Monday, April 8, 2013

Knockout Harga Emas Di Malaysia Di Catatkan Pada 8 April 2013.

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua pelabur emas,

GOLD KNOCKOUT

Gold Knockout merupakan istilah yang Pendita Emas cadangkan berdasarkan segala usaha yang kita lakukan dalam mempertahankan komuditi milik kita supaya kekal bertahan hampir dua tahun tetapi akhirnya sistem pertahanan kita  lama kelamaan melemah.

Akhirnya simpanan emas fizikal kita sedikit demi sedikit terjual dari simpanan kita pada paras harga terendah.


PUNCA GOLD KNOUKOUT

Pertahanan kita sedia lemah sedari awal apabila kita terpedaya dengan tumbukan bertalu-talu kearah kita (antaranya percaya 100% kepada rakan karib, tidak membuat perkiraan secara terperinci dari awal, pilihan pembekal yang kurang bijak, terpedaya dengan kata-kata manis agen, spekulasi kenaikan harga emas yang kurang berhemah dan kesilapan membaca analisis teknikal dan fundamental)

Senario ini terjadi semuanya bermula dengan harga spike yang tidak terduga bermula pada bulan Julai 2011. Bayangkan jika harga emas yang telah kita beli sekitar September hingga Disember 2011 dengan harga domestik sekitar RM205.00/gram manakala dunia sekitar USD2500/aun dengan harapan harga emas melonjak naik sekitar RM350/g kini umpama mimpi bagai mimpi.

UPPERCUT

Uppercut adalah langkah-langkah untuk menamatkan masalah yang terjadi dari berterusan. Ini bermakna langkah pengunjuran secara drastik terhadap simpanan emas fizkal terpaksa dibuat kembali terutama yang terlibat dengan pembelian melalui arrahnu dengan harapan biar hilang mata sedikit sedikit tetapi tidak hilang kesemuanya.

Rasanya yang terkena pukulan knoukout adalah pelabur emas fizikal kategori ini iaitu yang membeli menggunakan kaedah harga mengikut harga Arrahnu Agrobank. Sudahlah membayar harga emas melebihi harga premium, keuntungan yang ada terpaksa digunakan untuk membayar upah simpan yang berpanjangan.

KAJIAN KES HARGA PAJAKAN MASA KINI SELEPAS ENAM BULAN

Pada hari ini, 8 April 2013, Pendita Emas menjengah emas pajakan yang dibeli melalui buyback di Arrahnu X'Change Bandar Baru Uda 6 bulan lepas

Mengikut rekod pajakan emas 999 pada 12/9/2013 sebagai berikut:
Rantai Tangan 999 (24K) 53.23 gram bernilai RM10,448.52 (RM196.26/g)
Rantai tangan 22.8 (23K) 20.14 gram bernilai RM3755.71(RM186.48/g)
Nilai marhum 14,204.28 dan pinjaman diambil RM9940.00 (70%) dengan upah simpan lewat bayar
Ini bermakna jumlah bayaran tebusan ialah RM10,767.15

Pada hari ini cuba mengecilkan pinjaman dengan menukar surat baru menggunakan harga terbaru
Rantai Tangan 999 (24K) 53.23 gram bernilai RM9576.10 (RM173.96/g)

Rantai tangan 22.8 (23K) 20.14 gram bernilai RM3441.93(RM165.28/g)


Setelah dikira pinjaman baru jika ambil 70%, Pendita Emas kena topup lagi RM2887.15

Kesimpulannya semakin rendah harga emas pada bulan-bulan berikutnya semakin besar defisit RM yang akan kita hadapi.

Rujukan harga pajakan 8/4/2013

Arrahnu X'Change

24K 999  RM173.96
23K 950  RM165.28
22K 916  RM159.46
21K 875  RM152.21
20K 835  RM144.96
18K 750  RM130.47




Arrahnu Agrobank

24K 999  RM179.90
23K 950  RM170.90
22K 916  RM164.90
21K 875  RM157.41
20K 835  RM149.91
18K 750  RM134.92

KENAPA KITA PERLU MENGELAK MEMBELI EMAS 916 YANG DIKATAKAN HARGANYA MURAH.

1. Penjual biasanya akan mengurangkan purity emas terutama jika melibat design pilihan pembeli. Jika ada tambahan emas bayaran tambahan akan dikenakan. Biasanya jika tempahan mengambil tempoh melebihi 2 minggu upah akan meningkat mengikut pengiraan kenaikan harga semasa dan bukan harga semasa tempahan dibuat.

2. Penggunaan batu atau emas putih untuk mengindahkan design emas sebenarnya mengurangkan value apabila kita mahu menjual atau memajakkannya (Penerimaan bergantung kepada pajakan disesuatu lokasi)


3. Harga emas 916 yang terdiri daripada purity (22K 916,  21K 875,   20K 835,  18K 750) biasanya dijual  berdasarkan harga berpurity 916. Kita jarang didedahkan dengan emas 916 yang berbagai. Penjual akan menyatakan emas dipamerkan semuanya emas 916.

     Walau bagaimanapun purity emas 22K, 21K, 20K dan 18K akan pembeli temui pada masa membuat pajakan. Maka di sinilah keraguan atas purity emas yang kita beli sebelum ini dengan nilai harga emas 916 tetapi setelah dinilai oleh arrahnu secara timbang air dan ujian asid terdedahlah keadaan emas tersebut seperti Purity emas, kepadatan emas dan  bahan campuran yang digunakan tidak menepati spesifikasi yang kita harapkan..

TANGGAPAN STEREOTYPE BERKENAAN EMAS 916


Walau bagaimanapun selalunya tanggapan wanita yang menggunakan barang kemas 916 banyak yang silap.

1. Merupakan barang kemas yang keras dan lasak, tetapi dari segi value kita dihidangkan bahawa emas yang kita mahu beli adalah emas 916 walaupun terbahagi kepada 4 purity seperti 22K, 21K, 20K dan 18K.Kita kena ingat jika emas banyak pada barang kemas emas mudah putus dan kemik.

2. Harga yang murah bukan bermakna purity emas adalah tinggi sebaliknya campuran yang digunakan lebih banyak dari emas sebenar.

3. Harga barang kemas mereka nilai berdasarkan design yang mereka lihat. Sebenarnya mereka telah terpedaya dengan pandangan indah di mata mereka. Seharusnya pilihlah design tidak menarik itulah yang padat emasnya. Cara mengatasinya kita lambung-lambungkan ke udara untuk menguji ketumpatan.

4. Promosi harga murah menjadi idaman wanita di sinilah kita dapat menyaksikan mentaliti pembeli emas yang sebenar. Nampak sahaja menarik dan cantik itulah pilihan mereka. Tapi mereka silap di sinilah penjual mengambil kesempatan melepas design yang tidak popular dan tidak diminati ramai. Cadangan sila buat ujian ketulenan emas semasa membeli emas sebegini.

PERBEZAAN PEMILIK EMAS FIZIKAL YANG BERJAYA

1. Ada ilmu mengenai pelabura emas.
2. Mempelbagaikan gaya pelaburan emas.
3. Berfikiran di luar kota fikiran mengenai pelaburan emas
4. Pelabur genuine memilih emas yang lebih menguntungkan untuk jangka panjang.
5. Mempelbagaikan stok emas fizikal.


No comments: