Sunday, September 15, 2013

Siapa beruntung dan perlu berbangga dengan Kenaikan harga minyak RM0.20 pada 3 September 2013?

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,

Hari ini Pendita Emas terpanggil untuk menyampaikan info kes kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 ke atas Petrol Ron95 dan Diesel dengan harga baru masing-masing bernilai RM2.10 dan RM2.00 bagi setiap liter.



Perkara yang menarik atas kenaikan harga minyak dan pemotongan subsidi  adalah disebabkan oleh penyusutan nilai RM berbanding mata wang forex yang lain.

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Ringgit mungkin bergerak rendah minggu depan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan jangkaan langkah Rizab Persekutuan AS mengurangkan program suntikan modal akan terus menjejaskan mata wang tempatan.
Terdapat ura-ura menyatakan Rizab Persekutuan akan mengumumkan rancangan mengurangkan program rangsangan itu di mesyuarat dasarnya minggu depan.
Bagaimanapun, RHB Research berkata, tukaran asing Malaysia kekal mencukupi dan akan terus menyediakan asas sokongan kepada ringgit.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang Asia lain, tetapi rendah berbanding dengan mata wang Eropah seiring dengan pengukuhan Euro.
Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS pada 3.2880/2920 daripada 3.3270/3300 Jumaat lepas. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130916/ek_03/Ringgit-dijangka-rendah#ixzz2f1156VmN
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Beberapa pihak akan mendapat keuntungan  atas penurunan nilai RM mulai bulan September 2013 iaitu:

Pekerja Malaysia di Singapura 

Jika sebelum ini pekerja Malaysia yang bekerja di Tesco Singapura bergaji asas SGD1000 boleh membawa pulang gaji sebulan dengan nilai RM2,460.00 dengan kejatuhan nilai RM sekarang rakyat Malaysia boleh membawa pulang RM2592.17 bagi setiap SGD1000.


Sektor Perniagaan dan Perumahan di Johor

Sektor perniagaan dan perumahan yang berada di Johor pasti boom apabila sekitar Johor menjadi syurga berbelanja. Rakyat Singapura akan merasa seronok untuk berbelanja apabila tiba-tiba nilai 1SD telah meningkat naik seterusnya menambah kuasa beli  lebih RM2.50 dan dijangka akan meningkat naik dalam RM2.75 dalam tempoh 6 bulan seterusnya SD1 mengukuh pada paras RM3.00 untuk tempoh jangka panjang.

Tukaran forex mata wang USD/MYR  bakal membesar.

Sesiapa yang membuat trading forex mata wang atau komoditi emas dan silver bakal mendapat  keberuntungan atas perubahan nilai mata wang RM.


Pemilik Emas Fizikal domestik

Tahniah kepada semua mantee Pendita Emas  yang telah bersedia dengan simpanan emas fizikal walaupun hanya sekadar 1 dinar atau 1 gram anda kekal menjadi rakyat Malaysia yang paling beruntung kerana kejatuhan nilai RM pada masa sekarang  bakal melonjakkan harga emas domestik sebanyak RM5.00 bagi setiap gram yang tersimpan dimana pergerakan ini tidak akan kita jangkakan sama sekali dimana harga emas pada paras RM300.00 akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.



Formulanya mudah jika nilai RM menyusut kita kena menokok Ringgit untuk mendapatkan emas fizikal manakala nilai RM melonjak kita akan merasa kelegaan untuk mendapatkan harga emas dengan nilai RM yang kurang bagi setiap gram.








No comments: