Salam buat semua mantee,
Minggu ini Pendita Emas mengharapkan agar harga meningkat bagi mmebolehkan nilainya dapat menyerap sedikit defisit nilai emas fizikal terpajak seterusnya membuat penyambungan surat pajakan terbaru bagi membolehkan emas fizikal yang kita simpan kekal bertahan sebagai milik kita untuk 9 bulan lagi ke hadapan (Mac 2014) sambil menantikan harga emas kembali stabil.
Graf : Keluk harga emas pada 16 Julai 2013
Graf lakaran harga emas mulai 15 Julai 2013
Pengekalan emas fizikal sedia ada adalah langkah terbaik disamping kita mengekalkan pembelian emas fizikal pada harga termurah.
Alasan Pendita Emas mudah sahaja:
i. Kuasa beli nilai matawang kita diniagakan dalam Forex, pada bila-bila masa nilai RM bakal merudum jika terkena kembali kesan tindakan penyangak matawang George Soros pada tahun 2008 sehingga RM kita ditambat untuk beberapa tahun pada kadar RM3.80 bagi setiap USD1.
ii. Harga emas juga bakal naik mendadak apabila ketika ini ada satu bentuk peperangan harga emas dalam bentuk simpanan emas fizikal dan saham ETF antara Timur dan Barat.
iii. Spekulator ketika ini sedang dalam keadaan tenang apabila USA dikatakan akan meneruskan kembali program QE-3 dalam pembelian bon-bonnya bernilai USD80 billion setiap bulan sehingga tahun 2014 disamping pengekalan kadar faedah rendah bagi bank-bank pusat Eropah dan Jepun menjamin kestabilan harga emas dunia.
Sekurang-kurang dengan kenaikan harga emas semasa kita hanya perlu menambah sedikit RM untuk memastikan stok emas fizikal kekal dalam kawalan kita. Untuk menebus kesemua emas fizikal adalah kurang sesuai buat masa ini akibat penyusutan harga emas terlampau jauh sehingga melepasi RM50 bagi setiap gram.
Jika stok kita simpan sebanyak 1000g, penebusan kali ini kita perlu menyediakan RM5000 defisit harga pajakan terdahulu dengan terkini dan kos simpan yang perlu kita bayar sebelum tindakan pelelongan dilakukan.
Justeru itu, carilah wang sedikit untuk mempertahankan emas fizikal milik kita dari terlelong.
Kesan emas terlelong nama akan tersenarai hitan, emas fizikal terjual dan kita akan tetap dikenakan bayaran defisit yang ada apabila ketika ini harga emas dalam keadaan merudum.
Bertindak positif ketika nilai harga emas fizikal dalam keadaan defisit seperti mana ketika harga emas melonjak-lonjak, kita sangat suka kerana terlalu mengikut saranan pejuang multiple skill.
Graf: Harga emas dan nilai pajakan (hutang pajakan) berkadar positif.
Kaedah multiple skill dengan setiap kenaikan yang dikatakan sebagai menjana income ribu-riban melalui teknik overlap surat pajakan atas posisi hukum permintaan berkadar positif antara hutang pajakan dan kenaikan harga emas. Sedar tak sedar baru kita rasa sangap kata orang Perlis apabila tanpa disedari kita terperangkap akhirnya apabila harga emas berada pada paras harga sekarang USD1292/aun.
No comments:
Post a Comment