Monday, June 27, 2011

Sejauh Manakah Kekuatan Perniagaan Melayu Di Masa Depan?

Seronok Pendita Emas melihat rakan-rakan bersemangat mengeluarkan produk masing-masing terutama dalam produk emas....tetapi adakah mereka mampu bertahan dalam tempoh 3, 5, 10 atau lebih 15 tahun...


Pada pengamatan dan pengalaman PE yang mengikuti perkembangan ini termasuk rakan, ahli keluarga, sahabatt handai kebanyakan mereka tidak akan bertahan lama atas beberapa pertanyaan di bawah ini:


1. Kukuhkah sokongan bahan mentah untuk produk mereka?


Memandangkan emas merupakan sumber alam yang terhad maka ia menjadi rebutan kepada semua pengeluar samada yang baru keluar dari perut bumi atau yang recycle. Bergantung kepada kefungsiannya. Sudah pasti harga emas tetap akan naik mendadak dan adakah pengeluar iindividu mampu merebutnya. Pendita rasa jauh panggang dari api kerana sikap orang Melayu dalam perniagaan sentiasa ada sifat riak, tamak, irihari dan dengki antara satiu sama lain. Maka mana mungkin mereka boleh bersatu menjadi satu konsortium. jika mampu membentuk konsortium bukan boleh bertahan lama.Lihat sahaja kes AC Konsortium di mana kejayaannya dalam sekelip mata tumbang akibat perasaan tidak puashati pihak lain.


2. Bagaimana sokongan sumber kewangan mereka jika berlaku keadaan luar jangka?


Pasaran emas menjadi satu pasaran yang tidak menentu akibat dari perubahan harga yang mendadak akibat dari sentimen antarabangsa yang diperolehi dalam tempoh yang singkat akibat meluasnya pengaruh globalisasi. Perubahan sentiasa berlaku dan melangkaui sempadan. Maka mampulah mereka menyediakan pelan kotigensi perniagaan buat mereka jika berlaku musibah. Sebagai contoh berlaku perubahan harga bahan mentah dan emas terpakai adakah pengeluar individu dapat menambat harga tertentu jika kewangan yang ada ciput. PE rasakan ia akan menjadi sejarah sahaja. Ini kerana PE telah terlibat bekerjasama dengan beberapa ahli perniagaan yang bergelar Melayu dengan aset berjuta ringgit dalam pemilikan. Tetapi tiada penurusan dapat dicapai untuk 12 bulan. Banyak sebab yang tidak dapat diutarakan dalam posting ini.


3. Adakah pelan pemasaran mereka berkembang luas dan dinamik?Pelan pemasaran produk kini telah berubah mengikut perubahan globalisasi. Tiada lagi cara pemasaran mengetuk pintu, telefon dan pemberian sample mengundang pembeli untuk membeli produk. Maka corak pemasaran yang interaktif, menarik dari segi perolehan income serta kepelbagaian kefungsian produk menjadi pilihan. Justeru itu jika ada yang mengelak dan berbangga bahawa tiada komisen diberikan kepada pelabur maka akan cepat terkubur syarikat berkenaan. Kita kena ingat pelabur-pelabur atau pengguna menyertai sesuatu syarikat mengikut tarikan kepada iklan yang diberikan. Mereka mahu mendapatkan kepuasan maksima dari segi income, pulangan pelaburan disertai dan kepelbagaian kefungsian produk mereka. Jika kita memejamkan mata hal berkenaan bukan bisness namanya. Itu boleh kita katakan sebagai proses jual beli sahaja. Nak kata sebagai bisness kena ada komponen pengeluar, pemborong, peruncit, saluran dan pengguna terakhir. Baru boleh kita namakan bisness kerana satu produk dipasarkan memberi income kepada pelbagai saluran perniagaan. Barulah dinamakan plan pemasaran yang dinamik.Lihat sahaja plan pemasaran pesonal loan sebuah bank di Malaysia masa kini, tetiba plan pemasaran MLM diguna pakai iaitu untuk mendapat pinjaman dengan kadar faedah pinjaman 4.50% bawalah 2 sahabat bersama anda maka anda akan menikmati kadar faedah yang dinyatakan.


4. Adakah produk, harga mereka diterima ramai?


Satu perkara yang menarik perhatian ialah produk dan harga. Belumpun barang mereka dikeluarkan mereka telah membunuh perniagaan orang lain dengan membuat perbandingan dari segi produk dan harga dan memperlekehkan plan perniagaan pesaingnya. Malah dikutuk dan diperkatakan sebagai sesuatu yang jumud. So sebagai masyarakat yang berada di bumi nyata ini yang telah mengenali puak yang lantang mengutuk produk sesebuah company dikemudian harinya mengeluarkan produk sendiri sudah tentu menjadi kutukan dipihak lain pula. Maka macam-macam perkataan negatif kepada produk, harga dan pengeluar akan ditadah berbakul-bakul. Kesannya sudah pasti produk ini tidak akan bertahan lama di pasaran. Puncanya ialah sikap dengki, khianat dan fitnah yang telah ditaburkan sebelum ini memakan diri sendiri.


5. Adakah perkhidmatan mereka berterusan?


Perkhidmatan berterusan merupakan satu bentuk perkhidmatan yang jarang dititik beratkan oleh semua pengeluar produk. Semasa menarik mereka menyertai atau membeli produk, pelbagai janji dan inisiatif diberikan. Malangnya mereka terlepas pandang, pelanggan akan ditinggalkan terkapai-kapai setelah pelanggan menyertai mereka. Puncanya hanya tarikan melalui taktik memburuk-burukkan pihak lain maka mereka mendapat keahlian orang lain. Bukan susahpun ambil sahaja nombor telefon yang terkandung dalam mana-mana laman blog terkasuk blog Pendita Emas. Berjaya sahaja mempengaruhi mereka, maka keluarlah kenyataan ramai pelabur bawah Pendita Emas mengikut puak mereka hanya kerana melalui teknik memburukkan orang lain. Jika benar ini berlaku sudah pasti bukan orang lain, Pendita Emas pun tidak merestui tindakan penganjur berikut. Pendita tidak mahu banyak cakap dalam hal ini hanya masa menentukannya.


6. Adakah ilmu perniagaan mereka bertunjangkan kepada ibadah?


Yaaa, ilmu yang kita miliki hanya setitis air di lautan yang meluas. Itupun sudah kita bangga sangat sehingga timbul riak dalam diri dengan menidakkan ilmu yang dimiliki oleh orang lain. Maka berlakulah penjualan ilmu yang ciput dengan ratusan ringgit dengan alasan sesiapa yang menyertainya akan mendapat pelbagai input yang begitu ampuh. Wow satu pandangan yang menarik. Tetapi jika ilmu telah dijadikan satu sumber pendapatan timbul satu persoalan adakah ilmu yang ditebarkan dan disampaikan merangkumi semua pihak iaitu dari golongan miskin sehingga kaya. Jika tidak nah lihatlah ia menjadi satu perniagaan bukan ibadah. Kreosakan dan kekhuatiran penyebaran bentuk ilmu sebegini sudah pasti akan membentuk satu jurang yang amat luas antara golongan miskin dan kaya. Jika ini berlaku jangan takut kelebihan mereka akan ditarik sedikit demi sedikit semasa dalam dunia lagi. Lebih-lebih lagi yang terlibat adalah yang beragama Islam maka pantang larang dalam penyebaran ilmu perniagaan perlu diambil berat.


Sekian, sekilas pandangan dari Pendita Emas

No comments: