, kos merekrut dan perlaksanaan aktiviti dalam menambah profit. Mahu memilih penceramah macam Pendita Emas pula yang dah kena borong dengan Syarikat emas bergelombang Hijau (GCP) dan mantan MD PG Paling Mantop mahal pula bayaran dipinta walhal mereka tahu Pendita Emas boleh meletupkan profit barangan mereka seperti yang Pendita lakukan ke atas sale emas GCP pada tahun 2011. Iaitu promosi pilihan emas Pendita Emas tahun 2011 dan gegaran yang memanaskan atas kes Pendita Emas dengan Public Gold telah memecut kenaikan pendapatan GCP.
4. Peserta yang hadir telah mempunyai pengetahuan sedia ada berkenaan emas fizikal tetapi 100% tidak tahu pengaruh analisis teknikal dengan harga emas yang mereka kehendaki. Just hanya perlu dipolish melalui aktiviti pelaburan emas seperti seminar analisis teknikal dan fundamental serta teknik 5R,5K dan 5T dari Pendita Emas
Alhamdulillah MENTOR PENDITA EMAS telah mencerahkan MANTEE-MANTEE PE yang hadir dalam seminar PE. Selamat berjuang merebut 11000 kerusi Kelab Jutawan GCP 2012
HARGA EMAS MASA KINI
Dewasa ini harga emas terus-terusan merudum. Setelah naik mendadak pada harga sekitar USD1924 pada 5 September 2011, kini berada pada paras harga lantai terkini USD1637/aun. Panik memang panik terutama kepada pelabur baru yang baru turut serta.
Maka akan berkumandang kata-kata negatif hasil pelaburannya dalam emas. Biarkan mereka berkeadaan berkenaan. Susah nak jual, jual ajer dengan Pendita Emas pada harga potongan 30%.
Rentasan harga emas masa lalu dan terkini
Harga puncak masa lalu
Suasana aktiviti pelaburan emas masa kini suam-suam kuku sahaja. Faktor ArRahnu tidak menerima lagi pajakan emas berbentuk jongkong emas sejak Ogos 2011 menyumbang keadaan ini dan telah mengecutkan pendapatan pelabur-pelabur emas yang sedia ada terutama yang berada pada kelas Otai, Master Dealer atau Super Dealer.
Biarlah keadaan ini berterusan disebabkan semasa kebangkitan ArRahnu menerima jongkong emas, kehadirannya tidak diterima oleh mereka yang percaya rezeki mereka atas bantuan kehadiran ArRahnu. Oklah tu, PE tetap mendoakan semoga semua pelabur berkenaan sentiasa sukses mengharungi situasi begini. Untuk Pendita Emas, situasi ini sebenarnya memberi income yang sangat lebat.
Peringatan terimaan jongkong emas tahun 2011
Masih teringat akan posting PE pada 2 Februari 2011 antara intipati posting PE menyentuh tentang pasaran jongkong emas domestik akan dinilai semula mulai Mei 2011 klik sini. Semua otai dan Master Dealer memperlekehkan peringatan PE. Hanya yang memahami perjalanan pasaran emas domestik sebenar akan mentafsir secara tersirat yang terselamat dunia(tidak menipu) dan akhirat(membantu teteman dengan ikhlas)
Gelombang pertama pasaran jongkong emas dinilai semula telah dimuktamadkan pada bulan Ogos 2011 selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011. Semasa menuju ke arah penilaian semula pasaran jongkong emas oleh ArRahnu berkenaan, PE telah dikatakan:
Memberi kenyataan palsu, dewasa itu emas jongkong di seluruh negara masih berjalan seperti biasa. Malangnya yang berkata menipu sebenarnya orang yang paling malang kerana bukan sahaja diri sendiri tetapi rakan-rakan sepupu-sepapat terjerumus dalam situasi yang mengecewakan sehingga sekarang.
Malah PE dicop sebagai ahli nujum pasaran emas fizikal dan pasaran saham yang tidak boleh diikuti. Tetapi peringatan yang PE sampaikan pada 2 Februari 2011 mereka tidak endahkan. Kini mereka yang taksub dengan otai-otai masing-masing menerima nasib yang tidak diingini.
Sebab itu pada minggu-minggu terakhir ini, setiap hari PE menerima banyak panggilan bukan sahaja dari pihak individu tetapi organisasi yang menjalankan ArRahnu terutama kes jualan kembali jongkong emas.
ArRahnu mendapat sokongan Pendita Emas disebabkan Pendita Emas merasai kedua-dua situasi pelaburan dan Pendita Emas juga yang mempromosikan kaedah merempit emas berarrahnu.
Kesihan saya lihat terutama kepada pelabur emas yang membeli emas sekitar bulan Ogos hingga Oktober 2011 dimana pembelian harga emas mereka pada paras RM196 hingga RM200/g yang dipengaruhi oleh program manipulasi ArRahnu dan pembelian menggunakan harga ArRahnu maksima.
Tidak mengapa, bantuan melepaskan bencana keberhutangan ArRahnu Pendita sedia membantu sebab ubatnya ada pada Pendita Emas. Call me 019-3791864.
Kitaran Pelaburan Emas Domestik
Seperti sedia maklum, setiap perniagaan ada pasang dan surutnya. Dalam perniagaan emas fizikal juga begitu ceritanya. Semuanya berkenaan kitaran hayat sesuatu produk.
Kitaran hayat produk emas fizikal
Rajah kitaran hayat produk emas fizikal berikut menerangkan:
Peringkat 1: (Gelombang Etika Emas Estet)
Gelombang emas telah dimulakan oleh Etika Emas Estet Sendirian Berhad pada tahun 1998. Pembelian emas menggunakan kaedah MLM. Setiap belian 100g pelabur yang memperkenalkan produk dan pelanggan membeli akan mendapat hibah sebanyak RM500. Walau bagaimana pembayaran hibah menjadi masalah dan Bank Negara Malaysia mendapat laporan kes berkenaan disebabkan pelabur yang bersifat tamak terhadap pajakan emas mereka di Bank Rakyat.
Pasaran emas jongkong menjadi sepi seketika. Hasil laporan kes berkenaan produk ini cuba dijauhi oleh pelabur yang terlibat dengan Etika Emas.
Minda pelabur seolah-olah mati, pelabur baru tidak tertarik dengan pelaburan emas yang menguntungkan.
Peringkat 2:
Gelombang Public Gold yang saya panggil gelombang merah telah mengambil alih peranan pasaran jongkong emas di Malaysia. Pelbagai promosi dalam akhbar dan seminar mega dan paling terbesar seminar Public Gold di Menara Tabung Haji dijalankan. Harga emas mula mendapat kenaikan atas pengaruh harga emas antarabangsa. Simpanan jongkong emas mula mendapat perhatian masyarakat. Gelombang merah dapat memperkukuhkan kedudukan.
Persaingan harga mula berlaku antara syarikat dengan syarikat, jenama besar dengan jenama besar, serpihan syarikat dengan serpihan syarikat, individu dengan individu dan proksi dengan proksi.
Perebutan dealer dan cantas mencatas berlaku semata-mata mahu merebut profit yang maksima. Yang berada dalam satu company buka company baru untuk menyaingi company sedia ada. Yang taksub dengan sesuatu company mula membuka diri untuk menjadi dealer pelbagai company dengan hasrat mempelbagai income melalui produk jualan masing-masing.
Muncul pelbagai jenama terbesar dan paling kukuh serta dapat bertahan lama antaranya Pendita Emas(gelombang merah kuning), Kuwait Finance (gelombang hijau), Goldcrest Pavilion Sendirian Berhad (gelombang hijau), Litegold (tiada gelombang aura ), EGT(tiada gelombang aura), Daun Emas (tiada gelombang aura), Merak Biru (gelombang aura biru), KGT(gelombang aura silver), T&T (gelombang aura silver) dan terkini GSR(gelombang aura silver).
Manakala yang lain-lain tidak disebut di sini kerana ada syarikat menghadapi masalah dari segi perundangan akibat laporan yang dibuat oleh pelabur kerana tempahan barangan emas fizikal tidak diterima lagi. PE doakan semoga mereka kembali dalam persada pelaburan emas masa kini.
Walau bagaimanapun situasi pada peringkat kedua merupakan gelombang tsumani yang terus memastikan harga emas domestik menuju pada harga puncak.
Kesedaran pelaburan terhadap pelaburan emas mula bercambah dengan pelbagai ilmu pendidikan pelaburan emas yang diberikan terutama yang membuat rujukan melalui blog Pendita Emas 999.
Peringkat ketiga
Hasil perubahan penerimaan masyarakat pada peringkat kedua, harga emas mula mendaki dan semua produk yang lahir pada peringkat kedua mendapat kesannya. Maka ramailah yang menjadi jutawan emas sebenar sekelip mata.
Harga meninggi menjadi target. Mereka beli dan terus membeli tidak kira berapa harga emas yang ditawarkan. Pada peringkat ketiga gelombang pasaran seperti orang tidur disorongkan bantal. Penawaran ditambah, permintaan tetap bertambah.
Gelombang harga emas pantas terhempas. Kedudukan harga emas tidak seperti diharapkan. Permainan antarabangsa mempengaruhi pergerakan emas semasa.
Ini bermakna ilmu dan skil analisis teknikal dan fundamental, kaedah 5T, 5R dan 5K perlu ada pada setiap diri pelabur supaya mereka dapat meminimakan kerugian dan memaksimakan keuntungan. Segala ilmu berada di hujung jari pelabur. (Peringatan kepada teman yang telah terima power point dari Pendita Emas kenakan bayaran RM100.00) Kenapa kena bayar ? Itulah adalah hasil idea PE dan anda memperolehinya dengan bayaran RM120 atau RM170 dalam Jelajah Seminar Analisa Teknikal dan Fundamental Pendita Emas di Kota Bharu (10 Mac 2012), Kuala Terengganu (11 Mac 2012), Kuantan (13 Mac 2012), Kuala Lumur (14 Mac 2012) dan Seremban (15 Mac 2012)
Ini bermakna ilmu dan skil analisis teknikal dan fundamental, kaedah 5T, 5R dan 5K perlu ada pada setiap diri pelabur supaya mereka dapat meminimakan kerugian dan memaksimakan keuntungan. Segala ilmu berada di hujung jari pelabur. (Peringatan kepada teman yang telah terima power point dari Pendita Emas kenakan bayaran RM100.00) Kenapa kena bayar ? Itulah adalah hasil idea PE dan anda memperolehinya dengan bayaran RM120 atau RM170 dalam Jelajah Seminar Analisa Teknikal dan Fundamental Pendita Emas di Kota Bharu (10 Mac 2012), Kuala Terengganu (11 Mac 2012), Kuantan (13 Mac 2012), Kuala Lumur (14 Mac 2012) dan Seremban (15 Mac 2012)
Peringkat 4: Gelombang kecil mula mengambil alih
Apabila harga mulai merudum, pakar-pakar yang sudah terpengaruh dengan teknik pelaburan forex menjual cerita "harga jatuh nie untuk pembetulan harga" maka jangan jual. Pengikut setia mengikuti saranan pakar-pakar mereka. Akhirnya akibat menahan jualan emas fizikal (sama seperti menahan buang air besar) sementara menanti harga emas meninggi tidak kesampaian. Hutang di ArRahnu mula menjadi ingatan. Bila masa nak tebus, cara bagaimana yang berkesan, macam mana mahu membuat implimantasi arrahnu dengan harga emas yang semakin merudum menyesakkan fikiran mereka.
Kepada pelabur yang sudah terima penerangan kaedah 5R, 5T dan 5K pergunakan dan praktikkan dengan sebaik-baiknya semoga :
Semoga MANTEE-MANTEE dibawah MENTOR Pendita Emas menjadi ahli Kelab Jutawan Pendita Emas mulai tahun 2012 hingga 2015.
Kenapa tahun 2015 dan bukan sekarang? Itu semua rahsia peserta Jelajah Seminar Pendita Emas.
Gambar-gambar jelajah Seminar Analisis Teknikal dan Fundamental bermasa GCP
15 MAC 2012SEMINAR @ SEREMBAN
HOTEL SERI MALAYSIA SEREMBAN
14 MAC 2012 SEMINAR @ KUALA LUMPUR
HOTEL GRAND CONTINENTAL KUALA LUMPUR
13 MAC 2012
HOTEL SERI MALAYSIA KUANTAN
10 MAC 2012
GRAND CONTINENTAL KUALA TERENGGANU
10 MAC 2012
SEMINAR @ KELANTAN
Iklan Seminar Teknikal Kelantan
Jangan terkejut MENTOR dan OTAI PENDITA EMAS sembang seketika tentang emas GCP bersama Tok Pa dan rakan-rakan dato di Kelantan
Sedang mengayat dan menjual idea nie, apa jadi dengan RM6 billion tambahan gaji kakitangan kerajaan 2012 ditukar kepada emas 1 gram setiap bulan pada tahun 2012.
26 FEBRUARI 2012
SEMINAR @ D'IMPIANA INN HOTEL PARIT RAJA
HIMPUNAN VIDEO SEMINAR
VIDEO @ KUANTAN
VIDEO @ TERENGGANU
VIDEO @ KELANTAN
VIDEO @ KUALA lUMPUR
VIDEO @ PARIT RAJA
Akan dimasukkan kemudian
No comments:
Post a Comment