Friday, July 5, 2013

USD1207/aun menjadi harga terendah minggu 1-5 Julai 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee global Pendita Emas,

Harga emas ditutup pada paras USD1222/aun.

Graf : 5 hari pergerakan harga emas sepanjang minggu pertama bulan Julai 2013

Akhirnya harga emas ditutup dalam minggu ini pada paras USD1222/aun selepas berada pada paras terendah USD1207 pada sesi trading malam tadi. Menarik dan menjadi harga terindah diawal suku tahun ketiga ini.

Beberapa posting sebelum ini Pendita Emas ada menyentuh berkenaan pergerakan harga emas dunia yang akan memasuki fasa suku tahunan ke -3 bermula pada 1 Julai 2013 berkenaan aktiviti ekonomi dunia.

Antara saranan penting yang boleh Pendita Emas tekankan ialah berkenaan bila masa yang sesuai untuk membeli emas, menyimpan dan menjualnya kembali. Cadangan yang Pendita Emas nyatakan ialah bulan awal Julai 2013, ahkir Julai dan akhir Ogos kita simpan dan awal September kita menjualnya.

Walau bagaimanapun setiap saranan yang Pendita Emas buat, ada juga nasihat disertakan iaitu kuasailah analisis teknikal dan fundamental pelaburan emas terlebih dahulu agar sebelum harga masa depan menjelma kita telah menyediakan dan memperkasakan diri dengan kekebalan ilmu trading. Insyallah pelaburan emas kita akan berjaya.

Mengimbau kembali pergerakan harga emas untuk fasa pertama dan kedua tahun 2013 mendapati pergerakan harga emas telah menghuru-harakan psikologi dan momentum pelaburan emas fizikal jangka pendek. Melihat suku kedua, harga emas telah menyusut sehingga 35%

Graf: Harga emas merudum sehingga 35% dalam tempoh 3 bulan

i. Emas yang drop secara tiba-tiba kini menjadi liabiliti kepada pelabur yang membuat cagaran emas fizikal masing-masing terutama apabila menyentuh tempohan lanjutan pajakan diberi dengan wajib menukar surat dan dikira mengikut harga terkini menjadikan nilai beza dan upah pajakan memerangkap pelabur emas masa kini.

ii. Margin profit yang mengecil menjadikan aktiviti jual beli emas sedikit merudum apabila syarat pembelian melibatkan bayaran sepenuhnya dalam tempoh 24 jam tetapi emas fizikal kita akan perolehi selepas 20 hari. Ini menyaksikan kita berniaga emas semata-mata hanya untuk menguntungkan syarikat.

Gelaran emas pudar seketika. 

Gelaran komoditi berwarna kuning yang memberikan impak dalam kehidupan kebanyak masyarakat sebelum ini dengan gelaran "Save Heaven", Penyelamat Nilai Matawang" dan "Kalis Inflasi" mulai mendapat pandangan sepi masyarakat apabila kebanyakan pelabur menjual kembali pegangan emas baik dalam bentuk saham ETF ataupun emas fizikal.

Ini disebabkan pegangan emas mereka sebelum ini telah sedia mahal terutama yang dibeli sekitar November hingga Disember 2012. Bukan merosot pada harga USD1 atau USD10/aun tetapi melampauai USD100 hingga USD500/aun. Jika pelabur di Malaysia sahaja nilai segram emas mereka menyusut sekitar RM40 hingga RM70.

Ironinya walaupun lambakan emas yang kita anggap komoditi ekslusif dan mahal telah berada dalam pasaran, permintaan yang sebenar masih dalam peratusan yang kecil. Pandangan pakar ke atas kos mendapatkan emas sekitar USD1100 hingga USD1400 belum menambat hati pelabur untuk menumpukan komoditi emas kuning sebagai pilihan yang tepat.

Terkini potfolia pelaburan yang mulai mendapat tempat kembali adalah:

i. Forex matawang terutama matawang USD/JPN, USD/EURO, AUD/USD.
ii. Saham-saham mewah dalam kategori tenaga
iii. Saham-saham industri melibatkan sektor makanan dan pertanian
iv. Bon-bon kerajaan jangka pendek dan jangka panjang

Kesimpulannya,

i. harga emas masih lagi mengalami kemerosotan kerana masih belum ada apa-apa hint yang menjadi rujukan spekulator.

ii. Terdapat laporan analisis mendapati harga menjadi tidak seimbang disebabkan pegangan emas yang berbeza iaitu orang Timur memegang emas sebenar manakala orang Barat lebih kepada emas kertas (saham). Ini memastikan harga emas fizikal kekal tinggi di Timur.

iii. Selagi harga emas masih dikawal oleh pergerakan emas kertas(bentuk saham), selagi itulah kejatuhan harga emas dunia sehingga ke paras -USD400 hingga -USD500 dalam sehari atau seminggu akan kekal berlaku dan memiskinkan penyimpannya.


No comments: