Salam buat semua mantee,
Sepanjang perjalanan menuju ke tarikh 31 Julai 2013, harga emas fizikal tempatan masih kekal berada pada paras RM148 hingga RM150/g dengan harga kenaikan atau penurunan dalam lingkungan RM1.XX.
Cetakan harga emas dunia yang menjadi panduan purata pada sekitar paras harga USD1284 pada selepas jam 9.00 pagi waktu Malaysia.
Ini menunjukkan harga emas berada pada kedudukan statik atau side away di Malaysia dengan alasan negara tetap bergantung kepada harga emas forex dan ruang masa yang dijadikan rujukan harga emas semasa di Malaysia.
So, pada jajaran sesi trading gold pada minggu depan Pendita Emas masih mengharapkan harga emas akan melonjak kembali melepasi paras harga USD1324 walaupun sasaran minggu bertarikh 15 hingga 19 Julai 2013 gagal diterjemahkan.
Ini disebabkan harga emas berpotensi melepasi paras USD1300/aun berdasarkan harga penutup pada 19 Julai 2013 harga ditutup pada USD1297/aun. Perkembangan ini adalah positif untuk harga emas sepanjang minggu hadapan.
Hal ini disebabkan minda Pendita Emas telah membuat penetapan dan mewar-warkan bahawa bulan Julai 2013 adalah permulaan kenaikan harga emas sehingga sampai tempoh bulan September 2013 kerana di dalamnya mengandungi aktiviti ekonomi dunia yang bakal menentukan polisi-polisi kewangan dunia diputuskan seperti persidangan negara-negara G-20.
Kesimpulannya, Harga USD1324 kekal menjadi sasaran harga baru untuk Pendita Emas dengan susunan berikut
Harga-harga rintangan:
Harga Xtra bonus USD1345
Harga Super Dupa Bonus USD1335
Harga Super Bonus USD1324
Harga Tinggi USD1315
Harga Pertengahan USD1310
Harga Tambatn USD1305
Harga-harga sokongan:
Harga Tebatan USD1290
Harga Kaki USD1285
Harga Sinki USD1275
Harga kaki dan longkang kita kecualikan sahaja.
Petunjuk ekonomi minggu hadapan
NEXT WEEK'S U.S. ECONOMIC REPORTS |
---|
TIME (ET) | REPORT | PERIOD | ACTUAL | CONSENSUS FORECAST | PREVIOUS |
---|---|---|---|---|---|
MONDAY, JULY 22 | |||||
8:30 am | Chicago Fed national activity index | June | -- | -0.43% 3-mo | |
10 am | Existing home sales | June | 5.28 mln | 5.18 mln | |
TUESDAY, JULY 23 | |||||
9 am | FHFA home prices | May | -- | 7.4% y-o-y | |
WEDNESDAY, JULY 24 | |||||
9 am | Markit "flash" PMI | July | -- | 51.9 | |
10 am | New home sales | June | 484,000 | 476,000 | |
THURSDAY, JULY 25 | |||||
8:30 am | Weekly jobless claims | 7-20 | 341,000 | 334.000 | |
8:30 am | Durable goods orders | June | 2.3% | 3.7% | |
FRIDAY, JULY 25 | |||||
9:55 am | Consumer sentiment | July | 84.0 | 83.9 | |
No comments:
Post a Comment