Friday, April 19, 2013

Mampukah Harga Emas Bakal Menjunam ke USD1000.00/aun Pada Tahun 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua teman-teman Pendita Emas,

Mampukah harga emas menjunam pada USD1000.00/aun pada tahun 2013?

 Inilah sasaran harga terbaru yang Pendita Emas dan pakar-pakar diseluruh dunia bicarakan dengan harapan sejumlah profit akan diraih oleh semua pelabur emas apabila harga emas akan membuat lonjakan harga emas parabolic terbaru sehingga ke puncak USD5000.00/aun.

Mengapa Pendita Emas mencadangkan harga berkenaan bakal berlaku?

Mari kita baca sejarah kenaikan dan punca-punca penurunan harga emas dunia masa kini.

1. Pasaran komoditi Emas, Perak dan lain-lain logam telah mengalami pengecutan permintaan secara global baik oleh pihak bank-bank pusat negara diseluruh negara hinggalah kepada pelabur individu. Jika sebelum ini India dan China mendominasi permintaan emas dunia, kini negara berkenaan telah mengurangkan permintaan  tahun semasa yang terdekat atas halangan-halangan polisi domsetik berkenaan urusniaga emas. Contohnya India mengenakan cukai atas pengimportan emas dan cukai atas jualan emas fizikal sejak bulan Mac 2012 menjadi isu kemasukan emas pada tahun-tahun seterusnya yang merencatkan pecutan harga emas parabolic.
Berita berkaitan klik sini dan sini.

2. Selepas mengalami harga bubble, sekarang harga emas mengalami pemulihan harga bermula pada paras harga sokongan terendah yang masih belum pasti. Sebelum ini ramai pakar mensasarkan harga akan berada pada paras USD1600 kemudian menyelinap masuk melepasi harga USD1800/aun seterusnya melepasi paras harga USD2000, USD2500 dan tertinggi USD5000/aun.

Berita harga emas bubble pada tahun 2013 klik sini, klik sini, dan klik sini.

Namun hakikatnya selepas harga emas berada seketika pada USD1923.00 pada bulan September 2012 harga emas terus merudum ke paras USD1800, USD1700, USD1600,  USD1500 dan dalam bulan April 2013, 3 paras harga terendah telah disentuh pada USD1498, USD1424 dan terus merosot ke USD1321.35. Jika benar apa diperkatakan bahawa harga emas bubble, maka tidak salah jika kita mensasarkan harga emas pada USD1000.00 sebagai pilihan harga support terakhir Pendita Emas.



3. Secara teknikal, harga emas masih kekal berada pada tekanan sejak 1 December 2012 hingga sekarang ketika posting ini ditulis (19 April 2013). Ia dapat dibacakan mengikut carta harga mengikut bulanan dimana candle terakhir telah menyediakan satu patern downtern atau bearish yang jatuh jauh ke dalam sehingga ke paras USD1321.35/aun. Sementara itu, Parabolic SAR masih berada di bahagian paras harga emas dunia.



4. Target harga emas pada paras USD14XX telah dipenuhi dengan keadaan harga under value pada USD1321.  Klik sini, klik sini, klik sini, klik sini dan klik sini

No comments: