Salam,
Hari ini sajer memberi komen berkenaan harga saham FGVH yang dikata amat baik dimiliki sebelum pelancarannya yang terus melonjak pada RM5.55 kini telah merudum keparas RM4.290 yang menyusut dari harga pra IPO yang ditawarkan.
Rekod pergerakan harga saham sepanjang setahun:
Sebagai rekod harga saham FGVH yang diapungkan sejak Jun 2012.
Harga tertinggi :RM5.55/saham Jun 2012
Harga Buka IPO: RM4.55/saham Mac 2012
Harga Terendah : RM4.35/saham 12 Ogos 2013
Harga Semasa : RM4.40/saham 13 Ogos 2013
Berita-berita berkaitan saham FGVH:
1. Penyenaraian FGVH ditentang oleh kumpulan Oren
http://
http://
Terkini persoalannya adakah saham Felda akan terus merudum...kita nantikan lagipun kerajaan kata harga minyak Diesel dan Ron95 naik RM0.20 selain disebabkan oleh krisis di Syria, ia juga disebabkan kejatuhan niilai RM berbanding mata wang lain. Jika betul kita nak lihat adakah harga saham akan menurun sehingga RM3.40 akhir tahun 2013 atau akhir tahun pengauditan Jun 2014.
Video membimbangkan berkenaan kejatuhan ringgit pada September 2013
Berita terkini menjelaskan isu minyak sawit gagal menembusi pasaran USA dan Eropah
KEKANGAN eksport minyak sawit ke Amerika Syarikat dan Eropah antara isu utama yang bakal dibincangkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) pada mesyuarat perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan datang.
Ketua Setiausaha Miti, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria berkata, pihaknya menyedari kekangan yang bakal dihadapi dan perbincangan itu bukan sahaja akan menyentuh isu halangan perdagangan bagi eksport minyak sawit, tetapi semua barangan dan produk dari Malaysia.
Menurutnya, segala peraturan dalam perdagangan termasuk isu pelabelan perlu dijelaskan sebelum kerajaan bersetuju dengan sesuatu perjanjian.
“Kekangan teknikal seperti ini sentiasa dibincangkan dalam perjanjian perdagangan bebas untuk memastikan barangan atau produk eksport dari Malaysia dapat dipasarkan ke luar negara tanpa halangan.
“Perbincangan juga menjurus untuk meminimumkan atau menghapuskan terus sebarang tarif dan halangan perdagangan,” katanya kepada media selepas majlis pertemuan Miti dengan pelajar Universiti Multimedia (MMU) di Kuala Lumpur.
Sementara itu, pada majlis berkenaan seramai 250 orang penuntut Fakulti Perniagaan MMU diberi taklimat mengenai peranan Miti dan agensi dibawahnya seperti SME Corporation.
Pengarah Kanan Bahagian Hubungan Kerjasama Ekonomi Miti, Wong Seng Foo berkata, program bersama pelajar itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial Miti dalam memainkan peranan meningkatkan kefahaman kepada pelajar.
“Taklimat seperti ini juga membuka peluang buat pelajar terutama mereka yang berada di tahun akhir sebagai laluan membina kerjaya," katanya.
No comments:
Post a Comment