Wajarkah Ilmu Emas Sekarat Disebarkan Dengan Berbayar.
Salam semuanya,
Percaya atau tidak ketika ini ramai otai-otai emas cuba memanipulasi ilmu emas melalui seminar-seminar yang berbayar, walhal ilmu yang disampaikan tidak seberapa. Mereka berlumba-lumba keliling Malaya menyebarkan ilmu mereka yang dikatakan sebagai sangat ampuh. Tidak kiralah bagaimana bunyinya, caranya tetap sama antara satu pihak dengan pihak lain samada secara percuma atau berbayar. Yang penting ilmu dipelajari dapat dilaksanakan dengan aman dan selamat.
Sedang berseronok bersama family di The Regency Tanjung Tuan sempena cuti sekolah, isteri PE telah mendapat sms berikut :
Salam saya xxx xxxxx dari kedai emas Dinar, berbesar hati menjemput tuan/puan ke seminar skil manipulasi emas 12/6/2011 jam 2.00pm - 2.30pm, bayaran RM150, 1+! =RM240 di Taman Setia Tropika Kempas JB. Deposit bayaran RM50. Speakerxxxxx Jutawan Emas.
Bila ditanya kenapa dikenakan bayaran. Jawapannya jika Free pendapatan tidak seberapa. Apa maksudnya tu ya? Maka jelaslah apa yang PE perkatakan sebelum ini, sangat tepat kalau penceramah nak lekat kena lah bagi bayaran yang lebat. Adakah statement PE ini mengarut (sendiri fikirlah)
Pendita Ingat lagi pada masa lalu, pernah juga mengikuti talk otai yang dikatakan jutawan dalam perniagaan emas. Tapi hasilnya hampas. Bila berlaku masalah pada downline jawapannya mudah sahaja, tunggu harga emas naik juallah. Itu senario masa lalu.
Kini, otai-otai sudah berani demand. Entah ilmu dari profesor dan doktor mana diterima. Tetiba mahu menyampaikan ilmu sekarat untuk hadir dengar ilmu kena bayaran RM150 jika datang seorang dan jika datang berpasangan dapat diskaun RM240.
Seronok mendengar perkataan buat seminar tak mendatangkan untung pun bila kita balas balik sms mereka. Kalau tak untung buat apa buat seminar. PE pun buat seminar ke seluruh negara, bezanya suka buat free.
Kenapa PE mampu buat secara free. Bukan mahal manapun, setakat sewa dewan seminar (RM200++ siap LCD) makan minum bawa family (RM100++) transport minyak dan tool (RM200++). Mahal ke 2. Kalau dah kata jutawan emas takkan nak jual air liur dan ilmu ciput minta demand RM150++)
Fikir-fikirkanlah, ilmu mereka tidak seberapa pun disampaikan. Yang peliknya aduan dari downline dalam masa sama merendahkan ilmu orang lain, konon-konon ilmu yang dia sampaikan paling terbaik sangat mendukacitakan PE. semua diperolehi ketika PE berada di Melaka dan Kuala Lumpur. Patutlah dengarnya seminar yang dibuat mendapat provokasi audian.
Tolonglah, kesian kepada upline-upline yang mengadu pada saya hingga mereka bergaduh dan bermasam muka pula dengan downline mereka selepas berguru kepada guru yang mentarbiahkan ilmu secara tidak iklas dan ada agenda sendiri.
PE memegang prinsip dan kod etika perguruan iaitu jangan menganiaya rakan sekutu di khalayak ramai. Jika ilmu guru itu sedikit jangan hina guru mereka depan downline. Jangan sampai keluar perkataan, jumpa guru kamu, guru kamu praktikkan tu salah. Bila dengar menda nie, sebagai otai emas lam,a PE panas hati juga lebih-lebih lagi PE baru dapat berjumpa dengan downline PE selepas enam bulan kami kenali melalui online sahaja. Dan terus berada menjadi downline atas kepercayaan yang tinggi dalam diri mereka pada PE.
Bagi PE, PE akan tetap menyampaikan ilmu pelaburan emas secara percuma pada bila-bila masa dengan matlamat dapat membantu mereka dengan masalah kewangan mereka dari defisit kepada positif itu sudah memadai. Jika kita mendengar ilmu berbayar nie, pendengar perlu diberikan ijazah sebagai tanda pengiktifaran mereka kerana telah menimba ilmu dari kita. Baru betul jika mahu memperdagangkan ilmu emas kepada orang ramia secara berbayar.
Bila pemegang ijazah ilmu pelaburan emas ramai, barulah kita tubuhkan persatuan yang mengawal pelastarian ilmu emas berkenaan. Barulah kita semua dapat berniaga ilmu emas dengan lebih terkawal dan ampuh.
Barulah kita tetapkan bayaran penceramah:
Pemegang diploma ilmu manipulasi emas kita bayar RM2000 sekali talk
Pemegang Ijazah RM5000 sekali talk
Pemegang Master RM10,000.00
Pemegang PHD RM20,000.00
Jika semua prasarana tersebut dapat disediakan sudah tentu perkara ini boleh berlaku, sedangkan mahu menjemput pakar motivasipun kita kena sediakan lebih dari jumlah itu, siap tiket kapal terbang pergi balik, penginapan kelas pertama.
Persoalannya mengapa free, PE sebenarnya mendapat motivasi dan income dari komisen pembelian emas mereka walaupun komisen belum masuk akaun PE sehingga sekarang (2/6/2011). PE lampirkan statement pendapatan yang PE terima sepanjang bulan April 2011. Matlamatnya jelas, otai-otai sudahpun kita bayar dan tugas mereka sekarang memberi servis percuma kepada downline kembali tidak 100%, dapat 10%pun memadai. Tunaikan janji seperti yang disampaikan sebelum mereka sertai kami. Bak kata Perdana Menteri pemimpin kena turun padang menjenguk ahli-ahlinya makan, minum, keperluan asas mereka cukup atau tidak.
Maka fikir-fikirkanlah. Bertindak bijak dari sekarang.
1 comment:
Ramai bertanyakan PE akaun company mana yang PE lampirkan. Untuk makluman anda semua ia merupakan akaun Public Gold. Urusniaga bulan April 2011, bayar 20 Mei 2011, tapi tak masuk juga dalam akaun. 2 jun call dia kata title master dealer dan purity dealer PE dan jadi pembeli biasa. Peraturan dia kata kalau group sale kita tak mencapai sasaran dalam tempoh Jan - Jun 2011 dan Julai-Disember 2011 akan berlaku perubahan title. Ini belum tamat zon pertama tup-tup nama dah jadi dealer biasa. Kalau ada RM4000, ttu kalau 1% komisen sebagai purity dealerpun ade group sale RM400,000.00..
Nampak sangat sykt cina mainkan kita.
Buat mana-mana pihak, Bank Negara Malaysia, persatuan pengguna Pulau Pinang boleh ambil kes ini untuk kenakan sykt Public Gold ini. Bukti saya dah lampirkan bersama posting ini. Jika minta faxpun saya akan ke depan.
Post a Comment