Salam, Pada minggu ini PE mahu membuat posting yang cuba membuka minda tuan/puan seluas-luas mengenai pelaburan emas sebagai satu pelaburan yang paling selamat di dunia dan di akhirat. Di dunia kerana simpanan emas kita mampu membina kewangan tersendiri dan mutlak, kalis inflasi dan dicairkan di mana-mana dunia. Di akhirat pula kita dapat membuat pahala sebanyak mungkin melalui pengeluaran zakat emas bila cukup syarat yang ditetapkan. Semakin kerap kita mengeluarkan zakat emas maka semakin bersihlah harta dan diri kita. harakah daily.net Oleh: Aziz Muda |
18 Feb 2011: Kaji selidik yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar inflasi di negara ini akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013. Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menjelaskan, awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011 yang menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus. |
Thursday, June 9, 2011
Mengapa Emas Jadi Satu Pelaburan Pilihan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment