Saturday, April 13, 2013

Tamparan Harga emas dunia diparas under value USD14XX.XX /aun pada 12/4/2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Perkembangan ini benar-benar menjadi tamparan paling hebat buat diri Pendita Emas dan rakan-rakan pelabur emas.Kusangkan menguntungkan rupa-rupanya mendukacitakan. Ini bermakna ramalan-ramalan pakar terutama dalam laman web Kitco predict dalam kebanyakan minggu tidak boleh dipakai sepenuhnya.

Kini pakar-pakar pelaburan emas meletakkan posisi harga yang baru iaitu oleh kerana harga emas telah membocori USD1500, harga emas akan bergerak pada sekitar USD14XX.XX dengan harga tambatan atau harga sokongan pada USD1300.00 manakala untuk mengubah kepada bull trend, harga psikologi USD1600.00 menjadi sasaran baru.

Hebatnya harga emas.

Pertama : Aku merasa seronok apabila aku mulai aktif dengan pelaburan emas fizikal tempatan secara serius sejak tahun 2008 mengubah gaya hidupku disebabkan harga emas membuat siri-siri kenaikan secara mendadak dikenali sebagai kenaikan harga parabolic. Dimana bentuk carta membentuk lengkungan untuk membuat bulatan dari kanan ke kiri.



Keduanya maka ramai pelabur memberi definisi mereka termasuk Pendita Emas dalam promosi berkenaan harga emas sebagai tarikan pembeli baru bahawa harga emas akan sentiasa membuat kenaikan 20%, 30% hinggalah 300% dalam tempoh 5 tahun, 10 tahun dan berpuluh-puluh tahun akan datang. Perkembangan ini dilihat secara positif oleh semua pelabur. Maka tumbuhlah perniagaan emas dalam negara dengan pelbagai plan untuk menarik para pelabur dekat dengan mereka.

    Contoh iklan kenaikan harga emas untuk ditatap pada  tahun 2012

Dalam bab ini kenaikan harga emas berlaku seperti diharapkan iaitu paling tinggi USD1923.70 tercatat pada bulan September 2011.

Dengan kenaikan harga emas pelbagai program dapat Pendita Emas bangunkan sebagai berikut:

a. Pelaburan emas menggunakan kaedah renpit.
b. Kaedah 30-70
c. Mempelbagaikan profit melalui pelaburan diyakini menguntungkan seperti vgmc
d. Seminar Analisis Teknikal dan Findamental Pendita Emas.
e.  Jualan Jumbo Emas Fizikal harga terdiskaun
Malah di dada-dada akhbar masih meneruskan semboyan akan kenaikan harga emas dunia semasa sehingga masa kini.



Ketiga Sejarah mencatatkan pelaburan emas secara aktif bermula dengan penubuhan Estet Etika Emas mendahului skim pelaburan emas dalam negara pada tahun 2008 melalui penerimaan hibah. dimana setiap pembelian dilakukan melalui pinjaman arrahnu Bank Rakyat, Kini masih dalam fail BNM..



Modalnya mudah, dengan menggunakan emas pamp suisse yang dibeli yang ditawarkan pihak company, keuntungan diperolehi melalui penjualan emas fizikal mengikut harga emas tempatan berdasarkan harga emas yang tertinggi dalam pasaran.Menariknya company Estet Etika Emas inilah yang menyuburkan minat Pendita Emas untuk terlibat dalam pelaburan emas fizikal.

Kemudian diikuti dengan penubuhan Public Gold yang diuruskan secara profesional telah membuka peluang perniagaan pada orang ramai bermula dengan kemasukan modal RM100,000.00, kemudian diturunkan kepada yuran keahlian RM40,000.00 dan kepada RM20,000.00 yang dibuat melalui pembelian secara terus atau terkumpul.



Kelebihan company ini ialah produk emas fizikal yang dijual ialah emas yang diproses sendiri.

Menariknya dalam tahun 2010, pertembungan beberapa company dalam penjualan emas fizikal meneruskan momentum pasaran tempatan. Maka lahirlah pelbagai company berlumba-lumba menawarkan produk emas fizikal yang pelbagai bentuk.

Serambi Emas wujud menggantikan Estet Etika Emas yang fokus mendapatkan keuntungan perniagaan dengan menjual emas fizikal jenama Pamp Suisse menggunakan harga  pinjaman arrahnu sepenuhnya mengikut harga pajakan Agrobank. Walau bagaimanapun kaedah penggunaan emas fizikal pamp suisse  ditukar kepada bentuk gelang tangan 100 gram apabila kaedah pajakan Agrobank tidak menerima lagi pajakan menggunakan jongkong emas.


2011 lahir sebuah company baru dikenali sebagai Lite Gold untuk  mewarnai pasaran produk emas fizikal tempatan. Kemunculannya membolehkan produk pelaburan emas fizikal bertambah paternnya dalam pasaran. Antara produk killer Litegold ialah:



Company lain yang sedia mengeluarkan produk emas fizikal yang lain termasuklah Merak Biru, Tripple9(999), Hanagold, Emas Seri Pinang dan lain-lain  bersaing menjual produk masing-masing. Namun rasanya jenama ini tidak kekal lama kerana ada company yang diwujudkan pemiliknya merupakan serpihan daripada perpecahan dan krisis dalam company GCP. Jika ada yang kekal bertahanpun company pesaing GCP masih tetap kurang mendapat perhatian.

Dalam banyak-banyak company pelaburan emas, Goldcrest Pavilion (GCP) merupakan company pelaburan emas paling genuine dan paling menarik untuk disertai oleh sesiapa. Penyertaan ke dalam company boleh dianggap sebagai sebuah kartel, koperasi dimana setiap ahli boleh membuka perniagaan masing-masing berdasarkan harga terdiskaun yang diberi memang sedia paling rendah dari mana-mana company pelaburan emas fizikal yang masih kekal berdiri sehingga kini.

Banyak kemudahan jika menjadi ahli GCP antaranya:

1. Daftar seumur hidup RM1000.00 minat daftar bawah pendita emas
2. Harga lebih rendah dari pasaran semasa sehingga RM30.00-RM40/gram sebagai contoh emas 999.9 RM195 + upah (kedai cina)  dan harga emas GCP terkini:

3. Penghantaran percuma sehingga depan pintu rumah.
4. Kursus pemasaran pecuma.
5. Bantuan promosi percuma.

Kesan harga emas berlegar pada paras USD14XX.XX

Kini apa yang menjadi tamparan kepada kami akibat dari kejatuhan harga emas yang dijangka dalam tempoh 4 bulan  adalah:

1. Emas ketawakan pelabur emas yang terlalu obses atas kenaikan harga emas yang berpanjangan sehingga sanggup berhenti kerja semata-mata mengejar kekayaan buat seketika. Akhirnya beberapa sahabat yang terjebak kini menyesali nasib atas apa yang mereka lakukan umpama keluar mulut buaya, masuk mulut rimau.

Bermula tahun 2012 kesan-kesan tidak dijangka telah terjadi. Dalam kes ini Pendita Emas bernasib baik kerana mempunyai rakan-rakan perniagaan yang menasihatkan Pendita Emas supaya  berfikir panjang. Alhamdulillah nasihat mereka Pendita Emas ikuti, terselamat Pendita Emas.

2. Hagra emas fizikal bakal berada pada paras terendah yang jauh daripada harga RM206.00. Ini bermakna  pelabur yang cuba mendapatkan keuntungan secara pasif dengan bergantung kepada kenaikan harga emas terutama yang membeli melalui skim arrahnu bakal menerima musibah seketika. Dalam kes ini Pendita Emas menyarankan bertindaklah dengan berfikiran waras dengan memastikan emas fizikal dipertahankan.

3. Hilangnya agen-agen yang menjanjikan bulan dan bintang bahawa harga emas akan sentiasa naik. Maka berlakukan kes seperti awal tahun 2012, agen menukar no telefon, tidak menjawab panggilan pelabur-pelabur, pindah rumah dan tukar alamat rumah. Almaklumlah pelaburan melibatkan ribu-riban.

4. Lunturnya semangat pelabur-pelabur yang baru dinaikkan pangkat sebagai master dealer atau apa-apa pangkat mula merasai penangan tiada kemasukan ahli baru seperti diharapkan. Kelas-kelas motivasi percuma tidak dihadiri ramai peminat. Maka tindakan keluar dari company adalah langkah terbaik.

5. Company mengalami masalah lambakan stok emas fizikal yang tidak terjual. Maka akan berlakulah penyusunan oder baru dalam company samada cuba melambat-lambat tarikh bayaran komisen,  melengah-lengahkan pengagihan stok emas fizikal yang ditempah oleh pelanggan, menaikkan had sarasan jualan dan mengubah pelbagai lagi polisi company.

6. Ketidakpuashatian dalam kalangan pelabur akan membakar kepercayaan yang telah disemai beberapa bulan yang lepas. Akhirnya ucapan selamat tinggal kepada company bakal berlaku.

7.Muhasabah diri akan dilakukan oleh para pelabur dengan ayat-ayat power yang biasa kita dengan dari pelabur. " Menyesal melabur dalam emas, ingat menguntungkan rupa-rupanya hangus", " Susah betul, ingat kawan tolong kawan, rupa-rupanya kawan makan kawan" dan macam perkataan dikeluarkan oelh mulut pelabur yang kecewa.

8. Permulaan yang baik untuk pelabur baru untuk melabur dalam pelaburan emas terutamanya pegawai-pegawai kerajaan untuk membuat simpanan menggunakan jongkong emas serendah 1 gram adalah pilihan terbaik berbanding wang syiling 50 sen. Ini disebabkan pelabur yang mewah ketika ini telah berada di bawah atas modal piusingan yang mengecut dan memerlukan pelabur baru untuk duduk di atas mengambil posisi pelabur mewah satu ketika dahulu.

No comments: