Saturday, April 13, 2013

USD14XX.XX sasaran harga emas Pendita yang diwar-warkan pada 4 April 2013 telah tercapai seminggu kemudian pada pagi 13/4/2013 waktu Malaysia.

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Malam ini jam 7.30 malam 13 April 2013, baru berkesempatan menukilkan berkenaan harga emas semasa yang ditutup pada minggu ini bertarikh pada 8 hingga 12 April 2013 telah menyaksikan harga emas menjunam ke paras USD14xx.xx seperti diharapkan ditutup pada paras  USD1482.84.


Alhamdulillh, kesan kejatuhan harga emas dunia, tambatan harga pada 3/4/2013 kini  telah menjadi ibu duit. Wa kah kah kah.


Berdasarkan catatan harga selama 2 tahun harga terkini 12/4/2013 hampir-hampir menyamai catatan harga emas dunia pada April 2011. Kejatuhan ini sangat drastik selepas harga emas berada dipuncak pada paras USD1923.90 pada September 2013.


Mengikut rekod sasaran harga emas yang diharapkan oleh Pendita Emas berada pada paras USD14XX.XX telah dinukilkan seawal 4 April 2013. Ia dapat diterjemahkan dalam posting "Setahun telah kutunggu hargamu mendaki tetapi sejak Mei 2012 hingga 4.4.2013 harga emasmu menunjukkan jalan harga emas dunia terus merudum dijangka melepasi harga terendah USD14XX.XX seaun" 

Gegak gempita harga emas dirasakan terus merudum, juga meresahkan pengikut-pengikut Pendita Emas di Facebook Pendita Emas sendiri apabila Pendita Emas mewar-warkan jualan harga emas fizikal Pendita Emas pada harga mampu milik mulai pada 6 April 2013.


Walau bagaimanapun, matlamat jualan emas fizikal milik Pendita Emas untuk membolehkan emas fizikil milik Pendita Emas bertukar tangan dan hasrat Pendita Emas pula membantu rakan-rakan lain yang mengalami masalah kewangan akibat kesilapan dalam membuat pajakan.

Alhamdulillah, Pendita Emas mengucapkan terima kasih di atas tindakan rakan-rakan membeli stok emas fizikal milik Pendita, Pendita Emas mampu membantu menyelesaikan masalah teman-teman yang lain. Kaedah perniagaan begiinilah yang tiada dalam jiwa pelabura emas yang lain.



Bagi pihak Pendita Emas, Pendita sangat suka berkongsi idea. Antaranya posting bertajuk "Knockout harga emas di Malaysia dicatatkan pada 8hb April 2013" yang cerdas dalam pelaburan emas pasti dapat menangkap apa yang Pendita Emas tuliskan.

Kepada yang memahami tulisan Pendita Emas, Pendita Emas ucapkan tahniah. Pendita Emas berjaya, anda berjaya. Mana yang suka membuat provokasi atas tulisan Pendita Emas Pendita juga mengucapkan terima kasih kerana anda tersungkur.

Berikut adalah pergerakan harga emas yang dapat dirakamkan:

1. Rabu 10/4/2013

2. Khamis 11/4/2013



3. Jumaat 12/4/2013



Jika teman-teman Pendita Emas bertanyakan bilakah harga berikut akan dilepaskan, Jawapannya tunggu sehingga ibu duit benar-benar menjadi matang barulah tebatan harga sell dilepaskan. Yang penting gunakan akal yang ada untuk berfikir dan menterjemahkan dalam tindakan yang positif.


Jika memang mantap akal kita,  modal USD50.00 pun boleh menjana keuntungan ribu-riban. Tak payah sekolah tinggi-tinggipun hidup boleh senang yang penting ada emas fizikal dan kita pandai mengolahnya.

Untuk rekod Pendita Emas punca kejatuhan harga emas sehingga ke paras USD1485.70 ialah

a. Penjualan emas milik secara dramatik Bank Pusat Eropah (ECB) bagi menyelesaikan keadaan ekonomi Cyprus.
2. Seolah-olah harga emas bakal memulakan bear patern dalam tempoh terdekat.

Wassalam

8.00pm 13/4/2013



No comments: